Pages

Powered By Blogger

Monday, February 22, 2010

PUKUL RATA PUNYA ENTRY

.

Ni entry asal buat. Ditaip tanpa plot.
Lantaklah apa yang kuar, sila baca tanpa banyak soal.

Jumaat cuti. 
Khamis tu internet mcm h*r*m kat PID, tu yang tiba-tiba dtg angin malas nk keje esoknya.
[lately, Makcik byk maki-maki manja keatas persekitaran - sila jgn byk tanya]

Jumaat tu, pederas pi KL,
ambik stok handbag hooks. Ada kuar design baru.
Oleh itu, tak reti-reti nak terjah Bizkizz?
Dah terjah kalu, tak reti-reti nak rembat barang seketul dua?
Free postage hokay!

Hari yang sama, demam meroyan nk beli mesin jahit dah sampai climax
[peduli haper word climax tu sesuai ke tak]
Tak 'tahan' dah nk tunggu birthday utk request dari Pakcik korang sbg hadiah 
[ayat aku agak padayappa di situ]
Bak kata Zalia Tg Malim, sampai rabun dekat, rabun malam, rabun ayam, mata kerow...
ponnnn belum tentu laki sendiri belikan.
[Encik suami, kalau baca entry ini sila muhasabah diri hokay]

Sambil memandu kereta kontot yang bersifat auto,
terus sms Kak Mah Gali, suh dia gugel seantero alam maya
suruh dia locate kat mana ada jual mesin jahit cap Brother
[bukan brothers yang jual sport rim keta tu yer adik-adik]
setakat keta kontot Makcik yang berkuasa suku kuda, 
tak sajak memakai sport rim berberan-beran.


sebijik-sejebon, saling tak tumpah, inilah makhluk yang telah melenjan RM599 duit haku.
Beli di Carrefour Mid Valley. Sapa nak beli, pi cepat.
Lepas Makcik angkat, tinggal 2 ekor jer lagi makhluk ni dlm tu.

Selit sikit, nak cari parking kat Valley di hari Jumaat [hari bekerja okeh] punya seksa!
Mid Valley sesak mcm h*r*m! [maki lagi]

Mesti ada yang tertanya-tanya [buat-buatlah tertanya-tanya weii...ambikla ati aku sikitt...]
Awat tak ambik makhluk SINGER?

Alasan Makcik senang ajer.
SINGER is RM675
BROTHER is RM599
Jimat 76 hengget okeh!

Peduli haper haku kalau ada yang kata Singer bagus kerrr... Singer mengaum ker...
Setakat nak jahit renda spender yang barai 2 kali sebulan,
Tak kan hazab sgt makhluk Brother ni nk buat kerja 'mulia' tu kan?
Warranty kan ada, apa2 jadi aku hempukla balik mesin tu kat headopis depa.

Setel citer Jumaat.
Sabtu pegi Genting. Konon2 kat bawah ni cuaca panas sgt.
Naik atas ingatkan sejuk sgtlah.... cehh..tak sejuk manapon.
Takde effect pon kat lemak dan selulit Makcik.

Lagi sekali, orang punya ramai, parking mcm h*r*m!
Salah strategi siot.
Ingatkan dah habih CNY, dah tak ramai umat kat sana.
Rupa-rupanya depa bantai melenjan kat Genting sampai habih Chap Goh Meh!
Silap tak study calendar lunar seblum pegi
[kenapa kalendar lunar - toksah tanya, Makcik pon tatau. Kan dah bgtau tadi, menaip tanpa plot]

Patah balik, kona baring sikit.
Maca cuti CNY, hari Selasa kalau tak silap [short term memory disease]
kami laki bini pi Nilai 3. Pon tanpa tujuan.
Kuar-masuk-kuar-masuk semua kedai tanpa motif.
Cuaca panas Ya Rabbi, saja bagi tan kulit biar macho sikit.

Masuk kedai hinglish nama KKK [kalo tak silap]
punya sakan kelebek brg itu-ini, bajet nak buat umah konsep hinglish....ceh!
Sekali pegi kaunter, bayar RM10 utk 4 bijik mug munger-munger rega lelong.
Nasib baik ada mug [bukan Mak Apan okeh] lelong tu.
Kalau tidak, malu nak kuar dari kedai dgn tgn kosong.
Ko hadapla konsep umah kaler kelabu asap ko tu sampai tua Rehan oii...

Di suatu sudut lain,
beli baju kain plain nk buat baju raya anak-beranak total 13 meter.
Lupa daratan terhadap saiz badan sendiri - nak beli 4 meter atau 4 meter setengah?
Lalu talipon Makcik taylor di Klang. Padan muka kena sedas!

Aiiii... bukan kata hang minum Jusmate ka?
Orang kalau minum Jusmate, beli kain nak buat baju pelan sikit... pelan sikit....
BUKAN PELAN BESAQ! PELAN BESAQ!

Telan ayaq liyoq ja la kena maki dgn Mak Sedara sendiri.
Takpa..takpa... tunggulah lepas aku join Detox hangat2 tahi ayam dgn Zel nanti

Disamping beli baju raya,
beli jugak kain-kain yang ada motif buah berry dan katun2 [rujuk entry lepas kalau rajin]
[sifat fizikal kain-kain tu tebal nak mampus - mengahla si Brother tu nak jahit kain tebal tu nanti]
Macam biasa, beli kain-kain tu semua tanpa motif.

Oleh itu, sila kaitkan kisah kain-kain tebal tu dgn kisah meroyan beli mesin jahit.
Mereka saling meyumbang keatas satu sama lain.
[tak paham sudah!]

Stop dulu, gambar kita tepek kemudian,
mata gua dah barai - ngantuk.
Anak gua si Asyraf pon dah pasang speaker kat dlm bilik nun.
Bapak dia mesti buat hati kering jer dengar anak menagis.
Adios!










5 Scribbles:

Anonymous said...

sgt tertarik tgk mesin jahit tuh...hehe
ye MR, kita bersyukur je dgn rezeki yg Allah bagi, kalo masuk MLM ni rumahtangga ntah ke mana nanti...

Unknown said...

Salam,

Hebat mesin jahit Brothers... dah sama mesin jahit citer Project Runway tu~

Make it work!

Rozy said...

Makcik,
High 5!!! Rozy pun masih tidak pernah teringin nak join mana2 MLM ( so far), laki rozy cakap..cari duit ngan peluh dahlaa xyah dengan ayaq lioq.. makcik dok parit buntaq ka?rozy dok kat parit buntaq lani.

makcik, itu beg hangaar tu bila nak dapat?

SYANI said...

aku pun tak minat dengan MLM.. its really not for me...

CikguIna said...

Ann, mdesin brother lbh tahan drpd Singer la (kwn aku yg biasa menjahit bgtau)
tahniah!selamat menjahit ye....nnti post entry kat sini tau



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker