Pages

Powered By Blogger
Showing posts with label mama. Show all posts
Showing posts with label mama. Show all posts

Thursday, March 4, 2010

MY PERSONAL EVALUATION ON MY BROTHER

.

Mesti abang aku kat Sabah dan adik aku kat Pandan
[yang selalu skodeng belog aku tapi tak nak mengaku]
suspen baca tajuk ni. Muehheehhe...

Bukan lu orang ler bro... gua mau citer pasal gua punya gadget yg terbaru lah!




 Sorry geng, gambo google punya.

Makcik sudah lost track kat mana kabel camera.
Mencah buat main Doctor Daisy dgn wayar tu. Huhuhu.

Citer pendek2 lah ekk...

Senang nk handle
[ take note, I am quite familiar dgn benang dan jarum sbb mak, 
makcik, maktok semua pandai menjahit]. 
So, those who has zero background on handling sewing machine, maybe akan rasa susah jugak bah.
Tak apa bah, instruction dia very loud and clear bah!

Ringan
-full stop-

Ada lampu.
kat atas bahagian jarum tu, tapi aku tanampak pon mentolnya celah mana.
On jer suis, lampu menyala.
Part ni Makcik jakun sikit. Samalah Pakcik korang ponnn...
Fuyooo... ada lampu...!

Stitch options
Ada 23. Ini yg i suka. 
Compared to Singer..ada 7 stitch jer for the price that is more expensive than my Brother

Ada option for Quilt stitching
Blom try... but sound interesting huh?

Buleh jahit benang getah
paham kot... camana nk explain tah.

So, puan-puan yang teringin nk berpoyo-poyo merapu menjahit mcm MR,
sila menjerumuskan diri anda.
Tuto online melambak-lambak siot. Tak payah pegi kelas.
All u need is... passion and tools.

Nota utk suami kesayangan [mcm biasa.. ada unsur2 bodek di situ]
Pasangkan aircond kat bilik kecik tu boleh taaaaak?
Berpeluh-peluh tau saya menjahit di musim panas ni....



Thursday, January 14, 2010

RAMALAN *CUACA* BULAN INI

.

Adalah diramalkan,
Perkara-perkara berikut dijangka meningkat pada bulan ini.


Bil elektrik
Nak masak apa sikit, tettttt...  tekan suis oven/ microwave
[org jakun mmg mcm tu]


Bil air
 Beria-ia memasak, buat muffin bagai,
haruslah jenuh nk mencuci phenggan mhangkok hayon yang berminyak-minyak.


 Belanja dapur
Nak membeli bahan-bahan mentah
untuk aktiviti main masak-masak tu bukannya sedikit tahu.
Tu blom kira acuan, loyang, pengayak, penyepit, penguli, pengacau, peng segala peng...
[sekali aku panggg karang!]



Selain dari peningkatan perkara-perkara di atas,
tahukah kalian, ada satu lagi perkara yang CONFIRM telah meningkat??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Lepas beranak 83 kilo.
Sekarang????

Selepas kantoi 99HTN,
Selepas kantoi Jusmate,
Selepas kantoi diet [diet kah?],
[konon-konon memberi laluan kepada segment penyusuan badan kann...]

Kini, setelah semuanya sudah hanyut di laut china selatan.
Berat Makcik semalam adalah

89 kilogram
[tulih kecik-kecik sudahlah, nanti Pakcik hang nampak!]

Buat kesekian kalinya, 
Jusmate ku terdampar kesunyian di sudut lemari PID.

Orang lain sumer dah kurus dok minum Jusmate nih,
[kan Amy kannn...]

Makcik Rehan dan Ahkak Zalia... 
mungkin kami telah ditakdirkan untuk menjadi gemok sampai tua!







Wednesday, January 13, 2010

PENJIMATAN HEBAT DEMI IMPIAN TAHUN DEPAN

.

Hasil penjimatan tahun lepas sudah dilenjan.
Yakni oven dan mixer yang tak semenggah mana.
[Syukur Alhamdulillah]

Tahun depan ingin beli mesin.
Bukan mesin rumput. Bukan, bukan.
Bukan mesin basuh. Bukan, bukan.

Mesin jahit ya kawan-kawan.
[Maya mesti dah sengih2 baca part ni]

Apa nak buat dgn mesin jahit tu selain untuk menjahit?
kita cerita tahun depan ya..
InsyaAllah kalau umur panjang dan murah rejeki.

Untuk itu, wahai anak-anakku....
redho lah dgn baju 5 hengget pasar karat stadium shah alam ni yerrr...

Aisyah,
Sekarang kamu pakai size M,
Lagi 2,3 bulan kamu pakai size L,
4,5 bulan selepas itu kamu pakai size XL
Pendek kata, selagi ada size la nak yerrr....
mama akan beli baju kamu kat stadium tu
sampai la duit mama cukup utk beli mesin jahit.




Toksah la buat muka sedih lagu ni...
kot ye pon kena pakai baju rega 5 hengget nak....




Haaa...mcm nilah... kita enjoy!

Nanti mama dah ada mesin jahit,
kamu tak perlu lagi pakai baju longgok stadium nih.
Mama jahit sendiri ok!
[sapa gelak siap!!]

Asyraf pulak,
Kamu pakai dulu baju2 kakak yang tak berapa keperempuanan yerr...
Selagi ada, lenjan sampai lusuh yer nak yerrr

Nota selit : 
Baru nak beli mesin jahit, anak2 dah kena pakai baju longgok2 camtu.
Bayangkan kalau Makcik teringin nak beli keta baru.
Tak berbaju barangkali anak-anak ku!






Friday, January 8, 2010

KALAU TAK MASAK SIAP!!




Setelah setahun berjimat cermat,
dan berbelanja secara berhemat,
[hematla sangatttt]

Eh, eh, betoi apa...
beli baju rega 10 hengget kat Pekan Rasa [lani baju tu semua dah berbulu!]
beli kasut crocs rega 20 hengget [balik umah baru perasan kecik sebelah!]
beli baju anak-anak kat longgokan jualan gudang [baju ada, seluaq tak jumpa!]

pastu sakan kelik-kelik iklan sendiri
[konon2 nak cepat dpt 16k]
jual brooch sana-sini
jual jusmate lagi...
pastu kecek-kecek sikit duit laki...

Maka akhirnya, semalam... dapatlah yang ini...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Tersengih-sengih sepanjang malam sambil menelaah buku-buku ini...



Tapi tiba-tiba lidah ku kelu, dan telinga rasa ngilu...
KALAU TAK MASAK SIAP!!


Huhuuu... suara siapa kah itu?
Uhhhh.... uhhhh.... Makcik tumpang lalu...



Thursday, December 3, 2009

PAGI SEMALAM





Semalam takde mood nak upload. Harini baru ada feel sikit [itupon sesudah Zalia bawak khabar gembira yang sungguh hot & spicy - berita lanjut, tunggguuuuu!]


Ini contoh perlakuan yang boleh mengundang  pelempang.
Mama tengokkk! sayer buat jambantannn!




Ini pulak mengundang mengantuk sepanjang perjalanan!




Bukan nak tunjuk perempuan itu atau bilik air yang belemoih...tu kaki Asyraf tu... nampak tu...



Tidur buas budakni. Tiap2 malam asyik merembes atas tilam. Sebab tu dia dilarang keras naik atas katil mak pak dia. Hazab wooo....sekali dia bantai kencing, hancing satu bilik. Yuckks!!




Ini lagi satu contoh perlakuan mengundang pelempang. Berat 14 kilo, ada hati nak berehat atas bouncer adik dia. Sampai naik melendut besi bouncer tu!




Ini dia muka hazab yang mengantuk sepanjang jalan. Turut ingin ditonjolkan adalah spek mata baru berharga RM10 brand GUSI GUCCI, Brooch gantung yang dah tercabut 3,4 bijik mata dan brooch besar gedabak yang Pakcik korang beli kat Korea tahun lepas [tahun ni baru pakai sebab aku jual tadak sapa nak beli]

Motif pakai spek itam ketika memandu dipagi hari yang mendung?



Tuesday, December 1, 2009

TERLALU MENGANTUK SAMPAI TERPAKSA JAJA MUKA LAKI BINI




Mengantuk yang sangat terlampau [tak tau nk buat apa dlm opis yang sungguh nyaman ini]

Ni muka orang biasa-biasa masa di KLCC. Terlalu biasa sampai gambar pon kembang semangkuk [tuan dia pon memang kembang]. Kalini Makcik tak boleh nak salahkan orang yg tangkap gambar tu mengidap Parkinson. Sebabbbb...




Semua gambaq2 ni Makcik yang tangkap!


Monday, November 30, 2009

ORANG BIASA JGN PERGI TEMPAT LUAR BIASA




Bak kata Sawsawlady, orang biasa-biasa mesti menyimpan impian yang biasa-biasa saja. Nafsu juga mestilah yang biasa-biasa. Makcik sebagai insan yang termasuk dlm kategori biasa-biasa itu sangat setuju.

Masalahnya, Pakcik telah menerima sesuatu hingga menyebabkan kami [Makcik dan Pakcik] terpaksa jadi orang luar biasa dan pergi ke tempat yang luar biasa.


Sudah hampir 3 bulan voucher RM200 Isetan ini dok terselit dalam dashboard kereta. Sebagai orang biasa-biasa, kami tak tau nak beli apa dgn RM200 itu!

Adakah 200 terlalu banyak untuk kami?
Adakah 200 terlalu sedikit untuk kami?

Hari Jumaat minggu lepas, kami bercadang nak pergi ke tempat luar biasa tersebut untuk membelanjakan 200 itu. Oleh kerana sudah hampir 2,3 tahun tidak pergi ke tempat luar biasa tersebut, kami kelihatan sungguh luar biasa! [atau lebih layak - sungguh kejakunan]

Parking di tempat letak kereta biasa-biasa. Tempat letak kereta luar biasa terlalu mahal utk kami.
Punyalah jauh, terpaksa menapak sampai rasa nak jogging jer terus kat Tmn Tasik KLCC tu.

Makcik ckp kat Pakcik :
Bila kita masuk Isetan tu nanti, mesti SA dlm tu tau yang kitani orang biasa-biasa yang tak sepatutnya datang ke tempat luar biasa ini sebab dia boleh nampak betapa belengasnya muka kita dgn peluh yang meleleh-leleh. Ini mesti org yg tak mampu sebab mereka parking terlalu jauh dari sini!

Dipendekkan cerita, voucher tersebut masih tersimpul rapi di celah dashboard kereta sebab kami memang tak tahu apa yang patut dibeli dgn voucher tersebut! Semua barang yang dibelek-belek adalah terlalu mahal untuk kami dan kami rasa tak berbaloi nak gunakan voucher tersebut untuk barang tersebut [ada paham kah ini ayat?]

Kesudahannya, kami hanya makan di Pizza Hut dan kemudiannya hanya membeli sepasang kasut BATA!

Dua kali Pakcik nyaris-nyaris nak terperasan jadi orang kaya sebab nak termasuk ke toilet yang berharga 2 hengget. Sanggup beliau menahan kucilan [apekah] sampai ke rumah demi nak menyelamatkan 2 ringgit beliau!

Moralnya, ORANG BIASA JGN PERGI TEMPAT LUAR BIASA


Thursday, November 26, 2009

XXL & XXXL




Semalam beli 2 helai blouse XXL berharga RM10 [anda dapat semurah ini hanya di Pekan Rasa]. Sehari sebelum itu beli blouse size XXXL di NSK. Kedua2 jenis blouse yang dibeli dari tempat berlainan dan harga berlainan ini adalah 98% hampir sama design dan fabriknya. Sat tadi baru fitting baju2 tu [beli kat pasar mana ada fitting room]


Wowowowowowowo....

Baju size XXL - muat elok dan selesa dipakai
Baju size XXXL - adalah ketat dan menonjolkan benjolan-benjolan hodoh.

Yang hangin sekali... Baju XXXL yang ketat dan tak mungkin sanggup dipakai ittew adalah berharga RM39!

Tambah satu hengget lagi, boleh dapat blouse di Pekan Rasa sebanyak 4 helai yang sudah pastinya amat selesa dipakai. Bukankah sepatutnya size XXXL tu lagi besar dari XXL???

Inilah masalahnya menjadi ORANG BESAR. Sampai size baju pon dah tunggang-langgang!
Tiba-tiba berasa kasehan kepada diri sendiri... sob... sob... sob...

Nota kaki : Makcik bersiaran dari Bayu. Cuti. Nak pi KLCC [setelah dekat setahun lebih tak jejak KLCC]. Motif pegi... lenjankan voucher Isetan yang PS dapat masa raya haritu. Nanti kalau Makcik sesat dlm KLCC, Makcik telipon duta KLCC - Ana Suzana suh bagi guidelines. Heheh!



Wednesday, November 25, 2009

INI PUTRA, INI PUTRI





Habis modal dah nk buat entry. Tempek wajah anak-anak sajalah. Dah upload kat belog, bolehla makcik delete dari henfon. Dah penuh sarat dgn macam-macam gambar budak-budakni.

Bila sapa2 pegang riba adik dia, nanti si kakak akan datang menempek... sengih-sengih and said...
ini PUTRA [pointing to Asyraf], ini PUTRI [pointing to herself]


PUTRI


PUTRA

.
.
.
.
.
.
.
.
.
INI MAK INANG DEPA!
[Nasib baik bukan khadam]




SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA
Untuk kamu, kamu dan kamu semua.
Maaf Zahir Batin


Tuesday, November 24, 2009

MASA UNTUK BERTINDAK...

.
Semalam berkepochi kat Facebook, tak sangka ramai yang mendengar keluhan Makcik pasal produksi susu yang semakin merudum. Macam2 solution kami kongsikan. Dan Makcik, balik jer keje... terus menerpa ke Soon Huat untuk membeli bahan - bahan yang dicadangkan.



Selain dari mender2 di atas, Horlick pon ada Makcik beli. Dok minum tiap2 pagi. Lobak putih pon ada. Halba pon ada [Makcik main telan jer sesudu kecik halba tu].

Akan datang Makcik nak cuba fenugreek pulak. Dah baca review pasal fenugreek ni kat porem.

Sapa2 ada experience guna pil fenugreek?












Friday, November 20, 2009

SENGAL EPISOD 2

.
Sekali sekala di kala bulan mengambang, penyakit sengal mcm ni akan melanda. Anda tiada pilihan lain, tataplah wajah kami anak-beranak dengan penuh kaseh sayangggg.




Masa Makcik edit collage ni, Mencah ada kat sebelah.
Dia kata : Sayer nak sepek yang macam tu jugakkkk.... 
Tahap peratusan kegedikan kami dua beranak adalah sama nampaknya!


Agak-agak nanti kalau Asyraf dah besaq sikit, Makcik ajak dia menyengal [apekah] mcm ni dia nak tak?
Manala tau... kot2 kecik2 lagi dah pandai nak jaga macho mcm Pak dierrrr [macholah sangattttt]





Thursday, November 19, 2009

GETTING BACK TO WORK...




Cuti 60 hari bakal berakhir.... Harini last day cuti. Esok Makcik dah kena start berulang alik Rasa - Rawang semula. Terpaksa tinggalkan anak-anak tiap-tiap hari. Berat hati jugak, tambah lagi nak tinggalkan si kecik Asyraf. Tawakkal. Harap-harap bibik dapat jaga anak-anak dgn sebaiknya. Bebanan kerja yang melonggok-longgok kat PID sedang memanggil-manggil. Mujurla esok dah Jemahat.

Ada kerja ker? Bukan Makcik relax jer ker selama ni?

Ada okehhhh....

Tu...projek ICE AGE haku yang langsung tak bergerak gara-gara nak beranak haritu. The other 9 PIDs dah sampai stage mana ntah... yang hakuni, budak2 pon haku tak approach lagi. Dah la esok last day sekolah, budak2 dah nak cuti panjang kan? Ewww... jenuh la aku nak berjawab dgn EPU nanti!

4-6 Dis ni khabarnya ada kursus. Kursus dihujung tahun ni maklum sajalah... mulala sibuk nak mengarang report bagai... [Ezey, kalau ko nak start buat, bagitau aku ekk... kita start sama-sama hihihi...]

Selebihnya adalah tugasan harian/ mingguan/ bulanan yang banyak tertinggal sepanjang makcik bercuti 2 bulan [termasuk jugak yang haku tinggalkan sebelum start cuti. Kah kah kah]


Motif tunjuk MC besar-besar? Apa ko ingat ko sorang jer penah beranak?


Alangkah best kalau tak payah pi kerja, tapi duit masuk tiap-tiap bulannnnn... [oh, dan bibik juga harus tetap ada :P] - hint-hint sikit kat Pakcik... mana tau rayuan makcik diterima. Hihihi...


Monday, November 9, 2009

TERIMA KASIH...






Kedua-duanya sangat berguna.
Terima kasih yang tak terhingga utk kawan-kawan yang sungguh murah hati.






Entry Makcik skang kontot2 jer kan. Macam nak-tak-nak jer update belog??
Helloooo..... simpan tenaga okeh! 3 bulan yer puan-puan...


REAL PUNYA MAKCIK





Makcik tengah petik daun mengkudu. Pagi semalam sebelum bertolak balik KL. Ni kira dah sihat sikit. 2 hari dok terseksa tahan selsema dan demam. Kena hujan tgh malam masa benti kat RnR masa on the way balik kampung.


Gambar yang membikin Pakcik Sepol menggeleng kepala sambil mengurut dada. Besarnya bini akuuuuuu!!

*Kiri tu adik Makcik yang telah berjaya menselimkan diri*




Wednesday, October 28, 2009

SAKIT GIGI

.

Sudah 3 hari. Ptg td dah tak tahan [asyik telan panadol], pegi jumpak dentist. Ingatkan nk cabut, tp doc kata gigi tu elok lagi - masih boleh ditampal. So, melayang rm70 [nyesal tak jadi doktor gigi!] utk tampal gigi.

Dan sekarang [mlm] gigi sakit balik.

Betul kata doc tu... bukan gigi ni [yg ditampal] yg sakit.

Gigi bungsu [wisdom tooth] yg dh rongak kat sudut sempit tu yg dah mula sakit.

So, esok pagi kena pi cabut gakla gigi kecik tu.
Kopak lagi Makcikkkkk.....

Panadol lagi la nampaknya mlm ni....



.


MILKING ME


.



Terasa kagum dengan diri sendiri.
Walaupon tak dak satu pon botol yg berkapisiti 4 oz tu penuh
atau sekurang-kurangnya cecah angka 4, Makcik terharu tawww...

Nak dapat hasil yang tak seberapa ni ponnn...
Ketahuilah wahai sekalian isi donia.... is hazab hokay!
Kiri-kanan-kiri-kanan-kanan lagi-kiri lagi...

Semalam dapat berita tak syok plak, 4-6 Dis ni ada training [apekah?] kat Cherating.
Kalau takat botol kecik 3 suku penuh camni, alamat susutlah pipi macho si Asyraf.

Wahai suamiku yang kacak bergaya, haruskah kita 4 beranak berdoah-doah ke sana? Lagipon tahun 2009 ni, kita blom mkn angin lagi [dah tak leh mkn nasik kan, kita mkn angin jerlah :P]




Monday, October 26, 2009

WANTED : BREASTFEEDING ACCESSORIES



.

  • Cooler bag
  • 6 packs of reusable ice pack [last for 12 hours]
  • Spectra-3 breast shield set [sebelah dah ada, nak lagi sebelah]


Sebelum Makcik rembat yang baru, ada sapa2 nk letgo the above items with REASONABLE price in REASONABLY good condition?

Kepochi kat Makcik cepat yerrr....





Sunday, October 25, 2009

99 HARI TANPA OKSIGEN


.
Buat kesekian kalinya, Zalia Chayok muncul dgn idea gajah putih beliau. Dan Makcik sebagai kawan baek beliau, pastinya akan sama-sama 'bergajah' dgn beliau.


Gambar hiasan versi pembakar semangat. Googled.


Sebelum Makcik memboyot 9 bulan haritu,
kami memang sama-sama berpoyo-poyo mendietkan diri secara berjemaah.
Yang mana akhirnya, semuanya adalah KELAUT China Selatan!!

Mari kita sama2 tunggu dan lihat - apakah projek 99 hari tanpa 'oksigen' [nasi] ini akan turut sama kelaut. Atau mungkinkah kami bakal bertransformasi menjadi hotmama [jgn hot-hot-chicken-shit sudah!] pada 7 Feb 2010 nanti?? Kalau sungguh la jadi hotmama, pastinya para somi kamilah org yg paling happy-go-lucky. Hohohoho.


Gambar hiasan versi berangan. Googled.


Journal 99 hari tanpa 'oksigen' Makcik Rehan akan di update di sini. Jadi, sila bertandang ke sana dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan [penguncupan] Makcik Rehan.

Kepada para pesaing, yakni blogger2 lain yang turut sama terlibat dalam projek gajah putih ini, diucapkan SELAMAT MENGUNCUP. Hohohoho.

Kepada ibuk-ibuk yang tgh dlm proses mengawan tahun depan - Zalia dan Sawlady[sekadar menamakan beberapa contoh :P] jangan lupa buat UPT tiap2 bulan yerrr... keh keh keh.

Lagi gambar hiasan versi syok sendiri. Googled.







Tuesday, October 20, 2009

KINI SEMUANYA KEMBALI SEPERTI SEDIAKALA


.
9 Bulan memboyot, kulit muka ku suci dari jerawat. Walaupon ada parut-parut lama, at least merasa la hidup tanpa jerawat selama 9 bulan.


Sekaranggggg.... dia dah mai balik. Favourite spot, kat cuping telinga. Juga di pipi kembung ku. Dan sejak seminggu yang lalu, ada pulak sebijik yg bertenggek atas bibir depan lobang idong haku!


Geli Makcik tengok gambo ni anak-anak.... ni bukan jerawat Makcik, kalau Makcik punya lagi kome geli nak tengok. Huhuhuu...


Tak payah... tak payah... tak payah rekomen apa2 produk kejelitaan kat Makcik yer anak-anak... adalah akhirnya nan ado dipakai. Kelak habis dipecit-pecit ke dinding oleh si Mencah jerk.

Sekarang Makcik menten pakai Olay total effect sajork [itupon sekali sekala dikala bulan mengambang jer] Nak beli sabun Eumora [apekah?] yang mahal mengalahkan kos servis keta kontot aku tu rasa cam hilang akal lak kan...


Friday, October 16, 2009

BIBIK : UPDATE SEMINIT


.
Mengantuk giler. Si bujang, mcm biasa... memalam mencelik tanak tido. Aisyah lak pagini bgn awal. Biasanya dia boleh lajak tido sampai kol 12 tgh.

Yerr.. I am officially berbibik. Semalam dah jumpa 4,6,8 tah baper mata... Haku, Nenek Onah, Atuk Acan, PS, Mencah, Asyraf semua pakat interview dia. Yang paling haku lega, PS finally agreed utk berbibik [still on test drive basis].

When i first handed Asyraf to her, tetiba aku tengok dia tertunduk dan menangis teresak-esak. 'Saya ingat anak saya...' sob... sob... Owh... drama swasta kejap.

Namanya Fiktiah, ker Bizkiah [mcm Bizkizz plak] aku pon tak hengat. Hehehe. Kami panggil bibik jer. Si Aisyah dan Asyraf aku bahasakan Adik dan Kakak, senang aku nak bagi arahan suruh buat apa2. Umurnya 26. Orang Madura-Jawa. Sudah kawin, anak sorang umo setahun. Tu pasal dia syahdu syahdan bila nengok si Adik. Gaji? 450.

Paling aku lega, she knows how to bathe the baby. Senyap sunyi si Asyraf dimandikan ala2 layanan SPA oleh si bibik. Siap diurut-urut. Kalau dgn aku, melalak tak hengat okeh. Si Aisyah ni pon, biasanya punya liat nk mandi. Tup-tup pagini elok jer menyerah diri nak mandi pukul 8 pagi! Harapnya, biarlah panas sampai ke petang kan?

Ni Bibik tgh mengemop. Pepagi buta tadi dia dah menyapu. Hehehe... biasanya pepagini, aku yang tertonggeng2 menyapu, mengemas, sidai kain bagai. Dan Asyraf pulak tgh sedap membuta setelah puas dia mendera aku malam tadi. Pagini aku dengan lazatnya sedang bertenet. Hihihihi... kelazatan yang diperolehi dengan membayar rm450 sebulan. Wohohohoh...

Sikit demi sikit aku bagi arahan itu ini kat dia. Kang aku bagi sekaligus, jem plak paler otak dia nk ingat semua kan. 1st thing 1st. Priority buat masa ini is the kids.

Terpaksala kami laki-bini bekerja keras mencari nafkah demi nak menyara si bibik dan anak-anak. Cewah... terharu tak? terharu tak? Kalau terharu, klik la Nuffnang aku 18 kali sehari. Pastu orderla brooch banyak2 dari Bizkizz. Muahahahaha....

Til then, i want to qada' tidooooo. Heheheh!

p/s : Zel, kalau kompom nak dtg, nnt jgn lupa sms aku dulu ekk....







Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker