Pages

Powered By Blogger
Showing posts with label PID. Show all posts
Showing posts with label PID. Show all posts

Thursday, March 11, 2010

PING SANA, PING SINI... DARAH PON NAIK!




.
Seharian internet kering kontang di PID.
Sekarang baru boleh online,
setelah technichian TM datang buat kesekian kalinya,
dan memanjat tiang belakang buat kedua kalinya...


 Rasanya TM kena wujudkan Step Ping peringkat akhir,
dimana ianya hanya boleh digunapakai setelah semua proses 'mengeping' tidak berkesan
iaitu PING ##@$*&^ [maki-maki manja dlm Bahasa Uganda]

Seperti biasa, kata mereka.... kalini mesti okay dah!
Kita tunggu esok hari... masih berkedip atau tidak.

Anyway, demi menahan mata yang tersengguk-sengguk sepanjang hari
sebab tak ada siapa sudi nk masuk PID dan guna komputer 
sebab nampak nota font besar depan PID yg berbunyi :

INTERNET TIADA - GANGGUAN TALIAN STREAMYX
-INTERNET NOT AVAILABLE-


Maka Makcik pon terpaksa main game daun terup ini.
Kalau Makcik ni peladang dan penternak jaya macam Dia Langkap,
mesti aku dah rugi berpuluh-puluh ribu riban sebab hasil tanaman aku masak rentung!

.

Wednesday, March 10, 2010

SISA-SISA GAMBAR DI CHERATING

.

Okay.
Mari kita habiskan sikit lagi.
Sudah alang-alang gambar dah upload ke PC kan...
 Kita paparkan kesemuanya biarpun ada yg sudah mula muntah kahak.




Dikala kebosanan melanda, 



Ezey lagi...


Check out time...

Comel kan?
[berani cakap tak comel!]




Dalam perjalanan pulang ke KL....



Sekianlah cerita Cherating dari sudut kamera hamsap Makcik Rehan.
Gambar2 ini turut dimuat naik ke Facebook.
Kawan-kawan PID, silalah log-in ke Facebook masing-masing,
untuk memeriahkan ruangan komen tanpa batasan.
Hihihihi....








Wednesday, January 27, 2010

KITA BAGI AMARAN KAT KETA DIA!

.

Hari Isnin baruni,
Kelas penuh dari pagi sampai petang.
So, PC-PC kat PID boleh kata tak dan nak sejuk.
Makcik pon sampai kering ayaq lioq dok mengajaq pagi sampai petang.
Inilah masalahnya bila student tak daftar serentak,
terpaksa guide depa 1 to 1
*pengsan*

OK, menjelang petang, bila budak2 dah balik dari sekolah
dugaan di PID semakin hebat.
Cuaca panas sudahla kan...
[ekon setengah kuasa kuda ni mana mampu nk menyamankan umat yang sebegitu ramai kann]
 Dengan bau, dengan bising....
*pengsan lagi*

Petang tu kebetulan ada 3 student, maknanya hanya tinggal 1 PC kosong saja.
Punyala ramai umat pelajar dari sekolah menengah mana tak taula
dok jengoi kepala nak guna PC.
Naik cemuih aku nak jawab...penuh! penuh! penuh!

Budak2 ni rupa-rupanya kena buat projek apekemenda tah
tapi depa kena cari biodata seorang tokoh berserta gambar.
ada sekumpulan budak2 pompuan form 2 nih dok terkial-kial nk tenyeh internet.

Tgh Makcik dok tolong budak2 pompuan ni buat projek,
muncul sorang  budak h*t*m pakai singlet,
lagi pakai seluar pendek.
Dia jengoi kepala, terus Makcik sound... penuh!
Rasanya dia bukan datang sorang,
sebab nampak mcm gelap jer sekeliling pintu luar PID tu.

Lima minit sekali dia jengoi kepala lagi dan lagi...
Makcik sudah pissed off okay!
Lalu Makcik kunci pintu.
[lagi pulak masatu dah pukul 4.30-sudah hampir masa nak merambus]

Masih tak paham bahasa,
ketuk lagi, pulas2 tombol lagi, dannn... BANG!
Tendang pintu barangkali.....
Marah tak? marah bukannn....
tapi malas nak layan.

Bila kuar dari PID masa nak balik....
Tiba-tiba Makcik terpucat sekejap
bila melihat....


Viper belakang si kontot dah ternganga laguni.
Ni amaran ringan la kot ekk....
Mujur makcik parking betui2 depan pagar
tempat laluan orang kuar-masuk  pejabat pos

Kalaula Makcik parking depan Klinik Kumar,
Apa jadila kat si kontot nan comot akuni kann...








Tuesday, January 26, 2010

SENGKUANG

.
Sedang Makcik berdendang riang menyanyikan lagu Saleem,
Aunty Mary muncul lagi...
[Hari Selasa memang hari dia]

Awal-awal lagi dia kecoh dok panggil...
Cikgu, apa pasai saya mau mukak email tatak muleh...
Saya sudah makai ini emel lama munya... hali ini pasai apa tatak muleh mukak?

Haku memang dah hafal email address dia...
mitwai@yahoo.com
YAHOO yer kawan-kawan....

Tau dia dok peroseh nak bukak email dia kat mana?
GMAIL yer kawan-kawan...
80 juta kali log-in pon tak akan lepas punya laaahhh!

Makcik suh dia masuk page Yahoo. Siap tulih besar badak kat whiteboard
www.yahoo.com

Jenuh aku kontrol gelak kat belakang tengok dia nak menaip...
[makcik berdiri belakang dia]

wwwyahhocom
wwwmitwaiyaho.com
wwwwahoo

last2 baru betul...

Berderet email dari Facebook!
Aduhhh.... satu pasal lak aku nk kena ajar dia nak ACCEPT or IGNORE people
[tapi Makcik tak ajar dia ADD AS FRIEND, kalau takkk lagi masak la haku]

Satu soklan kelakar dari dia:
Cikgu arr.. kalau ini hali saya mau flen sama ini olang kan...
nanti kalau lain hali saya tatak mau flen sama dia lagi...
apa machiam mau HALAU ini olang haa?
tak habih2 dgn word HALAU dia tu.


*flen = friend

Makcik Rehan jawab :
Friends are forever la aunty...
Tak mau la halau2 kita punya kawan kann...
[padehalnya aku malas nak ajar beliau]

Jawab beliau :
Saya tauuu... saya tau.... 
saya mukan mau HALAU flen..
saya mau tau saja
[fuhh... boleh tahan jugak dia punya semangat enquiry bukan?]

Ketika entry ini ditulis, beliau sedang compose message kat facebook.
Siap panggil Makcik tolong check spelling
Kapla saya ada pusing kata dia.

Kesian tengok dia,
makcik zoom in skrin komputer,
biar huruf-huruf tu semua kuar bagak-bagak depan mata beliau.

Walau apapon, Makcik tak muleh marah-marah sama beliau...
Ketap bibir dan simpan anger dlm hati saja lorrr.
Sudah jadi tanggungjawab kami berhadapan dgn mereka-mereka yang sebegini kannn
Kami layan jerla setakat mana yang termampu. Hihihi

Tambah pulak kannn Makcik kannn dah dapat kannn 'habuan' untuk minggu ini kann...


Gelakla...gelakla....

Tadi student2 Makcik pon dah sengih2 kat aku tengok aku dpt sebiji sengkuang besar penumbuk nih.
Berani korang gelak2 kat Cikgu Rehan ekk... tumbuk dgn sengkuang karang haaa...







Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker