Pages

Powered By Blogger

Thursday, January 21, 2010

JAMBU BATU DAN FACEBOOK

.


Apa kena mengena jambu batu besar tapak tgn ni dengan Facebook?

*********************************

Pagi Selasa, Makcik mcm biasa...
pura-pura bersemangat datang kerja
Ada 2,3 student baru dah daftar [lepasan SPM], dan kelas depa start harini.

Mujurlah 'skill' mereka agak tinggi.
Masa 2,3 kelas yang pertama memang blur tak terkira
[Makcik dok pendam jer angin kus-kus dlm badan - kaci chance, baru mula kelas kann]
Tambah-tambah lak skangni Makcik pakai syllabus baru
[yang sepatutnya memudahkan kerja aku]

Tujuan guna syllabus baru tu,
kunun-kunun nak tunjuk kata PID Rasa ni dah upgrade la kununnya
[takmau kalah dgn PID terhampir yang budak2nya sungguh 'pandaiiii' yakni PID Tg malim
[Zel, sila berasa bangga]

Jauhnya melalut...
Baik, yang sebenaqnya nk habaq kata pagi Selasa tu mood Makcik sgt baik....
sehinggalah tiba-tiba Aunty Mary muncul di ambang pintu PID...

Senyum meleret-leret,
dengan penuh kepayahan, terketar-ketar lutut beliau melangkah bendul PID,
sambil mengepit beg fail yang tak penah lekang di tgn tiap kali dtg sini,
disebelah tgn lagi, beliau menjinjing beg plastik kaler oren yang berisi...
SEBIJI BUAH JAMBU BATU
yang pastinya dipetik fresh dan special dari pokok...
khas untuk Cikgu Rehan kepala angin.

Ahh sudahhh...
kena lagi aku kalini...

Minggu lepas, beliau bawak sebeban CD software komputer nak suruh aku verify.
Verify pekemender... tu semua CD software yang dia dapat masa beli komputer 5-6 tahun lepas.
Memangla tak leh bukak, tak leh baca, takleh buat pemender.
Bertalu-talu tanya,

Apa ada dlm ini CD?
Macamana mau guna?
Apa pasal manyak kali saya mukak tatak muleh?


Nak explain kat dia punya pasal,
dengan lidah aku sekali tergulung sbb nk tune ikut rentak slang dia.

Fine. Itu kisah minggu lepas.
Minggu ini...

Beliau tarik kerusi dan duduk kat PC no 2 kegemaran dia.
Sambil membelakangi aku, sambil mengkelik mouse...

Cikgu, hali ini saya mau milajar mukak itu Facebook...
[dia masih senyum]

aku????
Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Meraung mcm artis tak dpt bayaran royalti!
[dalam hati]

Student yang duduk sebelah aku tu dah mengikik gelak,
sampai tutup-tutup mulut.

Adoyaiii....
Sudahla selama ini aku  tension nak mengajar OPEN dan SAVE file [tu belum menda lain]
7 tahun dia mai PID every weeks, benda yang SAMA terpaksa diulang suara tiap2 kali dia tanya..
Sekarang mau belajar Facebook pula?

Bila kita tegur,
Aunty, ini minggu lepas punya lepas, 
punya lepas, punya lepas pon saya sudah ajar...

Menjawabbb...
Saya tau..., saya tau..., saya lupa!


Dia terus bukak homepage facebook
[pandai pulak cari website address]
Lepastu tak abih2 tanya ini mau isi apa, ini apa, ini apa...
[beliau nak sign up]

Bila part mintak verification word...
Sukalah haku... sbb aku ingat mesti dia tak akan lepas taip verification code tu kan..
sebab mata dia kan dah rabun sgt, nk taip pon dah terketar-ketar...

So, aku ambik peluang ni nak melepaskan diri...
Saya tak muleh tulong Aunty taip ini hurup,
Aunty kena isi sendiri... selagi  aunty tak tulis hurup yang metui,
selagi tu aunty tak muleh masuk... ini memang syarat kalau mau nguna Facebook...


Aku pon sengih2 sambil berlalu ke meja aku. Tiba-tiba...

Dalam nada separa menjerit kegirangan...

Sudah muleh cikgu...sudah mulehhhh....!! [gelak-gelak]
Waaaa... ramai saya munya kawan ada keluar sini... [gelak-gelak]
Macamana liaolang muleh ada sini haaa....[gelak-gelak lagi]

Aku?
Uwaaaaaaaaaaaaa [meraung lagi]
Macamana dia buleh jadi terror hari ni??!!

Selepas puas dia mengkelik sana-sini,
Tiba masa dia nak balik...

Okeylah cikgu...
sikalang apa machiam saya mau HALAU ini facebook dari saya munya email?

Facebook kan banyak hantar notification via email kannn..
agaknya dia sudah rimas lorrr... itu sebab mau HALAU itu Facebook dari email dia.

Aku dah tak kosa dah nak layan...
Kasi delete sajalah Aunty!

Entah dia paham entah tidak.
Gasaklah Aunty....
Minggu depan, tengok apa pulak dia bawak nak rasuah sama aku...
dengan harapan aku tak akan 'garang-garang' sama dia yang ada short term memory ittew...




Ini hanyalah paparan secebis kisah ragam pengguna di PID Rasa
Bukanlah satu cacian atau penghinaan kepada warga tua.
Kita semuapun, kalau panjang umur akan jadi tua macam Aunty Mary.
Kalau nasib tak baik, entah2 kita nyanyuk dan terlantar sakit dan menyusahkan anak2 kita nanti.
Sekurang-kurangnya Aunty Mary hidup tak menyusahkan orang.
[kecuali seminggu sekali bagi Cikgu Rehan tension]

So, sapa kata kerja jaga PID ni senang?
Ingat senang ka nak kontrol pernafasan
supaya tak keluar API dan ASAP ikut mulut dan hidung?

Aunty Mary sebenarnya adalah kebanggan PID Rasa.
Beliau telah bersama-sama PID dari mula penubuhan PID hingga kini.
Walaupon tak pernah berkahwin, dia melayan kami mcm anak dia.
[serius, she is very motherly]
Kalau tak percaya, tanyalah Ira dan Awin.
Kan kan kan.

Baca lagi kisah Aunty Mary dan pengguna-pengguna PID Rasa di sini
dan sila berasa kagum.

 Salam 1 Malaysia!










0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker