Pages

Powered By Blogger
Showing posts with label Nothingness. Show all posts
Showing posts with label Nothingness. Show all posts

Monday, March 29, 2010

JENGUK-JENGUK




Sekali-sekala kena gak masuk...
buang sawang, buang habuk...hehehe...

Tuesday, March 23, 2010

RESPON TO READERS




.
Ramai yang terpisat-pisat, 
nk tinggal komen selepas membaca entry,
tapi tiba-tiba terperasan takde ruang komen!

Ya ampunnn....
Makcik memang sengaja pasang padlock kat ruang komen,
sebab Makcik rasa mcm tidak adil kepada kamu-kamu semua,
sebabnya....90% dari komen-komen itu Makcik tak balas!
[lebih dahsyat... ada yang kdg2 Makcik baca sekali lalu shj]
Makcik tua korangni memang pemalas tak hengat nak kelik2 kat komen tu nak balas-balas.

Oleh sebab itu,
Makcik memilih utk pakai kotak jerit kaler kunin ni sajork
Senang nampak, dan ler-ler tu Makcik boleh balas jerit kat kamu :-p
Setuju tak kawan-kawan semua...
kita pakai kotak jerit kuning ni sudahla ekk...

Kalau rasa nak feeling-feeling asmaradana lebih-lebih sikit,
drop jer email kat Makcik... hehehe [aku dah feeling glamer dah ni]

Kadang-kadang, ada org buzz Makcik kat FB dan YM,
Makcik 'menyala' tapi tak balas...
Jangan la sentap sayangggg....

Makcikni, kalau di opis...
adalah asyik bernomad dari satu PC ke satu PC.
YM ON disini... Facebook ON disana, blog log-in disinun...

Kalau dirumah pulak, 
Orang buzz YM Makcik sampai nk bergegar laptop [OK, agak keterlaluan disitu]
Pon asyik tak berbalas...
Bukan taknak balas, tapi time tu biasanya Makcik tgh kekalutan bersama anak-anak bertuah
atau mungkin jugak laptop nan hazab itu 'dikonker' oleh Pakcik korang
Jadi.... janganlah sentap-sentapan kalau teguran anda tidak berbalas yaaa...

Entah apa motif aku meroyan tak tentu hala di pagi nan hening ini.

p/s : Aunty Mary ada kat sebelahni... tapi rasa cam pelik lak.. 
Dia tak kacau Makcik lak pagi ni. Hehehehe...



Thursday, March 18, 2010

IS CURRENTLY TAK LARAT




.
Betul, tak reka-reka cerita tau.
My body is aching [speaking longkang seround]
My kepala is pusing.
Tima Kasih Kak Ina Pos bagi Paracetamol Klinik Kumar 2 bijik.
So that Makcik ada strength utk membuat entry memohon belas ehsan ini.
Lagi sadis, Zalia pulak membawa satu berita 
yang entah tak tau nk definisikan sebagai berita gumbira atau berita bencana

But overall, Makcik happy!

 Googled



DISINI SAYA MEMAKLUMKAN...




.
Tekanan [baca sebagai stress]
Tertekan [baca sebagai depressed]


Banyak soal pullekkk....

i banyak kerja lagi nak buat nih...

g#%&%#g

.

Tuesday, March 16, 2010

BERAS WANGI DAN BERAS HERBA

.

Assalamualaikum. Hello.
Petang tadi baru sampai dari kampung.
Mak sihat. Ayah pon sihat. Kucing2 pon sihat.
Bendang Mak dgn Ayah dah siap serak. Bendang orang lain ada yang belum siap serak.
Sebab tu asyik dengar bunyi kabota dari pagi sampai petang. 

 Googled.


Mak kata Ayah makin lalu makan banding dulu,
sebab Mak kata Ayah skangni makan beras mahal-beras wangi.
Bagus Ayah. Saya sokong apa saja demi kebaikan Ayah.
Ayah dah banyak berkorban demi anak-anak,
Sekarang adalah masa utk Ayah pamper diri sendiri.

Mak kata, kucing2 kat umah ni pon beruntung jugak,
sebab dpt mkn beras wangi jugak.
Sebab Mak malas nak masak nasik asing-asing utk kucing2 tu semua.

Balik kampung kalini, jumpa sepupu Mak yang duduk Penang.
Uncle Bal dgn Untie Narimah; dtg umah sebab nk jemput kenduri kawin anak depa.

Uncle Bal tanya soklan cari nahas : Lama tak jumpak hang An, makin 'sihat' Uncle tengok hang!
Makcik jawab dgn penuh macho : Saya dari dulu tak pernah tak sihat Uncle!

Heheh. Cerita sihat tak sihat tu habih takat tu saja.

Balik mai Rawang,
Makcik terpikir...
Kalau Ayah tukar ke beras wangi sebab nak bagi selera makan,
Haruskah Makcik tukar ke beras organik sebab nak bagi hilang selera makan?

Ni kalau Pakcik korang baca,
harus Makcik kena kutuk kaw-kaw!

Bagi dedak ayam pon dia lahap tara tu lah jugaaaaak...!!




Saturday, March 13, 2010

JERIT KUAT-KUAT




.
Demi kemudahan diri sendiri
Belog ini sudah TIADA RUANGAN KOMEN
Yang tinggal hanya kotak jerit,
so, jeritlah kuat-kuat sikit.

Ada ruangan komen pon, 
tapi Makcik sangat pemalas Ya Rabbi nak bukak, baca dan balas.
Senang, kita main jerit-jerit sudahla.

Kotak jerit tu boleh jerit panjang-panjang, jgn bimbang.
Makcik dah hi-jack HTML code dia bagi space panjang berjela.
Kalau dgn kotak jerit ni pon Makcik pemalas Ya Rabbi nak balas komen,
silalah salah seorang dari kamu baling selipar jamban kat Makcik!
[seorang saja tau, bukan 18 orang]

.


Friday, March 12, 2010

SPM vs STPM

.
Chaittt....
Kat previous entry Makcik tulis SPM...
tapi Makcik tulis Sijil Tunggu Peminangan ===> STPM
 Buat-buat tak perasan sudahla.

Nak pi makan (lagi) dah ni...
Pekena Milo ais pon best panas2 ni...

Detox?
Aku tak join, sebab aku nak pi slimming centre terus.
Ada slimming centre Ah Moy kat Batangkali ambik Makcik jadi duta.



Cam biasa, gambar tanpa watermark google punya.


Baiklah.
Internet nampaknya dah ok hari ini.
Lampu stabil. Suhu pon stabil.

Sat lagi, lepas solat jumaat
Makcik nk pulun buat scheduled entry
sempena percutian di kampung halaman selama 3 hari.
Duit Nuffnang lagi rm29.80 nak cukup 15,000.
Balik dari kampung bulehla cash out.

Nak beli mesin sauna, 
tak pon mesin epileptical ker epilepsy [Makcik tak reti eja... ]
Alah, hat yang depa-depa dok sebut ellip... belalang... haa.. yang tulah


Hallamakkkk.... cuti blom apply!
Dah la PM tgh moody...

.






SPM




Baiklah.
SPM dalam konteks yang sebenar.
Bukan Sijil Tunggu Peminangan macam zaman Makcik dulu-dulu.

 Mcm biasa.. gambar googled.


Pagi tadi dengar kat Hot FM,
depa invite 2 excellent student dari sekolah mana tah,
Naimah dan Joyce - masing-masing 12A dan 11A

Kalau Makcik ni Mak depa.... 
memang Makcik senyum lebar sampai nampak gigi bungsu selama seminggu.

Baik.
Pagini student-student SPM Makcik datang kelas dgn macam-macam ekspresi
Ada yang ala2 kelam kelibut nak masuk website UPU
lepastu terkulat-kulat tatau nk apply course apa kat Uni mana 
sebab result kureng masyuk [kesian, serius kesian]

Ada jugak yang menyengih sampai ke telinga
walaupun resultnya lebih byk C dan D dari B. A toksah tanyalah kan...

Makcik takmau berani-berani nak suggest suruh apply belajar kat mana-mana,
atau ambik course apa-apa...
pandai-pandai mereka dan keluarga merekalah.

Bukan apa.... nanti depa tanya mcm ni...
Akak dulu belajar apa, kat mana?
Kenapa last-last akak jual brooch pulakni?

Silap-silap ada pulak yang kena pelempang!


Nota : Anak buah PS si Jiji dapat berapa agaknya?
Nina, sila beri laporan penuh.



Thursday, March 11, 2010

PING SANA, PING SINI... DARAH PON NAIK!




.
Seharian internet kering kontang di PID.
Sekarang baru boleh online,
setelah technichian TM datang buat kesekian kalinya,
dan memanjat tiang belakang buat kedua kalinya...


 Rasanya TM kena wujudkan Step Ping peringkat akhir,
dimana ianya hanya boleh digunapakai setelah semua proses 'mengeping' tidak berkesan
iaitu PING ##@$*&^ [maki-maki manja dlm Bahasa Uganda]

Seperti biasa, kata mereka.... kalini mesti okay dah!
Kita tunggu esok hari... masih berkedip atau tidak.

Anyway, demi menahan mata yang tersengguk-sengguk sepanjang hari
sebab tak ada siapa sudi nk masuk PID dan guna komputer 
sebab nampak nota font besar depan PID yg berbunyi :

INTERNET TIADA - GANGGUAN TALIAN STREAMYX
-INTERNET NOT AVAILABLE-


Maka Makcik pon terpaksa main game daun terup ini.
Kalau Makcik ni peladang dan penternak jaya macam Dia Langkap,
mesti aku dah rugi berpuluh-puluh ribu riban sebab hasil tanaman aku masak rentung!

.

STREAMYX DAN BATIK



Hello.
Tah kat mana silapnya, Internet kat PID down lagi.
Semalam tgh sedap2 surfing, pukul 4 ptg tepat-tepat...kiok lagi!

Technichian sudah 4 kali datang.
Hari selasa haritu sampai dah panjat tiang kabel.
Tapi line masih jugak putus-putus.
Ada kabel dasar laut yang putus lagikah?
En Faizal tak dapat detect kah?
[Aku agak jer nama dia Faizal, ker aper ker nama dia ek Zey?]

Oh... enrty ini ditaip di Bayu. Masih berkaftan. Huhuhu.
Semalam terima email, hari ini mesti berbaju batik.
Jenuh selongkar lemari, mana ada baju batik.
Bedal jerla... pakai kain batik... boleh?

Anyway,
Saya yang menurut perintah...
sentiasa siap siaga menjalankan tugas.


p/s: 
Line streamyx yang mandom semedangni
menyebabkan Makcik tak dapat nk menjengah belog para kroni.
Baiklah, kita terus bersabar... kerana sabar itu adalah separuh daripada iman.

.

Tuesday, March 9, 2010

MAMA.... MANA KAWAN AWAK UNCLE 'JIWA' TU.....

.


Gambar songlap kat sini


Baiklah. 
Mari mulakan backdated update dengan cerita jumpa AG Hotfm 
dan bersembang kencang mcm kamini satu kelas masa sekolah.

Semalam, cuti ehsan sebab perjalanan jauh dari Kuantan - Rasa.
[Ehemm... diam-diam sudahla...]

So, semalam pegi jumpa Pei Ling, my ex-officemate kat MJ.
Nak collect milk powder for Aisyah.
[malas nk explain bab ni sebab kena taip panjang2 baru korang paham]

Kuar dari Tol Kota Damansara, terus menghala ke Tropicana.
Benti kat Traffic light sebelum masuk kanan.
Tiba-tiba nampak Mamat kacak [tidaklah sejambu hero Korea pujaan Zalia and the gang]
Pandang sekali nampak mcm Mat Jawa Parit Sonto.
Pandang 2 kali, AG rupanya.

Dengan selamba, Makcik bagi isyarat mulut... AG ker?
Dia senyum...pon jawab sambil bagi isyarat mengangguk Yerr....
Tak puas hati lagi, Makcik turunkan tingkap, wahh... tingkap dia pon tak tutup ropernyer...

AG, kim salam Wak Kieran eh!
OK.. InsyaAllah....

Tak pegi Big Jam Penang ker?
Baru balik la ni....

Oh, ni nak pi konti la nih?
Tak... nak pi Genting dulu... petang kang masuk konti...

OK, Petangni 90-an menang eh AG!
Orait chantekkk! [senyum lebau sambil buat tanda best]

Traffic light tukar hijau,
Makcik dan Aisyah melambai-lambai kat Wak AG.
AG jalan terus bersama Perdana beliau, kami 2 beranak belok kanan bersama si kontot.

Lepas tu Aisyah tak abih-abih tanya...

Siapa tu Mama?
Kawan Mama... nama dia Uncle Jawa...

Haaa? Uncle Jiwa?
Mana Uncle Jiwa tu Mama?
Dia dah pegi keje...

Lima minit kemudian Aisyah tanya lagi...

Mana kawan awak Uncle Jiwa tu Mama?
Dia dah pegi keje.....
 
Lima minit kemudian Aisyah tanya lagi dan lagi dan lagi....

Mana kawan awak Uncle Jiwa tu Mama?


 Sudahla nakkk... kang Mama ko yang sakit jiwa karang....

.









Wednesday, February 24, 2010

TAHUKAH ANDA...

.

Bahawasanya line streamyx yang konon-kononnya...
Kalau bukan streamyx tak cukup baguslah!

Adalah sangattttttt ^%$%#$&$
sejak dari pagi tadi.

Makanya.... gambar-gambar berikut terpaksa diulang tayang lagi dan lagi...



credit to : http://www.streamyxsucks.com/ 


Monday, February 22, 2010

INTERNET KAT PID RASA MACAMMMMM...... ^&*%*&%^^%#@$#@$

.
Sangap siot!
Dari pagi tadi, streamyx buat hal.
Talipon 1-800-bla-bla... dapat plak cakap dgn mamat operator bengap,
boleh menopos Acik becakap dgn ko dik!

Talipon lagi sekali pas lunch tadi,
nak semak report pagi tadi sbb still tak leh connect,
alangkah bangang operator pagi tadi tu rupanya...
Report ada... tapi dibuat atas nama Encik Jazlan!

Nama aku Rehan la weyyy... Rehan!
Rehan dgn Jazlan jauh beza noks!!
[mentang-mentangla suara aku ada sikit husky pagi tadi, JAZLAN ko bagi aku dik]

Ambik feel dulu, cek email kementerian jap, cek email Bizkizz jap...
kalau rajin Makcik sambung entry weekends lepas.

Para pelanggan Bizkizz ku yang terrrsayang,
tunggu Acik reply query korang ekk..
Blame it on our so-called : kalau tak streamyx tak cukup baguslah telecommunication company!


Wednesday, February 17, 2010

NAZIRAH : SILA KUTIP BUAH-BUAH BERRY INI

.

Sila abaikan entry ini. Ini utk tatapan adik gua di KLIA.
[wahh... tetiba MR jadik brutal bersempena buat entry utk adik-beradik]

Ataupun, gua sudah terpengaruh dengan belog Orang Tanjong Malim itu?
Keh keh keh... simptom2 yang bersifat sementara sahaja.

Happy Chinese New Year.... sungguh tak 1 Malaysia gua ni kan.
Sudah lepas baru mau wish!
Well, better late than never rite?


Ah, yang gambaq buah stoberi ni aku mau lagi 2 meter hokay!


.
Kain gambaq buah stoberi tu terletak dekat2 dgn kain gambaq katun Snoopy ni.


Sila cari sampai jumpa!



Friday, February 12, 2010

MAMA BOSAN. TAPI TIBA-TIBA....

.

Masih bosan.
Pagi tadi layan belog orang tanjong malim.
Lawaklah belog dia. Sinikal.
Tima kasih Elyn.
Dapat belog dia dari entry kisah APAN awak tu.
Entry2 dia memang boleh bikin org ketawa sampai nampak gigi bungsu.
OK, kalau takpon, rasanya cukup untuk menceriakan kebosanan di opis.

Esok cuti sampai Selasa.
Syiok kan. Mana nak pegi?
Sattt sattt... tiba2 Mak Buyung Nunu buzz Makcik.

bla...
bla...
bla....

Yahoooooooo....

Tengkiu Nunu. I lap u.

-SENYUM LEBAR SAMPAI NAMPAK GIGI PELESU BUNGSU-

Sekian.


KHABAR GEMBIRA

.

Semalam langsung tak hapdet belog. Abihla...dari 16K tinggal la 10K [uwek!]
So, pagi ini... dok kelip-kelip kelopak mata pandang skrin komputer PID...
Apa nak cerita? Kena cerita jugak... nanti dari 10K tinggal 5K pulak [uwek lagi!]

OK lah.
Nak bagi tahu, Jalan ke Taman Bayu TIDAK LAGI JEM 
samada di waktu puncak atau bukan puncak. Sangat best! 
Walaupon ada penduduk Tmn Bayu yang bersuara tak puas hati
sebab jalan alternatif yg JRK potong adalah susur masuk dan keluar dari Tmn Bayu
[saya tau anda tak paham, tapi buat2 paham sudahlah]
Tapi sekurang-kurangnya, alternatif tersebut telah memberi nafas baru
kepada semua penduduk yang tinggal di sekitar 
Emerald, Tmn Desa, Country Homes, Tasik Puteri, Batu Arang
dannnn... penduduk Tmn Bayu itu sendiri.

Wallaweyyy... apsal aku rasa mcm reporter Aduan Rakyat lakni?
[Pusvawaty Ramloo kah aku?]

Tak sia-sia Bapak Menteri Shaziman dtg melawat last year.
Harap2 sistem jalan alternatif ini dapat dipermantapkan dan dinaiktaraf.
Bak kata pepatah : kecik tapak tangan, nyiru kami tadahkan
[Ok, pepatah itu memang tak sesuai. 
Tapi sebab nak bagi nampak ending ala2 Karam Singh Walia kan...]

Pakcik Sepol kata,
Macam tak percayaaaaa... pukul 6.15 ptg sudah parking keta dlm porch!

Ehemmm.... sila jgn buat alasan nak kona baring balik umah mak lagi yerrr...

 Pic googled.


Wednesday, February 10, 2010

MELAYAN MASA SENGGANG


.

Heaven seh!
Student enggak ada. [patutnya ada, tapi enggak muncul]

Sedang kelebek katalog Cosway,
macam syiok... stockist sudah bukak dalam Tesco Rawang.
Nyaman kan nak bembeli dan belah... tak susah nk carik parking, dlm aircond lagik

Catalogni dapat free.

Amoi stockist Cosway tu kasik catalogni masa Makcik menebeng kat kedai dia itu hari.
Ni katalog lama-dah tak valid. Dia suh kelebek, balik pikir-pikir.. kalau mau, leh jadi ahli lorrr...

Tengok brg2 dlm tu, mcm syiok jugak kan?
Ah sudahhh....


Tuesday, February 9, 2010

INI SEMUA ADALAH KEHENDAK SEMATA-MATA. SILA JGN TAKE SERIOUS.

.

Bosan okeh!
[tapi best, sebab petangni Makcik takde student.

Oleh sebab internet dihujung jari kannn...
dan PC pon semuanya dalam keadan tip-top
[baru lepas servis okeh]
Sangat syiok lompat dari satu PC ke satu PC
dan melayari internet tanpa tujuan.


Ibu-ibu yang anaknya memakai CD,
jom join Makcik berangan memakainkan anak-anak kita dgn CD comel ini.
Beli lagi? Oh tidak.... sudah ada 14 pcs [buat masa ini]
Sudah lebih dari cukup [buat masa ini]



Makcik baru beli botol Avent 9oz 3 bijik.
Tapi.... bukan yg BPA Free.
[hat yg bukan BPA Free adalah murah sikit okeh]
Botol baru yang BPA free ni sungguh eksklusif rupa fizikalnya kan?
Ada biasan gold color dekat outlining dia.

Tujuan beli botol Avent,
sebab moncongnya luas dan botolnya clean and clear
Senang nampak kalau ada kerak susu.
[senang Makcik nak monitor tahap kebersihan Kiptiyah mencuci botol]

Lagi satu sebab beli botol besar [yang dok ada utk Asyraf hanya dgn kapasiti 4oz]
sebab ini budak semakin kuat menyusu.
Satu malam adalah sampai 3 kali kena bgn bancuh susu okeh!
So, lepasni kita bancuh extra... simpan dlm warmer
[tak yah dah bgn byk kali diwaktu mlm... yeayy!]




Sedikit hari lagi Asyraf dah boleh disumbat kedalam bumbo seat.
Beli lagi? Oh tidak... kakak dia punya dulu masih elok [tak la elok sgt, sekenhen marr] dan buleh guna lagi.
Retail price bumbo seat ni sekarang dalam RM179-RM199 bukan?
Sila percaya, kami beli bumbo utk Aisyah dulu dengan harga RM30 sahaja.
Torn a bit, but function-wised - perfect!



Sungguh berteknologi tinggi walker di atas ini bukan?
Beli yang begini? kompom kena tumbukan padu maut dgn Pakcik korang.







Comel giler baby quilt ni!
Jahit sendiri???
*pitam*


Sekian, harap maklum.





Tuesday, February 2, 2010

NO COMMENT... SEE YOU IN COURT

.

Feeling-feeling artis gebuw kena terjah dgn Abg Rambut Ketak.

 
  
 

Tolong jgn buat Fan Page kat Facebook - I hate    Memey   Mencah  hokay!



Friday, January 29, 2010

COACH IN DA HOUSE

.

Khas buat tatapan golongan marhaen macam makcik...

 

  

 

Kelip-kelip kelopak mata,
mau yang mana?

Awwwww......





Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker