Pages

Powered By Blogger
Showing posts with label Mama at work. Show all posts
Showing posts with label Mama at work. Show all posts

Friday, March 12, 2010

I AM A FUN TO-BE-WITH PERSON! BELIEVE ME.....




.

See... to have some fun, i do make fun of myself!
 





All pics, credit to FB Sue Jusoh. 

.


Wednesday, March 10, 2010

MENYELAM KE DASAR LAUT MENAIKI SUBMARINE

.

Baiklah. Mari kita teruskan.
Salah satu agenda yang ditunggu-tunggu oleh kami ketika di Cherating,
adalah melawat ke stesen kabel dasar laut TM.
Sebab dah lama tak pergi lawatan mcm zaman sekolah dulu-dulu,
beratur panjang-panjang, dengar taklimat, pura-pura tanya soalan [kunun-kunun sgt berminat]
gedik-gedik ambik gambar dan pastinya... JAMUAN DISEDIAKAN.


 Makcik dan Ezey dlm 'kenderaan khas' yang dipandu oleh Pak Supir
dalam perjalanan ke submarine.



Inilah dia bangunan submarine tersebut.



Tataplah wajah Makcik korang ni puas-puas...



Ini Makcik tak payah habaqla kan.... 
tengok lengan pon hangpa dah kenai sapa kan...




Nama dia Ija. Orang kuat PID Balik Pulau merangkap itu, merangkap ini... hehehe
Kalau hangpa minat NGO, usahawan bagai... kontek dia!




Enjoy nampakkk...



En. Rahim, orang kuat TM kat kementerian (kanan) &
Dato' Wan org kuat TM Negeri Pahang (kiri)
Sporting giler!



Inilah dia fiber optik yang tertanam dalam dasar laut.
Yang selama ini 'membekalkan' talian internet kepada kita-kita semua.
Sekali putus, 1 juta USD nak repair!
Sebab itu TM kata : Kalau bukan streamyx, tak cukup baguslah!
Tapi... tapi.... tapi.... i reserved my comments! hehehe...



Perbandingan saiz kabel dasar laut tu dgn botol air mineral kecik.



Perut sudah muncit mkn nasik dagang... jom balik!



Kenderaan khas yang Makcik dan Ezey naiki masa nak datang tadi
dah kena ambush dengan Puan Zalia pulokk...
hancurlah harapan kami nk feeling-feeling Puan Sri lagi sekali... 


DARI RAWANG KE CHERATING

.

Baiklah. 
Masa utk tadah mata melayan cerita Makcik di Pahang.
Bukan kali pertama, tapi bukan jugak selalu pegi sana.
Dulu penah pegi Kuantan sebab Niessa [kawan satu sekolah pondok kat UKM] kawin.
Dulu jugak pernah pegi Pulau Tioman,
yang mana kalau ikut ilmu geografi peringkat PMR,
Tioman jatuh dlm Negeri Pahang, bukan?


Bangun awal giler sebab nk masak Bihun Goreng Cap Bintang
yang memang famous seantero alam maya kan
[hakikatnya, aku tau masak itu jer]

Sebungkus, dibahagi 5 bekas.
PS request nak 2 bekas sebab nak eksyen dgn kawan-kawan opis..
Hey.. tengok... bini gua masak okeh!

Satu bekas utk Nenek Onah
Hey.. anak-anak sama Bibik kena pos kat umah Mak Mertua...
Tak kan pos tgn kosong kan?

2 bekas lagi utk Makcik dan Zalia
bekal sepanjang jalan kekdahnya.
Tapi, aku punya... belum sampai Genting Sempah dah licin!
Zalia punya, mkn sikit saja.... sbb dia kena drive kan
Sampai hotel, masuk tong sampah terus..
sebab rupa-rupanya lunch provided
Of cos, kalahla bihun cap bintang Makcik kan...


Habihla penyek kusyen tu kena henyak.

Alamak... kena submit borang soal selidik pulok.
Sambung kendian ehh.... 
Kena utamakan kerja-kerja di PID ni dulu
[kunun-kunun-kunun]




Wednesday, March 3, 2010

MAKCIK DAH SIAP HOKAY!!


.


Sama perangai mcm Zalia.
Aku pon baruuuuuu siap!
Hehehehe..... dan benar....karangannya kopi pes bujur-bujur dari tahun lepas.
Angkanya berbeza...tambah2 lak tahun lepas 2 bulan Makcik coti beranak khennn....

So, as u oll sedia maklum,
tomorrow, the day after tomorrow, the day after tomorrow kuasa 2, 
the day after tomorrow kuasa3 and the day after tomorrow kuasa 4
[orang terer Math jer paham nih]

I will not be around... not here in PID.
Cewahh.... speaking seround.

Sangat dukacita meninggalkan anak-anak dan suami tercinta
[Laki aku baca nih, mau dia luku kepala aku. Huhuhu... ]

Cheratingggg.... here I come!



Tuesday, February 2, 2010

NOMBOR BAEKKK PUNYA!

.



Pagi tadi, sedang sibuk-sibuk submit order Jusmate dan dR-II,
Lagi sibuk mengajar 2 budak pompuan lepasan SPM,
Lagi nasib baik Aunty Mary is not coming,
Lagi kelam-kabut print kan borang SYABAS utk kak Ina Pos,

Tiba-tiba telefon PID Rasa berbunyi.
Utk makluman, sangat tidak suka mengangkat talipon opis 
sebab takut nanti orang dari ICE AGE yang talipon
[nasib baik depa takdak no talipon henpon Makcik]

Terkedek-kedek hayun bontot berat nak pi pick-up call,
elok jer pegang itu gagang, deringan berhenti.
[suspen woo...sapa keje PID taulah perasaannya..hihihi]

Tiba-tiba, henpon buruk tu pulak berdering,
bertambah suspen i tau u olls....

Panggilan dari Kementerian u olls....

SAYA TELEFON OPIS, KENAPA TAK ANGKAT YERR?

Saya kan berat... 
berlari-lari  anak  emak nak pi angkat gagang,
baru nak angkat, deringan sudah berhenti.
Lagi pulak, talipon itu kadang2 agak sengal.
Sebab dia berkongsi fungsi dgn mesin fax.
[lebih kurang begini jawapan dari i olls]

BEGINI...
KAMI ADA MASALAH DENGAN REKOD PUAN DI BAHAGIAN KEWANGAN
[aku dah suspen mcm nak pitam - tak kan nak potong gaji? nak suh bayar balik gaji? bayar balik bonus?]
TAPI TAK APA...
PUAN FAX KAN KAT SAYA SALINAN PENYATA KWSP YANG TERBARU, MUKA HADAPAN BUKU AKAUN DAN SALINAN KAD PENGENALAN...
-HARI INI JUGA-

Makanya, Makcik Rehan is flying to the nearest KWSP office - Selayang.
Sudah fly pegi Selayang, jangan harap makcik akan pulang ke pangkuan PID semula.
Hehehehe....

Lalu, notis berikut muncul di depan pintu PID:


2 FEB 2010
PID RASA DI TUTUP UNTUK URUSAN RASMI KEMENTERIAN
-ESOK BUKA SEPERTI BIASA-

Tetapi, demi pembaca-pembaca belog [baca sebagai penyumbang 16K]
makcik sediakan entry ini utk tatapan u olls.

Gambar di atas adalah berat Makcik masa sebelum makan-makan kat SEOUL GARDEN minggu lepas.
Sungguh cantik nombor itu bukan?
Ada sapa2 berani challenge?





Tuesday, January 26, 2010

SENGKUANG

.
Sedang Makcik berdendang riang menyanyikan lagu Saleem,
Aunty Mary muncul lagi...
[Hari Selasa memang hari dia]

Awal-awal lagi dia kecoh dok panggil...
Cikgu, apa pasai saya mau mukak email tatak muleh...
Saya sudah makai ini emel lama munya... hali ini pasai apa tatak muleh mukak?

Haku memang dah hafal email address dia...
mitwai@yahoo.com
YAHOO yer kawan-kawan....

Tau dia dok peroseh nak bukak email dia kat mana?
GMAIL yer kawan-kawan...
80 juta kali log-in pon tak akan lepas punya laaahhh!

Makcik suh dia masuk page Yahoo. Siap tulih besar badak kat whiteboard
www.yahoo.com

Jenuh aku kontrol gelak kat belakang tengok dia nak menaip...
[makcik berdiri belakang dia]

wwwyahhocom
wwwmitwaiyaho.com
wwwwahoo

last2 baru betul...

Berderet email dari Facebook!
Aduhhh.... satu pasal lak aku nk kena ajar dia nak ACCEPT or IGNORE people
[tapi Makcik tak ajar dia ADD AS FRIEND, kalau takkk lagi masak la haku]

Satu soklan kelakar dari dia:
Cikgu arr.. kalau ini hali saya mau flen sama ini olang kan...
nanti kalau lain hali saya tatak mau flen sama dia lagi...
apa machiam mau HALAU ini olang haa?
tak habih2 dgn word HALAU dia tu.


*flen = friend

Makcik Rehan jawab :
Friends are forever la aunty...
Tak mau la halau2 kita punya kawan kann...
[padehalnya aku malas nak ajar beliau]

Jawab beliau :
Saya tauuu... saya tau.... 
saya mukan mau HALAU flen..
saya mau tau saja
[fuhh... boleh tahan jugak dia punya semangat enquiry bukan?]

Ketika entry ini ditulis, beliau sedang compose message kat facebook.
Siap panggil Makcik tolong check spelling
Kapla saya ada pusing kata dia.

Kesian tengok dia,
makcik zoom in skrin komputer,
biar huruf-huruf tu semua kuar bagak-bagak depan mata beliau.

Walau apapon, Makcik tak muleh marah-marah sama beliau...
Ketap bibir dan simpan anger dlm hati saja lorrr.
Sudah jadi tanggungjawab kami berhadapan dgn mereka-mereka yang sebegini kannn
Kami layan jerla setakat mana yang termampu. Hihihi

Tambah pulak kannn Makcik kannn dah dapat kannn 'habuan' untuk minggu ini kann...


Gelakla...gelakla....

Tadi student2 Makcik pon dah sengih2 kat aku tengok aku dpt sebiji sengkuang besar penumbuk nih.
Berani korang gelak2 kat Cikgu Rehan ekk... tumbuk dgn sengkuang karang haaa...





Thursday, January 21, 2010

JAMBU BATU DAN FACEBOOK

.


Apa kena mengena jambu batu besar tapak tgn ni dengan Facebook?

*********************************

Pagi Selasa, Makcik mcm biasa...
pura-pura bersemangat datang kerja
Ada 2,3 student baru dah daftar [lepasan SPM], dan kelas depa start harini.

Mujurlah 'skill' mereka agak tinggi.
Masa 2,3 kelas yang pertama memang blur tak terkira
[Makcik dok pendam jer angin kus-kus dlm badan - kaci chance, baru mula kelas kann]
Tambah-tambah lak skangni Makcik pakai syllabus baru
[yang sepatutnya memudahkan kerja aku]

Tujuan guna syllabus baru tu,
kunun-kunun nak tunjuk kata PID Rasa ni dah upgrade la kununnya
[takmau kalah dgn PID terhampir yang budak2nya sungguh 'pandaiiii' yakni PID Tg malim
[Zel, sila berasa bangga]

Jauhnya melalut...
Baik, yang sebenaqnya nk habaq kata pagi Selasa tu mood Makcik sgt baik....
sehinggalah tiba-tiba Aunty Mary muncul di ambang pintu PID...

Senyum meleret-leret,
dengan penuh kepayahan, terketar-ketar lutut beliau melangkah bendul PID,
sambil mengepit beg fail yang tak penah lekang di tgn tiap kali dtg sini,
disebelah tgn lagi, beliau menjinjing beg plastik kaler oren yang berisi...
SEBIJI BUAH JAMBU BATU
yang pastinya dipetik fresh dan special dari pokok...
khas untuk Cikgu Rehan kepala angin.

Ahh sudahhh...
kena lagi aku kalini...

Minggu lepas, beliau bawak sebeban CD software komputer nak suruh aku verify.
Verify pekemender... tu semua CD software yang dia dapat masa beli komputer 5-6 tahun lepas.
Memangla tak leh bukak, tak leh baca, takleh buat pemender.
Bertalu-talu tanya,

Apa ada dlm ini CD?
Macamana mau guna?
Apa pasal manyak kali saya mukak tatak muleh?


Nak explain kat dia punya pasal,
dengan lidah aku sekali tergulung sbb nk tune ikut rentak slang dia.

Fine. Itu kisah minggu lepas.
Minggu ini...

Beliau tarik kerusi dan duduk kat PC no 2 kegemaran dia.
Sambil membelakangi aku, sambil mengkelik mouse...

Cikgu, hali ini saya mau milajar mukak itu Facebook...
[dia masih senyum]

aku????
Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Meraung mcm artis tak dpt bayaran royalti!
[dalam hati]

Student yang duduk sebelah aku tu dah mengikik gelak,
sampai tutup-tutup mulut.

Adoyaiii....
Sudahla selama ini aku  tension nak mengajar OPEN dan SAVE file [tu belum menda lain]
7 tahun dia mai PID every weeks, benda yang SAMA terpaksa diulang suara tiap2 kali dia tanya..
Sekarang mau belajar Facebook pula?

Bila kita tegur,
Aunty, ini minggu lepas punya lepas, 
punya lepas, punya lepas pon saya sudah ajar...

Menjawabbb...
Saya tau..., saya tau..., saya lupa!


Dia terus bukak homepage facebook
[pandai pulak cari website address]
Lepastu tak abih2 tanya ini mau isi apa, ini apa, ini apa...
[beliau nak sign up]

Bila part mintak verification word...
Sukalah haku... sbb aku ingat mesti dia tak akan lepas taip verification code tu kan..
sebab mata dia kan dah rabun sgt, nk taip pon dah terketar-ketar...

So, aku ambik peluang ni nak melepaskan diri...
Saya tak muleh tulong Aunty taip ini hurup,
Aunty kena isi sendiri... selagi  aunty tak tulis hurup yang metui,
selagi tu aunty tak muleh masuk... ini memang syarat kalau mau nguna Facebook...


Aku pon sengih2 sambil berlalu ke meja aku. Tiba-tiba...

Dalam nada separa menjerit kegirangan...

Sudah muleh cikgu...sudah mulehhhh....!! [gelak-gelak]
Waaaa... ramai saya munya kawan ada keluar sini... [gelak-gelak]
Macamana liaolang muleh ada sini haaa....[gelak-gelak lagi]

Aku?
Uwaaaaaaaaaaaaa [meraung lagi]
Macamana dia buleh jadi terror hari ni??!!

Selepas puas dia mengkelik sana-sini,
Tiba masa dia nak balik...

Okeylah cikgu...
sikalang apa machiam saya mau HALAU ini facebook dari saya munya email?

Facebook kan banyak hantar notification via email kannn..
agaknya dia sudah rimas lorrr... itu sebab mau HALAU itu Facebook dari email dia.

Aku dah tak kosa dah nak layan...
Kasi delete sajalah Aunty!

Entah dia paham entah tidak.
Gasaklah Aunty....
Minggu depan, tengok apa pulak dia bawak nak rasuah sama aku...
dengan harapan aku tak akan 'garang-garang' sama dia yang ada short term memory ittew...




Ini hanyalah paparan secebis kisah ragam pengguna di PID Rasa
Bukanlah satu cacian atau penghinaan kepada warga tua.
Kita semuapun, kalau panjang umur akan jadi tua macam Aunty Mary.
Kalau nasib tak baik, entah2 kita nyanyuk dan terlantar sakit dan menyusahkan anak2 kita nanti.
Sekurang-kurangnya Aunty Mary hidup tak menyusahkan orang.
[kecuali seminggu sekali bagi Cikgu Rehan tension]

So, sapa kata kerja jaga PID ni senang?
Ingat senang ka nak kontrol pernafasan
supaya tak keluar API dan ASAP ikut mulut dan hidung?

Aunty Mary sebenarnya adalah kebanggan PID Rasa.
Beliau telah bersama-sama PID dari mula penubuhan PID hingga kini.
Walaupon tak pernah berkahwin, dia melayan kami mcm anak dia.
[serius, she is very motherly]
Kalau tak percaya, tanyalah Ira dan Awin.
Kan kan kan.

Baca lagi kisah Aunty Mary dan pengguna-pengguna PID Rasa di sini
dan sila berasa kagum.

 Salam 1 Malaysia!










Wednesday, January 20, 2010

MACAMANA MAKCIK TAK HANGEN DGN MEREKA....

.

Tengoklah apa depa dah buat kat PC PID yang hazab nehh....



Pagini masuk opis, ON sumer komputer, modem, wi-fi segala...
Menyirap darah haku tengok background PC no 5 ni...
Kuar gambar awek Rajinikanth !!
[mintak mahapla kat sapa2 peminat filem tamil ekkk]

Tak pasal-pasal makcik kena gelak dgn student pagi tadi....


Monday, January 18, 2010

TENAT DAN HAZAB

.

Hasil penjimatan duit PID tahun lepas,
kini bakal digunapakai untuk membaikpulih 2 ketul CPU ini.
Hard disk sudah corrupt.
Makcik memang tak geti nk repair.. hantar kedai dobi jer terus.




Kalau tak repair,
kesian pulak masyarakat desa Rasa nih.
PC kat PID yang boleh guna hanya tinggal 3 ketui.
Mana ada CC lain kat Pekan Rasa ni...
dan mana nak cari pusat komputer yang pengurusnya tersempoi mcm makcik ni.

Sini, kalau perangai mereka baik [tak kira apa bangsa atau agama sekalipon]
Makcik tak akan berkira bab charging.
Kadang2 diskaun singgit.
Kadang2 FOC.

Tapi kalau angin puting beliung melanda,
baru melangkah setapak masuk PID... dah kena sound :

Boleh pi balik mandi, tukar baju sekolah, kasut sekolah dulu tak?
Busuuuuk!






Friday, January 15, 2010

KENA SERBU

.

Dari pukul 1.30 ptg puak-puak ni dah gegar pintu PID
Geram teramat.
Notis kat pintu dah terang-terang tulis :
REHAT 1.00 TGH - 2.30 PTG

Lagi mau gegar!

Pukul 2.28 ptg depa gegar lagi,
Kalini Makcik tune muka mcm lion king, seraya membuka pintu.

Apa pasal honggak-honggak saya punya pintu pejabat?
Kalau pecah lu mau ganti kah?
Tarak baca kah?
Itu notis apa cakap?
[tarak sekolah ka? - dalam hati]
Pukul 2.30 baru bukak!

Terus Makcik tutup pintu balik.

Pukul 2.30 tepat... menderu depa masuk.
Punyala ramai!
Masing2 dok menderu rebut2 PC.
Padehal PC yg elok ada 3 sajork [tu pon dh nyawa-nyawa ikan]
Lagi pulak, ptgni ada 2 student 2 beradik
[yangni pon bikin tension jugak]



Makcik sound lagi.
Oiii... mau pakai komputer tanya saya dulu lah ada kosong ke takkkk!
Ini 2 bijik ada student mau guna. Lu guna sana punya
[Makcik bagi PC yang paling hazab kat depa]

Baru depa guna dlm setengah jam,
muncul sorang lagi student.
[student yang kdg2 muncul, kdg2 hanyut]
Fuhh... ada la alasan Makcik utk kickdafella out!


Ini mereka...

Mesti depa ni satu kejiranan.
Habih satu taman mai serang PID.

Tau depa buat apa?
Bercucuk tanam dan menternak di Facebook!

Nota selit : Makcik bukan dasar perkauman okeh. Semuapon Makcik layan sama baik saja.
Tapi janji jgn buat perangai tak paham bahasalahh...


Thursday, December 31, 2009

LAST DAY KELAS KOMPUTER CUTI SEKOLAH






Punyala laju Makcik ngajar depa2 nih.. Nk habihkan sebelum sekolah bukak.
Memasing bukanla selow sangat ponnn, tapi blur memanjang.
Plak tu diammmm ajer.
Paham ke tak paham, diammm ajer.
Penat Makcik membebel tot tet tot tet tahu!
Yang sorang tu paling blur..budak darjah 5.
Tu lah sebab musabab Makcik malas ambik budak sekolah rendah.
Dah mak dia merayu-rayu sgt kan... hambik jerlaaaa....


 Kerrr.. kamu rasa gerun dgn Cikgu Rehan dik?
Garangkah aku?
Kalau aku tanya, semua dok membisu... tak berani nak menjawab!
keh keh keh....




Hatni paling pantas.
Sebab dia dah penah belajar dulu
Lagi pulak, dia dah form 3.



Hatni pon punyalaaaa berat mulut. Tahun depan dah masuk form 1.
Kalau aku tanya diam ajer.
Bukan dia tatau jawapan, tapi entahlah... segan ker.. ada ketui emas dlm mulut kerr...
Tiap kali mai, dia bawak adik laki dia ni buat bodyguard.
kadang2 aku rasa adik dia lagi pandai dari dia.



Lepas sekolah bukak, lega la sikit.
Tinggal 2,3 orang jer lagi student tua dan student muda.
Yang student tua tu Pakcik Bomba, kaum Padayappa. Hehehe.
Boleh tahan laju gak dia ni. Tapi selalu tanya soklan yang tak terduga,
Soklan yg kadang2 buat Makcik rasa nk hantuk kepala kat dinding [agak ganas disitu]

Contoh soklan 'bijak' dari dia :
Ni apa tujuan AKU buat graf ni?
Kenapa AKU kena taip karangan TEKNOLOGI  MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI NI?
Ni poster ni AKU nak buat apa?

Dah la ber aku-aku...
Aku paku jugak kepala ko Pakcik!
[ganas lagi sekali]

Selebihnya, the rest of next year [2010] nanti,
Makcik akan melayan geng2 myspace, geng2 baca komik online,
geng2 bercucuk tanam kat FB [aku sendiri sampai skang tak geti main game kat FB],
dan geng2 tersilap langkah masuk PID - tunjuk bil letrik atau bil air sambil hulur duit!


.

Monday, November 23, 2009

PC PID YANG AL-HAZABBBB

.





Ni lagumana aku nk godek nih?
Untuk Makcik yang rabun bab nak merepair PC nih, hantar kedai jerla nampaknya....
Kerr ada sapa2 [bebudak PID yang berhampiran] yang sudi godekkan utk Makcik? Makcik bayar kamu...




Friday, November 20, 2009

MAKCIK CLEANER BERBAJU MERAH





Hari pertama bekerja setelah bercoti panjang adalah sangat fenattt!

Satu PID ni berdebu. Penatnya menyapu, mengemop dan mengelap. Dah mcm Makcik cleaner jer Makcik taww. Pastu, Makcik ada sikit hangin sama itu *tettttt* [terpaksa di tett kan demi keselamatan negara] sebab mereka telah mencabut dan mengalih kedudukan printer. Ketahuilah, bahawa Makcik sangat hazab bab-bab nak wiring [apekah?] connection printer dan PC-PC dalam PID nih. Januhla Makcik nak connect balik printer tu kat PC nanti. Dahlah PC-PC semuanya berkeadaan nyawa-nyawa ikan...

Sampai PID kol 8.30 pagi, ambik kunci kat PM, masuk PID nak ON lampu, kipas tapi semua tak hidup. Ohh...drip lagi la kut. Skang kan musim  hujan, ribut petir... kotak fius letrik kat PID ni memang terlebih sensitif mengalahkan pokok semalu. So, godekla kotak fius tu nak ON balik. Malangnya tak buleh. Asyik tendang balik. Mintakla tolong PM tengok2 kan. Dia pon tak geti. Abih dah bukan keje dia... kalau tenyeh buku ASB dia tau la kannn...

Sudahnya, talipon TNB. Setengah jam pastu, orang TNB talipon balik...
Tadi yang buat aduan kerosakan tu, KLINIK DESA ker hapa ekk....

Ewww.... bila kala la pulak Makcik Rehan ni jadi bidan nehhh...
Mengekek PM gelak kat aku. Padanla dgn aku yang baru beranak nehhh

Setengah jam pastu technichian TNB datang. Cek kat fius, dia kata ada wayar yang short. Cuba dulu guna cam biasa, kalau drip lagi kenala panggil technician Pos Mesia datang cek wiring. Dari pukul 11 pagi tadi, sampai saat Makcik menaip entry ni, semuanya berfungsi dgn baik. Takde drip dah. Makanya, buat-buat lupa jerla nk panggil technician Pos Mesia tu. Malas Makcik! Nanti-nanti kalau drip lagi bagus jugak. Boleh Makcik tutup PID dan merendek ke Tg Malim [ehemm...ehemm... Zel sila bersedia yer]

Tgh Makcik mengemas, tiba-tiba datang segerombolan anak-anak cina. Tersengih2, terjenguk2 kepala nak masuk. Terus Makcik sound... harini belum bukak larrr... boleh baca tak notis ni... Isnin baru bukak. Boleh pulak depa ni buat tak paham bahasa. Dok jugak tercegat depan pintu. Last2 Makcik sound direct, tak paham bahasa ka? Dah nampak mata Makcik terjegil cam ikan flower horn, barulah masing2 nak merambus. Ewww... koser aku nak bagi korang guna PC lah! Lantai aku tu baru jer nak berkilat okeh. Sekali depa masuk, habisla berselepat dgn bekas tapak kaki depa. Dahla musim-musim hujan ni kan.

Apa khabar anak-anak Makcik kat Bayu kan?






Wednesday, September 9, 2009

KEPADA PARA PENGOMEN


.
i kannn... sgt2 menghargai komen2 u olls. Tapi... tapi... tapi... tgn i sgt berat utk mereply komen2 anda. Jangan ada yg terasa hati taww kalau komen2 anda tak berbalas. Semuanya tersemat dihati kecil i taww....

Pastukan, i jugak sgtlah malasnya nk taip komen kat belog u olls. i pegi baca... telek gambar puas2... tapi tgn masih terlalu berat nak menaip sepatah-dua kata. So, jgn ingat i tak follow cerita kat belog u olls tawww....

Kenapa perlu buat entry ini? Terasa terlalu bersalah kepada kawan-kawan blogger yang tak jemu-jemu mencoret di kotak jerit dan kotak komen belog Mencah ni...

Pagini Makcik Rehan adalah terlalu sangap. Terpaksa berhenti di pertengahan perjalanan nk dtg keje tadi dan TIDO dekat sejam kat tepi jalan. Serius! i mengantuk tahap naga sakti peringkat ke-8! Rasa mcm diawang-awangan semasa memandu tadi.

Sampai PID, tengok2 dah ada 2 Ah So tua melanguk tunggu nk masuk PID. Lagila bikin sangap. Pastu datang plak sorang mamat blur suruh i taipkan kerja-apa-tah. Eeeeiii... dgn kepala aku yg tgh weng biol2 ni tak koser la nk ambik upah menaip bagai. Merayu-rayu suh aku taipkan utk dia. No! No! No!

Pastu masuk pulak 2 mamat remaja myspace. Dok bertolak-tolak dgn kawan dia nk masuk tak masuk. Sat2 yg sorangni jerit kat kawan dia - Wey bodo, masuklah! Yang kawan dia kat luar tu pulak dok terjengul-jengul kepala cam burung belatuk. Dok intai2 dari luar. Eeeeiiii... kalau tak kerana akuni bawak perut besor, memang aku dah hamput budak2 ni. Dah masuk, tulis nama - kata nk guna PC. Tapi dokla bersandar kat sofa yg kena taik burung lelayang haritu. Bila aku tanya, ni mai sini nak duduk2 ker nk guna PC?

Pastu mula gelabah tekan suis PC sana-sini! Padehal PC tu memang dah ON siap2 dah. Eeeeiiii... sajer jer bikin haku hangin satu badan pepagini...

Haa.... kan Makcik dah start membebel tak keruan dahh...

Nak balik tidoooo....





Thursday, August 13, 2009

TAMAN KERUING DAH DATANG....


.
Cepatla dpt ganti assistant weh... haku paling meluat taip surat AJK Penduduk Taman Keruing nih. Eeeeiiii.... nk menaip surat rasmi 2 muka surat pon nk upah jugak kewwrrrr....







Wednesday, August 12, 2009

NAJIS MUGHOLLAZHOH


.
Pagini cam biasa, drive dlm keadaan mengantuk gilerrr.

Sampai opis, parking kat tempat biasa. Tutup enjin, menonong keluar dari keta.

Apesal tetiba kasut rasa berat nih??

#%^$%^$&*##$*^!!!!

Terpijak taik anjing yg masih lembik! Terus rasa nk muntah. Kesat2 kat atas jalan tar tu. Ni tgh google cara nk samak. Mujur tak kena kaki.

Inilah Pekan Koboi Rasa. Taik anjin merata-rata alam. Anjingnya pon merata-rata jugak. Sebab tu pintu PID kena tutup selalu. Kalau tidakkkk..... menderu la 'depa' ni masuk nk guna internet.

Dah satu hazab nk pi cari bancuh air tanah, nk samak bagai. Mujur ada paip luar kat belakang Pejabat Pos ni. Atauuuu... haruskah aku campak buang jer kasut yg dah byk berjasa ni?

Ohhh tidakkk....

Info samak :
Samak di tempat yang terkena najis mughallazah sahaja. Cara samak iaitu basuh satu kali dengan air yang bercampur tanah dan diikuti dengan membasuhnya sebanyak enam ( 6 ) kali basuh dengan air suci lagi menyucikan (air yang digunakan terus daripada paip)..







Thursday, August 6, 2009

AMOI PUTUS WAYAR


.
Baru sudah makan selepas berhempas pulas membersihkan taik burung lelayang. Secara tak langsung, PID pon terrr kemas sekali. kalau tak kerana taik burung tu, lom tentu MR pegang penyapu nk menyapu dan mengemas [yes, i malas. senang citer takyah cover-vover :P]

Ehh.. tapi kalau kat rumah i rajin tawwww.... [tak caya tanya Aisyah :P]

Tempat mkn favourite i kebanyakannya semua kat simpang. Tadi mkn nasik lauk gulai ikan-apa-ntah kat Simpang Kg Melayu Rasa. Sangat lazat dan berkrim okeh. Lepas tu beli kudap-kudapan berkhasiat berupa goreng pisang dan goreng cempedak kat simpang Pekan Rasa. [anggaplah itu semua sebagai reward sebab cuci taik burung :P]



Tgh sedap2 mengudap goreng pisang tetiba pintu PID diketuk bagai nk rak dari luar. Hampir saja haku naik hangin. Tanampak ker jadual waktu haku dh tempek besau2 kat depan pintu tu!

Jenguk sikit kat luar tu... rupa2 nya si Amoi Putus Wayar. Kalau dgn Amoi mereng ni, memang harus kena bukak pintu tu. Kalau tak bukak, nanti dia naik hangin, dia terajang pintu [ini bukan tipu, ini betul okeh!]

Bukak pintu sikit, sound dia... LUNCH HOUR, COME BACK AT 2.30. SUDAH TAMPAL JADUAL ATAS SANA TENGOK [aku pon dah ckp serupa k****g]

Ok, I come back later.

Yerrr kawan-kawan, amoi ni memang manjangnya speaking longkang. Putus wayar kekdahnya. Kalau kome tengok dia menaip, haku pon tatau apa yg dia taip - karangan isu semasa dlm bahasa Amerika kekdahnya. Pakai huruf besar semua, pastu pakai font besar. Pastu kejap2 tanya haku how to spell this, this and this. Hazabb hokeh!

Pastu kalau aku buat tak layan atau aku kata aku tatau, kang dia sound aku balik : How come you dont know, u work here. u suppose to know.. u must help me...Kepala hotak berjambul betul la... rasa nk hempuk paler dia kat keyboard okeh! [dan perlu dinyatakan di sini, intonasi suara dia bila becakap adalah mcm nak bergaduh okay. Nyaring gila.]

Last 2 weeks dia dtg kol 12.50 tghari. Aku ckp kat dia.. kol 1 saya tutup. Dia kata nk pakai sekejap saja. Sekali dia bwk kuar kertas kajang, penuh satu page mender dia nak taip. Ah sudah... mau kol 2 baru siap karangni. Aku dah lapor tahap naga berapi dahni.

Sambil dok taip dia nk beramas-mesra lak dgn haku yg kelaparan nih.

Are u pregnant.

Yes


When you want to born? ----> longkang DBKL kan?

September

Pastu dia nk ajak berbual apa tah lagi. Aku potong ckp dia cepat2...

Faster la. 5 minutes left.
Waitla.. u give me 10 minutes larr... i belanja u lunch la...

No need. Pls hurry... Im rushing!
Sampai 1.15 dia dok menaip lagi. Haku dah hangin satu kapla.

Pls stop now, come back later. Im leaving now.

Dia buat tak endah. sambil dok ckp 5 minutes.. 5 minutes...
Aku hempas kunci keter dgn kunci PID kat atas meja [nk tunjuk kata aku bengang sgt dah la tu]

Wowowowowo.... dia sound aku!
I can complaint your attitude you know! You bla...bla...bla.....bla...bla...bla...bla...bla...bla...
Eeeeiiii.... haku dah tak dengar apa dia ckp. Sebab muka aku dah rasa cam kembang semangkuk dok tahan geram. Darah dah menyirap! makin dilayan makin menjadi-jadi kebiolan dia. Last2 aku senyap jerk.

Dekat kol 1.30 baru dia siap.

Ni ptg karang dia dtg lagi... uwaaa..... tensionnya haku!



Wednesday, August 5, 2009

BURUNG LELAYANG DAN NANGKA BUSUK


.
Kerana Burung layang2 ni lah.... haku jatuh terjelepuk mcm nangka busuk jatuh dari pokok!



Ambik masa seminit-dua gak la nk bangun, suspen betul takut terseliuh ker.. pendarahan kerr...


Al-kisahnya, Isnin kan MR cuti. So, PID ni berkunci selama 3 hari [Sabtu, Ahad dan Isnin]. Masuk keje hari Selasa i rasa cam nk pengsan tengok PID jadi camni. Sila refer gambar di bawah.



Siling menjongket. Taik burung lelayang berselepet kat atas sofa. Hazabbb....

Lalu, dgn terkocoh-kocoh, i pon taip surat utk hantar kat Unit Hartanah Ketua Pos Besar Selangor. Nak report la kekdahnya. Tak kan nk tunggu siling runtuh lak kan. Lepas taip, print, tunjuk kat PM. Lepas tu dgn tergopoh-gapah ala2 Joyah Sport, i bergegas kuar dari Pej Pos nak pegi beli envelope kat kedai Apek sebelah.

Rasanya mmg dah habih careful dah masa nk turun bendul depan Pej pos tu. Sekali tah mana datang angin lintang, bedebup i jatuh tersembam depan tu. Nasib baik bukan bontot atau perut yang terhempas dulu. Lutut okeh. Lebam la lutut ku dek nk menampung berat badan Makcik Rehan nih.

Mujur masa tu takde customer tgh Q kat kaunter pej pos. Kerani tu pon tanampak. Berderau gak darah takut tak leh bangun. Mampuih la PM [post master] yang kurus keding tu nk ngangkat MR yg berat seguni padi nih!

Balik umah, citer kat mak, mak suh pegi klinik cek takut apa2 jadi. Tapi i tak pi pon sbb rasa baby kat dlm takde apa2. Zalia kata sib baik ko tak berdarah ke hapa. Kalau tak, save lagi la ko beranak kalini... Hospital Kuala Kubu Bharu okeh! Hahahaha

Sampai harini lutut i ada rasa sikit2 sengal.....







Thursday, July 30, 2009

CABARAN : SANGGUP BERHADAPAN DGN GOLONGAN PUTUS WAYAR?


.
MR perlukan assistant dengan kadar yang segera. Sekurang-kurangnya ada DIPLOMA dalam IT, Sains komputer, System atau apa2 shj yang berkaitan dgn komputer [bukan kalkulator okeh!]


Syarat paling penting :
  • Kepala otak mesti tak betul mcm i, tapi mesti rajin datang kerja [sebab dia kena cover i yg malas dtg kerja]
  • Umur mesti tak lebih dari i [mana boleh boss lagi muda dari kuli, macamana i nak jadi pembuli]
  • Mesti rajin sapu sampah dan buang sampah [sebab i malas buat 2 kerja tu]
  • Mesti pandai format komputer [sbb komputer kat sini selalu rosak dan i tak reti nk buat kerja tu]
Mesti ada tahap kesabaran yang tinggi untuk :
  • Melayan golongan putus wayar yang tersangat ramai di sekitar Rasa nih - Pakcik Oxford, Amoi speaking, Mamat PDA dan lain2 lagi
  • Melayan golongan ketar lutut - nk langkah bendul pintu PID pon mcm nk tercabut engsel lutut [warga platinum - lebih tua dari warga emas]
  • Melayan golongan tak reti dan tak paham Bahasa Melayu tapi dengan konpidennya bercakap Bahasa Inggeris tahap longkang DBKL [maaf DBKL, anda menjadi contoh di sini]
  • Melayan golongan mat rempit dan mat punk yg tak abih2 dgn kerja mendownload lagu dan games, tengok youtube, main myspace dan chatting.
  • Melayan budak2 bawah umur yang datang PID tanpa tujuan. Tojah sana-sini, klik sana-sini, on-off pc tujuh, lapan kali - ingat PID adalah cc untuk main game tembak-tembak!
  • Melayan 'surirumah terdesak' yang boring tatau nk buat apa kat umah - daftar nak belajar komputer tetapi muncul hanya sebulan sekali. Dan setiap kali datang adalah : Akak dah lupa la cikgu, akak nk mula balik semula boleh....
  • Menaip minit mesyuarat dan surat AJK JKKK Taman Keruing walaupon hanya beberapa ayat
  • Menaip invoice lori transport Pakcik Sakayam
  • Menaip dan mentranslate brochure Makcik Yakult
Gaji? Standard gaji Penolong Pegawai Kerajaan - sila kepochi kat laman web JPA. i tak penah ambik tau berapa gaji assistant i [sbb bukan i yg bayar]

Faedah2 lain? Sama jer mcm Penolong Pegawai Kerajaan yang lain, cumanya... anda adalah berstatus KONTRAK. Jgn bimbang, kontrak akan di renew setiap tahun selagi Bapak-bapak menteri belum timbulkan usul dlm parlimen nak tutup PID. Hehehe.. tapi dengar2 nya kontrak dengan gaji 'lumayan' ni sampai hujung tahun 2010 jer. Lepas tu, boss dan kuli sama2 nganga....

Sesiapa berminat nak berkongsi tension dgn MR kat PID Rasa nih, sila buzz i kat ym. Nanti i bagi address kementerian, u oll boleh apply. Excuse me.. bukan i yang interview atau ambik u oll bekerja hokkay... Putrajaya yang akan decide. I hanya akan menjadi boss u oll secara automatik, sebaik saja u oll melapor diri di Pekan Koboi ini.

Kalau berani, Cubalah! [macam iklan daaaa....]



Iklan selit :
QUEEN RANIA : RM 14 per pair




Wednesday, July 1, 2009

DILEMA PENGURUS PID YANG BERJIWA KOSONG


.
Selamat Hari Rabu [eeii... lambatnya nk tunggu Jumaat]

Mesti menderu-deru bebudak PID klik masuk blog aku bila terbaca tajuk entry aku yang berbau masam ittew! Weiii... sambil klik Nuffnang aku taww... hehe.

Kepala otak kosong. Kosong betui. Malas dan mengantuk. Semua benda pon malas [makan jer rajin]. Sangat best kalau duduk rumah - tidur.

Sangat best kalau en suami pon tak payah keje. Boleh lepak puas2 kat umah, atau berjalan kemana-mana sampai nak tercabut lutut. Eh, Jumaatni kompeni laki aku shutdown - cuti wajib. Makanya, bini gumuk dia pon tak kan nk hadap sgt mai keje kan? Haku pon harusla ambik cuti mengejut jugak kan? PID camana [ira kan pi kursus kat UKM sampai Jumaat] - Sejak bila aku ambik berat hal 'bukak-katup' PID ni weh?

Korang tau dak, e-services aku dok terbengkalai lagi nih. Baru buat sekerat jalan [tu pon bukan aku yg buat - Ira yang byk buat] Ira dah print modul e-services tu bagi kat aku dari bulan lepas lagi, tapi satu ayat pon aku belum baca. Haritu, dia yang sungguh2 buat pendaftaran pengguna kat website pid tu. Hok syllabus yang heavy2 mcm e-kedai, e-learning apa jadah tu... haram kami tak buat lagi. Berkarat paler otak aku nk start buat weiii. KPI utk tahun ni katanya. Abih la aku weii... silap2 thn depan aku kena terminate kontrak, makanya aku meniaga brooch kat Pasar Malam Country Home jerlah [icon meraung sambil menyebut padayappa! padayappa!]

Oiiii... tolong la... awat aku rasa mcm nk muntah darah dah keje kat PID ni weii?

Ezey, Lynda, Zalia dan para penonggak PID yang lain... adakah kamu juga rasa apa yg aku rasa? Atau aku jer yang dok 'rasa' sorang-sorang? [Ayat ni mcm entry Ezey yang ini - yang juga berkisar tentang rasa tak rasa :P]

Laki aku kata, kalau benti keja pi meniaga nasik lemak kat simpang Tmn Bayu tu pepagi! Hazabbbb... aku nak bangun pagi pon seksa kemain [tak pecaya tanya Hazira, kol baper aku cek-in kat PID ni pepagi]

Korang, jom buat poll .... haruskah aku berenti kerja secara terhormat [menghantar surat kpd kementerian] atau buat bodow jer dan menunggu utk diberhentikan?

Sekali 'Puan' terbaca blog aku wehhh... kantoi!






Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker