Pages

Monday, November 30, 2009

CROCS SAIZ 10

.



Crocs pasar malam ni Pakcik korang yang pilih untuk makcik. Beli malam semalam masa pi Pasar Malam BCH [Bdr Country Homes]. Makcik nak ambik yang ala2 wedges tu, tapi Pakcik kata dia tengok ramai orang pakai yang macamni. Cantik kata dia. Kalau dah laki sendiri yang pilihkan kannnn... Makcik ikut saja lorr.

Balik umah, sambil lepak2 depan TV, Makcik pon try la fitting kasut ni.

Alahaiiiii.... mentang2 lah crocs cap pasar malam.... Korang nampak tak apa beza 2 belah kasutni? Dua-dua belah tulih saiz 10 kat tapak dia. Tapiiiii.... yang belah kiri adalah kecik! Rasanya yang belah kiri tu salah print saiz, patutnya saiz 6. Kami laki bini pon tak perasan masa beli [nak cepat satu hal] Lepas cuba sebelah, terus blah.

Dah satu hal nak kena pi tukar. Kalau Apek tu tak kasi aku tukar, aku nak lepuk kepala dia dgn kasut tu!
[berani kah?]

Sebelum korang tanya, harganya 20 hengget shj. Being makcik Rehan, tak mungkin aku akan beli yang ada cop sirim kat butik tu. Hehehe.




0 Scribbles: