Pages

Powered By Blogger
Showing posts with label BABAH. Show all posts
Showing posts with label BABAH. Show all posts

Tuesday, February 9, 2010

MY KACAK SOMI YANG LENGUH TGN MENGIPAS BBQ

.

Gigih tau kami laki bini demi nak menjayakan aktiviti makan-makan last weekend.
Balik keje ptg Jumaat tu, kami merendek di Tesco beli ayam 2 ekor utk projek BBQ esok hari.
Gigih la Makcik memerap ayam dan sosej tu semalaman.
[inilah masanya Makcik nak tabur segala mak nenek rempah ratus herba yang dibeli dulu tu kan]


Sian laki i kan... mengipas sorang-sorang



Sampai tinggal separuh kipas ittew... 
Bakar ayam ker bakar kipas eh?




Nanti besday Mencah, ada berani but BBQ lagi?
Keh keh keh......



Monday, January 18, 2010

BERSARAPAN BERSAMA SUAMI TERCHENTA [GELI PUNYA TAJUK]

.

Harini PS cuti. Beliau suka mcm ni tau.
Kalau nk cuti bukan nak habaq kat bini gumuk diani.
Tau2 pagi tadi, elok jer dok hadap TV.

Weekend baruni 2 hari dia takde.
Ada program motibasi ke hapah tah utk department opis dia kat Lumut.
Harini ambik cuti, kunun2 penat kann... nak berehat kat umah kann...

Tahukah kamu kenapa dia tak bagitau Makcik dia cuti harini?
Sebab... sebab... sebab...

Dia nak bertenggek kat kolam panchenggg!
Kalau dia bagitau kat bini dia, sah-sah bini dia pon gedik ambik cuti jugak,
pastu sibuk ajak dia pi jenjalan.

Tengok pagini sudahla... kena pau dgn bini pi breakfast kat mamak
Muahahahahha...


Roti tampal 2!
Teh tarik 2!


Restoran Ghazali, BCH [Bandar Country Homes]

Wednesday, December 9, 2009

BIKIN PANAS





Semalam balik kerja, Pakcik korang sajer perangat Makcik...
Azam dok minum Jusmate, perut dia dah tak boroi dah...
Aris pon minum, perut dia dah mula susut...


Makcik pon balas
Abang takmau minum ka?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Abang TOUGH !!


Laki sapa tu?



Iklan lagi :
Sapa nak beli Jusmate, kontek Makcik
Pastikan emel anda bertajuk : JUSMATE
Emel ke : raihan790@yahoo.com




Tuesday, December 1, 2009

TERLALU MENGANTUK SAMPAI TERPAKSA JAJA MUKA LAKI BINI




Mengantuk yang sangat terlampau [tak tau nk buat apa dlm opis yang sungguh nyaman ini]

Ni muka orang biasa-biasa masa di KLCC. Terlalu biasa sampai gambar pon kembang semangkuk [tuan dia pon memang kembang]. Kalini Makcik tak boleh nak salahkan orang yg tangkap gambar tu mengidap Parkinson. Sebabbbb...




Semua gambaq2 ni Makcik yang tangkap!


Monday, November 30, 2009

ORANG BIASA JGN PERGI TEMPAT LUAR BIASA




Bak kata Sawsawlady, orang biasa-biasa mesti menyimpan impian yang biasa-biasa saja. Nafsu juga mestilah yang biasa-biasa. Makcik sebagai insan yang termasuk dlm kategori biasa-biasa itu sangat setuju.

Masalahnya, Pakcik telah menerima sesuatu hingga menyebabkan kami [Makcik dan Pakcik] terpaksa jadi orang luar biasa dan pergi ke tempat yang luar biasa.


Sudah hampir 3 bulan voucher RM200 Isetan ini dok terselit dalam dashboard kereta. Sebagai orang biasa-biasa, kami tak tau nak beli apa dgn RM200 itu!

Adakah 200 terlalu banyak untuk kami?
Adakah 200 terlalu sedikit untuk kami?

Hari Jumaat minggu lepas, kami bercadang nak pergi ke tempat luar biasa tersebut untuk membelanjakan 200 itu. Oleh kerana sudah hampir 2,3 tahun tidak pergi ke tempat luar biasa tersebut, kami kelihatan sungguh luar biasa! [atau lebih layak - sungguh kejakunan]

Parking di tempat letak kereta biasa-biasa. Tempat letak kereta luar biasa terlalu mahal utk kami.
Punyalah jauh, terpaksa menapak sampai rasa nak jogging jer terus kat Tmn Tasik KLCC tu.

Makcik ckp kat Pakcik :
Bila kita masuk Isetan tu nanti, mesti SA dlm tu tau yang kitani orang biasa-biasa yang tak sepatutnya datang ke tempat luar biasa ini sebab dia boleh nampak betapa belengasnya muka kita dgn peluh yang meleleh-leleh. Ini mesti org yg tak mampu sebab mereka parking terlalu jauh dari sini!

Dipendekkan cerita, voucher tersebut masih tersimpul rapi di celah dashboard kereta sebab kami memang tak tahu apa yang patut dibeli dgn voucher tersebut! Semua barang yang dibelek-belek adalah terlalu mahal untuk kami dan kami rasa tak berbaloi nak gunakan voucher tersebut untuk barang tersebut [ada paham kah ini ayat?]

Kesudahannya, kami hanya makan di Pizza Hut dan kemudiannya hanya membeli sepasang kasut BATA!

Dua kali Pakcik nyaris-nyaris nak terperasan jadi orang kaya sebab nak termasuk ke toilet yang berharga 2 hengget. Sanggup beliau menahan kucilan [apekah] sampai ke rumah demi nak menyelamatkan 2 ringgit beliau!

Moralnya, ORANG BIASA JGN PERGI TEMPAT LUAR BIASA


Sunday, November 29, 2009

BUKUMUKA UNTUK SUAMI









Pukul 3.20 am. Tak tido lagi. Got carried away... signing up for hubby's facebook. Mithali punya bini kan? Naik letih dok cakap kat dia suh bukak akaun. Dah bukak rupanya tahun lepas, tapi password dah 8 kali lupa! Berapa kali dok reset. Dahla guna email office yang tak boleh browse internet. So, dia transfer all notification mails from Facebook ke Yahoo personal mail. Dan email Yahoo tu pulak dibuka hanya sebulan sekali. Very the hazab kan? So, i create the all-new account for him and notify all his friends yang selamani 'menumpang' kat akaun Facebook Makcik Rehan

Masa bulan posa haritu, we met his old skul fren. When asked,
Ada facebook tak Pul?

Takdak. Ko add bini aku punya facebook. Nanti kalau ada apa2 event, dia bitau aku.
[Bini dia pon hazab gak ilmu fesbuk, but considered okay la banding laki dia :P]

So, all this while, PS kalau dok hadap laptop tu buat apa?

-4M-
Memancing - tgok clip mancing kat Youtube, alat2 mancing
Membola - latest, very-very addicted to Football Premier Fantasy!
Mendownload - movie, lagu, clips etc
Mengkereta - tengok gamba design2 modified car, keta lelong kat mudah

So, done creating new account for him. Nak tengok, lepasni dia akan view page atau tidak. [by the way, i knew his password - so i can filter who can be his friends kan?] - ada unsur2 queen control disitu :P

So, for those USMians, SEMEKARians, PERODUAnians [who happens to read this blog and know my hubby, do add him - I'll be the one who will verify your request :P]

Gd nite!

Wednesday, November 25, 2009

MESTI ORG KATA MAKCIK NAK MENUNJUK-NUNJUK... TAPI NAK BUBUH JUGAK DLM BELOG INI SEBAGAI KENANGAN - OUR NEW CAR






Kenapaaaa? Tak percaya kah?



Owwhhh... rupa2 nya origami Alza yang Makcik print dari Facebook. Ada contest dgn hadiah lumayan, using this print-out origami. Cubalah! [Makcik kat immediate families, kalau haku menang pon gerenti kena disqualified]

Nanti Makcik kasi 'like' sama kamu.

Monday, November 23, 2009

Perodua - 'Car One Moment, MPV The Next' Facebook Contest

.

Lets join!

Contest officially start today. And don't forget to drop by at the nearest Perodua showroom today to experience the newly launched Perodua MPV - Alza. Be a fan of Car One Moment, MPV The Next at Facebook [U can do so by clicking at my fan badge at the top corner left of this blog] and spread the news to everyone!


Motif promote? Supaya ramai2 orang akan beli itu MPV. Bila ramai orang beli, sales depa naik. Bila sales depa naik, income depa naik. Bila income depa naik, BONUS LAKI MAKCIK PON NAIK. Sekian.







Friday, November 13, 2009

MEREKALAH SEGALANYA... [agak syahdu di situ]



.



Petang semalam.

PS kalau balik keja jer, memang budak-budak nilah yang dia capai dulu. Mak dia sangat soka hati melihat adegan ini. Bolehla melayan siaran ulangan Nur Kasih dengan aman. Kalau Mencah 'jaga' jgn harap boleh lari dari channel 613 versi Melayu. Yerrr... haku terlepas ketapi malam. Kamu-kamu semua memang dah lama addicted to Adam dan Nur ni. Makcik baru nak berjinak-jinak. 3 pelakon yg saya soka lihat, Tizzy [she used to be called as that; i baca dlm paper :P] Seripah Sopiah dan Ummi Nazira. Kalau takde depa2 ni, drama ni kurang kick! [setuju tak?]


Monday, November 9, 2009

AQEQAH [Spelling ada betui?]





Ada kemahuan utk update belog, tapi tiada kerajinan untuk mengarang.


 Nasib baik PS tak pitam, kena tolong pegang kaki kambing.

Selesailah sudah tanggungjawab kami pada anak-anak. Melaksanakan ibadat sunat Aqeqah sementara ada kemampuan. Aisyah dulu kambing, adik dia ni pon kambing jugak. Adil... dua-dua bau kambing!



Wednesday, September 16, 2009

SYOK TAPI...


.
Tiap-tiap tahun akan dapat hamper besau2 godang. Tahun ni sampai ada yg PS tak mau pi collect kat mall. PS kata cukup 5 hamper dahla, yang lain2 tu veondor dok call or sms suh pi collect hamper dia malas dah nak layan. Belanja bukak posa pon sampai tak menang tgn - jenuh dok pilih pi yg best2 saja.

Kenapa? Kalau i pedulik apa... org dah nak bagi, rembat sajork...

Nanti pening mak datuk nak layan request depa. Suruh markdown harga. Suruh adjust quotation. Muahahaha... ada udang di sebalik mee udang rupanya.

Tapi... tapi... tapi..., semalam PS balik bawak hamper dan voucher shopping ISETAN bernilai RM200. Dia sudah serba salah, ingatkan hamper sesaja, rupa-rupanya depa selit shopping voucher dlm tu. Dia kata, kalau tau ada 'money' dlm tu, sumpah dia tak ambik.

Apa i jawab... tak mau bak sini! Muahahahaha.... Jomla bang, bila nk pi 'menyetan' nih? Bukan abg mintak, depa yg bagiiiii... Abg buat2 tak layan jerla 'tuntutan' depa pas raya nanti. [senang jer aku cakapkannn] kekekeke....


Ada 3-4 bijik lagi hamper besau camni kat umah Nenek Onah. Kalau biar kat umah kami, alamat expired sampai tahun depan.

Kalau PS nampak i tempek gambar hamper ni mesti dia kutuk i giler2. Takde keje betoi, semua benda nk di belog! Muahahaha... demi 16K bang oiii....




Tuesday, September 8, 2009

ANAK EMAK, CUCU NENEK


.
Kalau Mak atau Bini dia yang masak.... sampai kuar peluh jantan pon belum tentu depa 2 beranak ni nak hadap mkn dengan penuh nafsu mcm ni.

Kalau Nenek Onah yang masakkkkk..... Maggi pecah telur pon depa hirup sampai tak toleh kiri-kanan! Kecik ati i tawww....




Mencah sampai pejam2 mata layan megi asam laksa. Bihun Hong Kong yang i masak, sampai nk kena tujal2 masuk mulut dia taww. Punyalah segan dia nk bukak mulut.

Iskk... iskkk... kalau zaman dulu-kala, ada yang dah lari masuk batu belah batu bertangkup dah ni. Kekekeke....




Thursday, July 30, 2009

TERKINI TAPI TAK SENSASI


.
PS talipon i sat tadi.

Seperti yang diduga, dia amik hap day - MC.

Demam.

Cycle demam anak-beranak akan bermula semula.

Mencah pass kat Mama.

Mama pass kat Babah.

Babah nak pass kat sapa?

Mencah balik la yang kena!


p/s : Jelesnya, laki i boleh tidur sedap2 dlm bilik tanpa gangguan. Sedangkan i tgh mengadap 3 org student dlm kepanasan PID. Ingat pesanan penaja : Jalankan tanggungjawab anda dgn penuh amanah. Baekkkk puannnn...

Saya yang menurut perintah,
Makcik Rehan






Monday, July 13, 2009

IRON MAN RAWANG


.
Entry yg tadi banyak gambar si anak, yang ni lak gambar si bapak. PS memang sporting giler kalau bab bersukan dan beraneka [sukaneka]. Semua acara kalau boleh dia nak masuk :P

Sila beri laluan kepada Bapak Mencah pulak yerrr...



Alololo bang, sampai tercabut topi!
Abisla.. satu donia la nampak kepala abang yg kurang rambut tu :P




Rumah ungu ni aku tengok banyak kalah dari menang.....




Tapi heran ya amatsss... boleh pulak menang no 2 keseluruhan.

Part III muncul seketika nanti...





Wednesday, June 17, 2009

THE NAKED CHEF


.
Bagaikan Jamie Oliver dalam The Naked Chef, PS mengkacau-bilaukan dapur di pagi hari.


We had this,



and this

On Monday morning!


Sempena Babah Mencah EL sebab terlewat bangun pagi. Kekekeke....


Tuesday, May 26, 2009

LLN = LANGUT-LANGUT NAIK


.
Ada saki-baki pic yang i snap semalam. Pakcik Sepol dan plaster ceiling beliau. Bolehla ekk..buat entry tangkap muat sessi pagi...



Tu Pakcik Sepol. Aku tak bani suh dia pandang bawah [depan]. Kang tergolek dog lak dari tangga tinggi yang tak berapa nk stabil tu. Lagi satu, aku takut kena pelangkung. Hehehe. Orang tgh gigih nk touch-up lelangit sampai berpeluh-peluh, aku lak gedik santai nk snap2 gambo lak kan.







Buatlah caption sendiri ekk.





Wallaweyyy... apsal aku rasa cam lawa lak dinding merah tok pek kong dia dlm gambar ni? Untuk menyedapkan hati, ini semua hanya ilusi optik. Hehehe. Tamau kalah gak tu!



Monday, May 18, 2009

SCHEDULED ENTRY : THE RED WALL TURN OUT WELL


.
Syabas Babah Mencah. Dinding merah dia [i ejek sbg dinding merah tok pek kong! hehe...] sudah jadi marvellous. Buat extra layer baru jadi elok.



-SEBELUM-




-SELEPAS-




Dia kata, kalau huduh jugak terpaksala abg beli wallpaper nk cover... kui kui kui... wallpaper kunun... mana nk korek duit bang oii...




Thursday, May 7, 2009

KENA TINGGAL


.
Dah lama kami 2 beranak tak kena tinggal. Sejak Pakcik Sepol kena tuko section since mid last year, mmg dah jarang2 kena OS. Tetiba harini Pakcik Sepol kena pi outstation ke Kedah. Alahai... ngengada lebih kan aku...mcm lah jauh sgt, esok dah balik padehalnya. Kesunyian la aku di mlm Jemahat yg molia ini.... :-p



Pasangan 2 sejoli yang sama katik, sama renek.



Semlm Pakcik Sepol balik lambat, ada meeting department. Ada sedikit penstrukturan. Aku punya excited ko...dia blom abis citer aku dh menyampuk : Abang naik pangkat ker? Muahahaha...hazabnya Makcik Rehan ko kan? Kalau naik setakuk lagi, sedap sikit aku dengar. Takde la pening sgt paler aku nk mikirkan plan selepas Disember 2010 nih [hanya bebudak PID yg senasib dgn aku yg paham dilema 2010 nih kan? kan? kan?]

Taklah....sapo nk bagi naik pangkat tgh2 ekonomi hazab nehhh..... Uhh..kuciwa i taww. Abg kena tukau job scope sikit. Pasni byk OS balik la cam dulu2. Esok kiranya last visitla utk current post abg.

Pakcik Sepol kemain sooka la dpt job scope baru yg boleh OS sokmo. Tu...nk mkn claim la tu. Sesambil tu leh la ngelat nk pi mancing ekk. Akula yg tak baper sooka. Dahla tgh memboyot, dgn si Mencah yang ala2 Otroman Tiga ni lagi...dgn nk pindah dok umah sendiri lagi kan... Eh, tapi syok gak...kalau Pakcik Sepol OS, aku hangkut la adik aku mai Rawang. Temankan aku kekdahnya kan? syiok gak kan? kan? kan?

Pesanan penaja utk pakcik Sepol : Abang jangan 'outstesen kot lain' yer bangggg... saya kerat 18 nanti...jgn main2..... *sambil buat muka garang cam singa seperti di bawah*










Tuesday, May 5, 2009

3 PHOTOS FOR 3 DIFFERENT EVENTS

.
Assalamualaikum dan Selamat Pagi.



Mee goreng Restoran Tawakkal - Mkn kali pertama dulu mabeles. Kali kedua still OK. Semlm mkn kali ke-3 dah tak syiok. Tobat, no more kali ke-4.




Babah Mencah memegang lampu anekaragam yang paaaaling murah kat kedai semalam. Serius, sgt murah hokkay!




Ni masa budakni mai PID beberapa minggu lepas. Khusyuk nonton Thomas utk 2 minit yang pertama sebelum explorasi bermula. Anak sapa la nih!






Monday, May 4, 2009

MY MAN

.
Amaran : entryni ada kena mengena sesikit pasal umah. Sila tekan butang pangkah kalau rasa nk muntah. HADA AKU KESAH?

Oleh sebab suami saya adalah sangat best 2,3 menjak ni kannn... makanya, kenalah buat entry dedikasi khas utk lelaki yang paling ensom di donia ini [or at least kat Rawang]. Tudia... hazab giler puji-pujian keatas laki sendiri!




Renungan penuh makna......





Inilah yang direnungnya! Kalau tak kerana bini aku ada sama..kompom aku dh kuarkan batang pancing, layan seround. Kan abg kan? kan? kan?


Masani, kami nk pi tengok umah baru. Punyala hazab laki bini...boleh terlupa bawak kunci umah. Sudahnya melengung la kami laki bini kat tepi kolam pancing depan simpang umah - tunggu Abg Long mai hantarkan kunci. Mujurlah dekat jerk. Maklumla..org tak penah ada umah sendiri. Mana penah pikir nk bawak kunci ke haper..kekekeke.

p/s : Laki aku mcm dah redho jer dpt bini ala2 papparazi skang ni. Kalau aku kuarkan henpon ker...camera ker...dia taulah tu...nk boh dlm blog Mencah la nih. Yerla bangggg...kan saya nk incomne 16k. Hehehehe.




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker