Pages

Powered By Blogger
Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Tuesday, March 23, 2010

DDMR : MENYUBURKAN TUBUH ANAK




.
Semalam Oli tanya,
Mencah mkn apa... badan dah mcm Michelin!
Dagu dah berlapis-lapis...

Mencah sekarang memang kuat makan.
Siang hari, Bibik kata pagi-pagi dah mintak roti bakar atau biskut cicah air milo...
atau roti dengan butter dan mayonis...
nanti tengahari mintak nasik dengan telur kunin....
[Mencah sukaaaa banget makan telur kuning]
petang pukul 4 mintak lagi apa2 makanan nk kunyah..
even kadang-kadang pukul 4 pon dia mintak nk makan nasik!

Pantang ada orang kat dapo,
dia nanti ulang-alik dok bukak tutup pintu peti ais tu..
cari apa2 makanan yang boleh dimakan...
sangat-sangat hantu coklat...

Disamping makanan-makanan di atas... susu jgn dilupa yerr....
rasanya di siang hari tak kurang dari 4 botol sehari...10 oz setiap sessi...

Aktiviti jasmani pulak agak terbatas hanya di dalam rumah
Maaf, Makcik tidak seperti Mak orang lain yang 'berani' bagi anak main-main kat luar pagar
dia main lompat-lompat kat luar hanya sekali-sekala... dengan ditemani oleh Makcik atau Pakcik
Sangat tidak harap nak biar dia main kat luar sorang-sorang atau dengan Bibik sekalipun..
sebab Bibik ni sangatlah halai-balai.... sekali terlepas pandang, Mencah dah ada diseberang jalan!
Oh tidakkk...!

Ditambah pulak dengan tahap kesihatan dia yang boleh dikatakan terbaek buat masa ini...
Sudah sangat lama tak kena demam atau selsema atau batuk...
makanya, makin menjadi-jadilah kesuburan tubuh badannya...
makin boroilah perutnya... muahahahaha...

Mujurlah dia masih 'buas' walaupon di dalam rumah...
asyik berpeluh semedang sebab rajin memanjat dan memunggah...
lagi pulak rajin berlari main kejar-kejar masa nak bagi mandi, tukar diapers atau basuh berak
[sampai kdg2 rasa nak tambat kat tiang!]
Kalaulah dia ni jenis melepap mcm Makcik....
Huwaaaaa..... lagi melendutla badan dia kan kan kan..

Anyway,
dinner mlm tadi Makcik masak spaghetti simple ni...
Masa lepas maghrib Makcik nak suap dia bagi mkn, dia takmo...
pedas kata dia. Lagi pulak bibik kata pukul 4 tadi dah mkn nasik...
Sekali dah dekat pukul 10 mlm...

Mama, perut saya dah lapar pulak niii....

Hadaplah spaghetti bolognese di tengah malam!


Oli, ada berani suburkan anak awak mcm anak saya?

.

Monday, March 22, 2010

DDMR : CHEESE BUN


.
Tak berapa nak jadi sgt.
Sekadar nak menghabiskan tepung roti yang beli kat kedai bakeri haritu.
Jugak nak menghabiskan cheese lebih2 buat pizza haritu.
Lagi pulak, nk cuba bread softener yang beli tapi tak diguna [smpai nk dekat expired]

Aisyah pulak asyik dok request nak kek.
Maybe sebab lama Makcik tak buat kek utk dia feeling2 Happy Birthday to you mcm selalu.

So, idea ni basically dapat dari belog Eryn. Thanks Eryn!

Tapi bahan-bahannya makcik main hantam ikut sedap rasa.
Roti tetap naik dan lembut, tapi rasanya doh tu terkurang uli.

Aisyah dok request nak tabur choc rice kat 'cake' ni... layan sajalah!



Halfway bakar....



Masak sudah!



Cicah dengan mushroom soup.



Tukang puji, tukang rasa, tukang sibuk, tukang selerak....




DDMR : DINNER JUMAAT.




.
Ptg Jumaat tu [last week] makcik hafday [MC].
Kaki Makcik gatal-gatal, siap ada tumbuh bisul kecik. Berdenyut seh!
Pegi Klinik, kena injek kat bont. Hihihi.
Balik rumah, tido seround... lega!

Bangun tido petang, PS call tanya masak tak?
Memandangkan kaki dah tak denyut, makcik rendam bihun nak buat simple dinner utk mlm nanti.



 Nothing special, as u guys dah tengok masakan sebegini ropa thousand times in this blog!
Well, what to do...

We better make use of 'things' that we are best at! Setuju tak?


Friday, March 19, 2010

DDMR : SAMBAL SEMBILANG DAN SAYUR LEMAK




.
Kalini masak 'lain sikit' so, tepek sini.
Selalu tu dok asik bihun goreng, mee goreng, nasik goreng.
Takde nafsu nk ambik gambar.

PS suh masak jer apa-apa.
Sebab hari sebelumnya Makcik tak masak - MALAS!
Kesian 2 beranak tu kelaparan.
Depa bantai mkn ikan salai yg PS beli masa kursus kat Lumut dulu.

So, ptg semalam MR masaklah ikan2 hasil pancingan PS haritu.
Bapak besar punya sembilang.


Hatni all time favourite Mencah!


Mencah punya. Bahagian ekor dah selesai...


Macam biasala... motto memasak Makcik Rehan
sedap tak sedap belakang kira.
Kang kalau makcik kata masakan makcik mantop semedang 
korang meluat pulak kan...

Janji kenyangggg....

Tuesday, March 16, 2010

MEE UDANG CHANGKAT JERING




.
Lokasi sebenar, belah kiri sebelum masuk simpang kanan - Tol Changkat Jering.
PS korangla... nak jugak-jugak pekena Mee Udang.
Sebelum tu pegi area Kuala Sepetang, kedai semua tak bukak siang kot.
Tak jumpak kedai yg bukak.
Try yang kat Changkat jeringni pulak... nasib baik bukak.
Nama Kedai? Errrr... lufer!
Adikmanjer... sila beri info lanjut.

MR dan PS punya sorang sepinggan.
Ada 5 ekoq udang, sepinggan rega dia rm6.50


Laici Kang ni Aisyah punya.
Sedap. Aisyah dok pulun kutip 'buah berry' kaler pink dlm tu
[dia yg panggil buah berry, agar2 ke hapa tah]


Perghhh....!



Terima kasih kepada pihak penaja :P



Wednesday, March 3, 2010

RESTORAN RATHA : MOOD KARI DEYYY!

.

Internet baru pulih kat PID.
Baru nk ambik feel buat entry.
Layan dulula citer kari Ratha ni.

Makan di Goh Tong Jaya masa balik dari Genting that day.
PS korang la yg meroyan sgt nk mkn. Makcik follow ajer....








Punya pulun aku speed makan sebelum budakni bukak loud speaker.


Makcik rasa... [ini adalah pendapat peribadi]
Kari Ratha lagi sedap dari kari E & O yang kat Tmn Wahyu Selayang tu.


.

Tuesday, March 2, 2010

E & O RESTAURANT : KARI KEPALA IKAN

..
Last week Kak Ina belanja lunch kat sini.
Karinya kaw, tapi terlebih masam sikit.
Sedap lagi yang Restoran Ratha punya
{Ratha tu kami mkn kat Goh Tong Jaya masa balik dr Genting last 2 weeks]

 
  
 
 Complimentary - papadom dan sambal belacan.

Malas giler nk pi keje. Mesti Internet ka PID mcm *&%$$^## lagi. Huh.

.

Friday, February 26, 2010

SEMALAM DINNER IS TOMYAM TAWAR ALA2 DETOX

.


Tapi hatiku berbunga-bunga riang melihat semangkuk tomyam ni habis di ngap oleh PS.

.

Thursday, February 18, 2010

DDMR : SOTONG DAN SAYUR

.

Lama punya. Gambar arkib.
Tak feel la nk layan internet harini.
Line streamyx kat PID harini mcm h*r*m!!


Lapar sudaaa...



Monday, February 8, 2010

DDMR : TIADA APA YANG NAK DIBANGGAKAN. SEKADAR MENGGEMBIRAKAN HATI ANAK SENDIRI

.

Gelinya baca tajuk entry ini.
Tah sejak bila Makcik korangni pandai merendah diri.
Saksikanlah, hasil main masak-masak weekend lepas.
Macam biasa... buttercake ni pakai PREMIX. Diulangi...PREMIX yer.
Bukan Makcik buat dari Raw okehh...



Pukul pulak buttercream.





Mari gelak secara berjemaah.
Tadak konsep. Main bancuh jer kaler ikut suka.


Anak i puji tawww.... 
OK nak, teruskan memuji. Minggu depan mama buat lagi.
Kita buat kaler kuning pulak okeh!



Wednesday, February 3, 2010

DDMR : SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI

.

Abaikan tajuk.
Abaikan rasa - asal kenyang sudah!


 Bendi yg hampir nak keras. Konon2 nk buat gulai, tak jadi sebab laki makcik tak suka gulai.
Tambah lak kalau bini dia yg buat gulai, lagi haram tak disentuhnya.



 Siakap goreng. Goreng garing2 pon tekstur isi dia tetap takmau rangup.
Memang sifat biologi ikan siakap ni mcm tu ka?
 Makcik ingat mcm ikan kembung yang akan jadi rangup kalau digoreng garing.


 

Siakap sup. Daun bawang yillek. Daun sup pon yillek.
Bantaila Mencah.... janji buleh makan ye nak yer...




Monday, February 1, 2010

DDMR : BUTTERCREAM ICING

.

Resepi ambil di myresepi.com.
Linknya sudah hilang.
 Tapi bahan2nya masih tersemat diingatanku.
Macam2 jenis buttercream boleh jumpa kat internet.
Tapi, selaku pompuan buta baking yang berpijak dibumi nyata,
lebih afdal ambik yang paling simple dan sikit bahan.

250g butter
150g shortening
250g gula icing
2 sudu besar fresh milk.
[pukul semua sampai pitam]

Yer, Makcik sedar...
Hasilnya sgt huduh.



Tapiii....... bila melihat gambar dibawah ini,
Makcik rasa sgt terharu.
Nasib baiklah aku ada anak kannn...
Ada jugak orang yang nak puji decoration parkinson akuni.


Kata Mencah,
Mamaaaa.... 
kek ini adalah yang paling cantik yang pernah saya lihat 
di seluruh dunia dan di seluruh cozyland....!!

Kata bibik,
Lumayan kak.... sudah bisa buka kedai,
bisa jualan....
[berani kata tak lumayan, aku bagi notis 2 jam karang!]

Kata Pakcik,
Wangi.... cantik....
Nanti abg jual kat opis!
[perli ka bang?]

Bawak pi umah Nenek Onah,
Lagi berbakul-bakul pujian malampau diperolehi.
-pujian terpaksa dirahsiakan demi menjaga hati peniaga2 bakery-


Tak sia-sia bersengkang mata tengah2 malam buta.


Hadirin dan hadirat sekalian,
give Makcik Rehan a round of applause!!






Sunday, January 31, 2010

DDMR : CHOCOLATE CAKE

.

Biarlah gambar yang bercerita.
Caption sikit2 sudahla.

Sila jgn gatai nak mintak resepi,
Makcik pakai adunan premix, beli kat kedai bakeri.
Kalau hangpa nak, pi cari sendiri.

 Sempit gila dapor Makcik. Bayangkan sekujur tubuh makcik berdiri kat tgh tu,
langsung gelap satu dapo.
Rasa mcm nk renovate extend dapo bagi luas, tapi sayangnya tadak tanah dah nk extend
[konon-konon salahkan tanah, kan Makcik ada 80 jutaaaaaaa]



 Buat-buat tanampak dahla tepung yang dok memutih tepi2 mixing bowl tu
[aku malas nak selet2 dah - dh tgh mlm, mengantuk gila]




 Haritu teragak-agak nak beli loyang pembakar ni. Terasa sgt poyo nak ber loyang-loyang bagai.
Tetapi, atas hasutan suami sendiri, i followww.....





 Kalau Mencah nampak ni, habis dia celup 10 jari!




 Sukati hangpa nak kata apa.
Tapi bagi Makcik, HEBAT giler hasilnya.
Terasa sangat dewasa setelah berjaya membakar kek premix ini dgn sempurna!
[Zaman anak dara, buat kek TAK PERNAH JADI!]

 Buttercream icing muncul selepas ini...
Sila ambik napas panjang-panjang sebelum entry tu keluar
[tatau bila akan kuar, main taram letak date ikut sedap rasa]



Saturday, January 30, 2010

DDMR : S.P.A.G.H.E.T.T.I LAGI

.

Hidangan ringkas di malam minggu.


Alhamdulillah kenyang sampai berat kelopak mata.


Thursday, January 28, 2010

DDMR : SANTAPAN

.

-Scheduled entry-


Malam semalam, PS suh goreng ni...
[ditaburi rempah ratus murahan hari tu]




Nasik goreng kunyit.
Banyak belen, so, carry forward utk breakfast pagi esoknya.




Goreng fries utk Mencah. Tempe dan tauhu Makcik punya.



Tuesday, January 26, 2010

DDMR : MORE AND MORE FOODS :)

.

Sila bersedia menjamu mata.
Kalau perlu, sila standby tissue kat sebelah
[habuan nk lap ayaq liyoq]

Sambil menempek gambar-gambar hasil masakan 2-3 harini,
sambil2 dok nyanyi lagu Saleem - Tinggal Kenangan.
Dari pagi tadi tau aku dok nyanyi sensorang.
Lagu tu takdak makna apa pon kat MR.
Tapi lagutu sgt sedap untuk disiulkan.
Melodynya relax jer kan?
Setuju tak weii? setuju la .....
Menjak dah tua2 ni... Makcik takleh blah la lagu2 fast and furious nih...





3 beradik kat atasni adalah lunch on Sunday.




Nasik gorengni breakfast semalam.





Nasik lemak ni pagi tadi punya.
Excuse meeee... bukan beli hokeh... i masak okehh...

Well, jgn ditanya dari mana datangnya 'kekuatan' [or should i say 'keghairahan']
untuk sakan memasak tanpa henti sejak dua menjak nih...
-i also dunno-

Sementara 'ghairah' itu ada,
kita layan sajaaaa....
sedap tak sedap,
belakang punya cerita.

p/s : notice watermark baru tak? hehehe...


Monday, January 25, 2010

UNTUK SESIAPA YANG TAK SANGGUP BAYAR MAHAL-MAHAL [MCM MAKCIK]

.
Haritu kan Makcik ada meroyan pasal rempah ratus yang mahal harganya...
[well, bagi makcik ia sgt mahal. Bagi org lain mungkin murah - ukur poket di seluar sendirilah ya!]



Makcik ketemu sama rempah ratus *MURAH* ni masa nak beli brg2 nk bikin muffin membuak itu hari.
Jangan tanya apa beza rasa herbs dlm peket2 pelestik laguni...



dgn yang dlm botol laguni...


Yang pasti...

Botol - RM7-8 (10g)
Pelestik - RM1.80 - 2.00 (20g)

Bukan ada 2 jenis ni jer tauu... mcm2 jenis herbs lagi ada.
tapi Makcik beli hat 2 ni jer sbb hat yang lain dah TERBELI hat yang dlm botol tu...
[awat ayat aku kona baring memusing sgt nih!]


Bak kata Prof Izi Hj Ali,
Renung-renungkannnn... dan selamat memasakkkk....





Sunday, January 24, 2010

DDMR : LUNCH SABTU

.
Siakap hasil pancingan PS.
Sekor dibuat sup. Sekor lagi simpan utk esok atau esok atau esok.



Telur dadar tak terdapat dalam gambar.


Buat pertamakali dlm sejaran Tmn Bayu,
Setelah hampir setahun bermastautin sini,
semalam buat julung-julung kalinya
Makcik korang buat sambal belacan.
Tapi.....

JANGAN HARAP AKU NAK MENUMBUK!

Teknologi dah tersedia,
buat apa aku nak menyusahkan hidup nak menumbuk cili sampai mercik pedih2 mata.
Dah masuk perut kalu,
blend ka, tumbuk ka, semua pon kena proses sama rata jugek.





Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker