Pages

Thursday, July 2, 2009

SEMBELIT, GATAL DAN STREAMYX


.
Mak Yong Rehan sembelit. [apa punya pompuan... ini pon mau citer dlm blog ka?]

Horror giler. Sedang mengurangkan coffee intake - substitute dengan milo. Lagi dahsyat jadinya. Mengaku... agak kurang minum air kosong. Eh, mengaku jugak... byk minum kopi Radix [mak i bawa Radix dari kampung sebeban - sedap rupanya]

So, adalah 3-4 kali sembelit yang amats [plural bak kata Ezey Kuala Balah] teruk!

Disamping itu, kegatalan semakin menjadi-jadi. Pakcik Sepol balik dari trip Kemaman bersama sebeban hasil laut. Ikan dan sotong. Mak i plak ada kat rumah - dia masak, i balik keja tolong makan saja. Syiok giler! Makan sampai lupa daratan.

Makin dahsyat, semalam beli bihun goreng kat akak depan MSM. Nak bihun kosong jer... eh, suh dia bubuh sambal sikit. Tapi dia pow i... dia letak kerang dan i kena bayar RM2 utk sebungkus bihun. Kalau 'kosong' patutnya singgit jer kan. Lepas mkn kerang tu, kegatalan makin menggila. Krukk... krukk... menggaru mcm kera kena belacan.

Semalam mkn ubat gatal, terus tak boleh bukak mata [bius ketiduran], harini mcm kena telan ubat lagi. Masalahnya, belum telan ubat pon dah tak boleh tongkat mata - kalau telan ubat apa jadi? Dah la cuaca tengah sejuk dingin - hujan. Tido adalah sgt lazat di waktu begini.

Bila streamyx kat umah i nk siap nih? Benci sangat2 kat Telekom Malaysia. Mereka suka membuat janji pelesu! Janji selewat-lewatnya 7 hari bekerja. Sekarang dah 19 hari bekerja dan tak bekerja taww!

Iskkk... gatal lah! Nanti2 lah sambung ya. Daaa!




0 Scribbles: