Pages

Tuesday, August 18, 2009

ADAKAH INI DIKIRA MENGIDAM?


.
Selamani MR bukan jenis mengidam. Selama mengandung, tak penah pulak sampai tahap teringin giler-giler nk makan sesuatu.

Tetapi....,


Sejak 2,3 menjak ni, Makcik Rehan adalah sangat2 suka mengunyah air batu! Dan mlm tadi adalah kemuncaknya. i tak boleh tidur asyik terbayang keseronokan mengunyah air batu. Bukan air batu yg cube mcm kat umah tu, yang tu tak best. i suka yg mcm kita minum kat kedai2 tu. Air batu yg berlubang mcm silinder tu.


Gambar hiasan.


[sambil menaip entry ini, i sedang berangan konon2 sedang mengunyah air batu]

Tak elok kan? PS pon tak bagi. Dia kata nnt kulit baby menggelupas. Tapi, masa Aisyah dulu, i takde la suka mkn air batu - tapi kulit dia menggelupas juga [ayat seorang pompuan degil]

Petangni nak beli air batu berlubang! Tak kira. Nak jugak!
[lagi best kalau dpt air batu yang size kecik2 tu - rangup!]




0 Scribbles: