Pages

Powered By Blogger

Monday, July 27, 2009

SITUASI SEMASA : KURANG MENGGEMBIRAKAN


.
First and foremost, tima kasih kat kengkawan yg share kisah SAYA, SOMI SAYA dan BELOG SAYA [penyertaan masih dibuka]

Harini 2nd last day sebelum i betul2 kene keje sensorang kat PID. Apa nk jadi pasni? Setakat ngajar OK lagi. Bila bab nk buat aktiviti dan nak run AGE paperless project tu yg hazab kemain tu. Nak install software pon tak lepas2 dari minggu lepas, apa kes ntah. Dok berbunyi tettt... tetttt... mcm kapal selam nak berlabuh!

Saya dilema lagi. Kesihatan Aisyah sgt tidak memberangsangkan. Tiap2 malam ada episod batuk yg dahsyat dan muntah. Secara purata, satu hari 2,3 kali muntah. Setiap pagi, basuh cadar, selimut dan sebagainya. Satu umah bau masam. Ada satu ketika, pukul 4.30 pagi kami kepit dia nk bagi mkn ubat. Bergegar Taman Bayu dengar dia melalak. Lepastu i pon sama2 menangis tersedu-sedu sebab tengok dia melepek peluk bantal sambil teresak-esak menangis mcm budak kena dera. Mulut dia sampai tak boleh nk cakap [sebab terlampau menangis] dok sebut maaaa... maaa..... maaaa... merayu-rayu.

Bangun pagi, saya tenung wajah anak... sambil dok pikir, sampai bila nk macamni. Pastu dok ulang cakap kat PS, kita hantar umah mak yerrr.... tak sampai hati nak bagi dia tempah 'penyakit' lagi kat nursery. Malam tadi dia batuk dan muntah lagi. Sampai kuar muntah ikut hidung. Kesian sgt tengok. Risau pulak kalau asyik batuk dan tak sihat mcm ni nanti lama2 kena semput. Pagini saya masuk lambat lagi ke opis. Badan dia mula pijar. So, saya tebalkan muka dan hantar anak ke rumah Nenek Onah.

Hujung mingguni Mak saya dtg KL.Tadi dh mengadu kat mak. Mak pon tgh usaha carikan org kat kampung yang sudi nk jaga Mencah kat sini. Nanti nk suruh mak stay lama sikit kat sini, jagakan Mencah barang seminggu dua. Kalau takde solution lain, Mencah terpaksa di pos ke Perak sampai saya bersalin. Keputusan yang paling sukar!

Saya perlukan bibik. Habihla aku korek tabung Mickey Mouse kat atas lemari tu nk bayar bibik wehh... demi anak, tak kan nak berkira kan?








0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker