Pages

Powered By Blogger

Sunday, July 19, 2009

MEMBESARKAN BADAN DI HUJUNG MINGGU

.

Salam, dah lunch? MR dah. Makan apa? Gulai ikan siakap [ikan tu ada belen, jiran sebelah umah bagi dah lama dulu - dia pon nelayan separuh masa mcm PS jugak rupanya :P], sayur kacang buncis dan telur masin. Macam biasa, sendiri masak, sendiri makan. PS? Kari ikan ni memang dia tak layan sgt la. Dia ngap sandwich pagi tadi jer. Dan skang 2 beranak tu tgh cas bateri - tido! Eh, lepas buat entryni MR pon nk masuk bilik join depa :P

Dah lama tak tengok Melodi. Tadi i tengok.

Bercerai jugak akhirnya Ostat Rambut Rebonding tu kan? [eh, betul ker dia buat rebonding?] Janda dia, Maizawati tu lawanya kan? Dah abis jodoh, nk buat lagu mana... org lawa ker, org hensem ker, org kaya ker, org berpangkat ker, org glamer ker... kalau dah disuratkan jodoh setakat tu jerkan...

Pastu i ada baca paper semalam [Utusan Malaysia rasanya] Norish Karman tuntut harta sepencarian dari ex-hubby dia - 5 bijik umah dan 5 bijik keter yang bukan calang-calang harganya! Fuhhh.... dahsyat. Banglo rega 2 juta dgn Toyota Caldina adalah antara yg dia tuntut. Nafkah sementara utk anak-anak RM1500 utk sorang anak - Giler tinggi expenses bulanan anak-anak depa kan?

Semoga Allah SWT memelihara keharmonian rumahtangga dan keluarga saya, kamu, kamu dan kamu semua. Buat rakan-rakan yang sedang melalui gelora dan badai dalam rumahtangga, saya harap anda dan pasangan akan bertindak dan membuat keputusan dgn bijaksana dan berhikmah. Semoga ikatan kasih-sayang yang terbina sekian lama akan terus kekal ke akhir hayat. [apsal aku buat entry ala2 tazkirah lak ni?]

Jumaat petang lepas balik keja PS ada tournament futsal. Gigihla i bawak si Mencah pi meramaikan court futsal tu. Mak aiii... tensionnya nk kontrol budak kecikni. Dah la suka buat hal sendiri, pastu suka bukak selipar nk berkaki ayam keliling court yg berbatu. Kitani takut kaki tu masuk kuman takpon luka kena batu2 tajam. Yang dia ni selamba jerla. Last2, i surrender dan bawak dia balik sebelum Babah dia sempat main. Sempat tengok team pompuan lawan jer. Balik umah, mandikan, bagi susu, masuk bilik, terus pitam! Legaaaaa....

Weekend ni memang nampaknya kami buat bodow jer kat umah. Mana pon takpi [jimat duit minyak keter!] Cuma semalam je kami lepak umah Nenek Onah sampai maghrib. Dapatla i makan gulai masak lemak bunga kantan hasil tgn mak mertua. Sedap tawww... So, Wyra... takde la jahat sgt aku kan? Seminggu sekali aku balik gak umah Nenek Onah taww :P

Ada gambar Bihun Tambak Johor nak tunjuk kat sini tapi malas lak nk selongkar beg ambik cable. Nanti2 lah i tunjuk. Kenapa Tambak Johor? Sebabbbbb... hahaha... i nk buat bihun singapore yg mcm Eynda selalu buat. Tapi i punya tak jadi lorrr. So, bihun tu tak lepas imigresen nk pi Singapore... tersadai kat Tambak Johor jerrr... Hazab taww.. tak cayer nanti korang tgok gambar. Sampai PS pon pandang tak berkedip mata kat bihun tu - apa benda nih???? :))

Daaaaa!!





0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker