Pages

Friday, August 21, 2009

PULUT, SANTAN, DURIAN DAN KOPI O



.

Gambar dipinjam di sini



Pagi ini adalah sangat terharu [meniru gaya penulisan Zalia Chayok].
Adalah masuk lambat ke opis.
Adalah juga lambat hantar Aisyah ke rumah Nenek.

Tatkala sampai umah Nenek Onah, adalah Nenek Onah bertanya :
'Kenapa lambat? Kan mak kata nk masak pulut....'

Makcik Rehan adalah tiba-tiba tersentak!

*********************************************

Semalamnya, masa ambik Aisyah di ptg hari, Nenek Onah bagitau...
'An, esok mak nk masak pulut santan dgn durian tau'

i adalah sgt suka [i hantu pulut....]

Dalam hati dok kata, balik keja petang esok aku nk belasah mkn puas2 sebelum posa.


**************************************************

Rupa-rupanya, pagini Nenek Onah bangun pagi2 buta utk masak pulut durian tu sebagai sarapan. Dan dia menunggu ketibaan menantu boncitnya [satu2nya anak-menantu yg kuat mkn dan hantu pulut] sepanjang pagi tadi untuk bersarapan pulut durian dan air kopi O.

i mana tau dia nk masak pulut tu pagini. i ingat dia nk masak utk minum petang. Kalau i tau dia nk masak pagini, sumpah i rela bgn awal pagi dan heret Mencah masuk keter utk cepat2 pi sarapan umah nenek. Dan sumpah jugak i tak minum nescafe 3-in-1 sampai satu gelas besar dan semangkuk honey cornflakes!

**********************************************************

i rasa mcm nk mengalir air mata nampak pulut, santan, durian dan seteko air kopi O kaww terhidang di atas meja.
'Tak nak makan dulu ker? Tak pon bawak la bekal mkn di opis....'
Aiyooo... rasa nk berlari dan memeluk ibu mertuaku itu
[ok, agak keterlaluan di situ]

Perut i sgt kenyang. Tapi adalah tak sampai hati nk mengecewakan hati si ibu [cewahhh]. Lantas dgn tak malu, mengambil pinggan dan mengadap meja makan. Badan i besar kan, perut i pon besar, maka selera pon besar jugaklah. Nak bawak bekal adalah tak relevan sebab pagini i ada kelas pagi. Lagipon MAKAN DURIAN di opis yang tertutup adalah satu tindakan yg kurang bijak.

Kesannya, pagi ini i adalah sgt kenyang. Dan petang ni pulak dah terbayang makan pulut tersebut bersama rendang ayam pula. Tadi, masa i tgh mengadap mkn, Nenek Onah tengah goreng kerisik... nk buat rendang.

i tauuu... kalau laki i baca entry ni mesti dia geleng kepala. Nak buat macamana bang, 'menantu lindungan kaabah' lah katakannn....









0 Scribbles: