Pages

Powered By Blogger
Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Tuesday, October 6, 2009

KECEMASAN DI HARI RAYA KEDUA

.
Sebelum beranak kami tak dan nak ambik gambar apa. Sakit siot! Kepala otak kami laki-bini jem... tak leh berfikir secara waras. Hohoho. Layan gambar dulu, bila-bila free i karang essay pasal kisah melahirkan Asyraf. Semua gambar-gambar ni di hambik SELEPAS beranak.


Konon-konon sengih... sakitnya tuhan yg tahu taww...



KFC tu bukan i yg belasah taww... tu PS punya dinner tu.
Sabau jer kan... makan KFC depan bini yg tgh pantang.



Big boy from my big belly!



MR dan newborn Asyraf. Dua beranak muka sama-sama lebau! Hohoho...


Bye-bye PMC. Syok duduk sana. Kalau aku kaya, aku duduk lagi seminggu. Kekekeke...


His first ride on mommy's kontot car!



Ketibaan adik disambut oleh si kakak yang kecoh!


Nanti sambung lagi yerr....











Wednesday, September 16, 2009

RAYA vs BABY


.
Raya kalini bakal disambut dalam debaran. Seminggu selepas raya, MR akan 'menyerah diri' kat sepital. Apa nak buat... dah memang pesen anak-anakku suka 'mengeram' lama-lama kat dalam. Walaupon ini pengalaman kedua, tipulah kalau i kata i relax saja. Sudah terbayang kesakitan bergulung-gulung kat dalam labour room. Bagi kawan-kawan senasib yang dah pernah merasa 'beranak paksa' korang pasti tahu macamana hazabnya kan? Tambah2 plak kalau tak ambik epi.

Pagini bangun pagi kepala rasa berdenyut-denyut sebelah kiri. 2 minggu lepas pon jadi mcm ni - sbb tak boleh tidur mlm. Pegi check BP semuanya normal. So, pagini pas sahur ala kadar, i cepat-cepat telan Uphamol 650. Tadi dah lega sikit. Tapi sekarang dah mula berdenyut balik. Migrain... PS dah risau takut darah naik. Sebab semalam kami sakan membantai makanan yang sungguh lazat kat Restoran De Chiang Mai [mcm biasa... vendor belanja, i membontot laki i sajork] Ohh... food adalah sgt heaven! Ni kali kedua kami ke sana. Highly reccomended utk sapa2 yang suka jalan-jalan cari makan.

Tak ambik gambar langsung, terlalu bersemangat nk makan sampai tak sanggup membuang beberapa minit utk snap gambar. Kekekeke....

Pagini i tukar rutin sikit. Selalunya, i terus check-in sambung tido sampai pukul 10 dgn Mencah. Hehehe... pagini lain sikit. Sapu sampah, dan godek baju2 baby. Baju2 yg dah siap dibasuh sebelumni, tah camana boleh kena kesan kuning2 pulak. Tak tau mana datang. So, kenala basuh semula. Satgi tengahari sikit nak mengemop rumah. Lepas tu nk cuci bilik air. Malam nanti nak suruh PS adjust sikit susun letak perabot dlm rumah. Cewahhh... maklumla, 1st time nak raya di rumah kontot sendiri. Dapat ubah kerusi meja 2-3 inchi pon dah jadilah! Lepas gian... kekekeke...

Apa kes haku taip panjang2 nih?

OK lah, simpan bebelan seterusnya utk entry selepas ini :)

p/s : Pasan tak, sejak duduk kat umah ni... i rajin balas komen2 u oll kan? [cehh.. tu nak pancing suruh org tinggal komen la tu]








Sunday, September 13, 2009

MAK BESAR, MEMBESAR BAGAI JOHAN


.
Kalau Eynda dan Ira posing depan cermin besau nak tunjuk maxi baru, jeans baru, handbag baru...[and they looks good doing that]


MR pulak, buat pertama kali tangkap gambau depan cermin besau dlm toilet Sunway Piramid untuk tayang 'body baru'... [and i looks so hazab doing that!]
.
.
.
.
.
.


Sila tatap dengan penuh kasihan!


.




Friday, September 11, 2009

BELON UDARA PANAS


.

Mencah sgt suka menempek kat perut besar i... lepas penat main, lari turun naik slide, nanti dari jauh dia mai henyak i punya perut! Aiyooo... amma... senak dibuatnya!

Sangat best agaknya duduk dlm perut besar. Sangat spacious, sebab tu si Mencah duduk dlm tu sampai 'terlebih tempoh'. Dan last week, Dr Ratna kata...

'Adik dia ni pon mcm kakaknya jugak. Nak duduk dalam ni lama... Raihan pilihla, nk induce 2,3 hari lepas raya atau seminggu lepas raya....'

Uwaaaaaa.... induce lagi?? Tidakkkk....




Tuesday, September 1, 2009

BIG BELLY, HEAVY BODY


.



Tak ada keberanian letak gambar perut sendiri.

Lagi 2 hari = 37 minggu. Ada lebih kurang 3 minggu lagi sebelum baby 'kena paksa' kuar mcm Kak Mencah dia dulu. Setiap ketika saya suspen tunggu 'contraction' [sebab tak pernah tau, macamana rasa contraction semulajadi] Sejujurnya, sangat berharap baby kalini boleh keluar sendiri tanpa induce. Induce sgt sakit lorrr! [macamlah beranak tak induce tu tak sakit!]

Kalau jalan lebih2 sikit, bahagian segitiga emas akan rasa menyucuk-nyucuk. Sebab rasa mcm ada 'sesuatu' nak keluar, saya akan jalan terkepit-kepit [kalau berani, bayangkanlah rupa pompuan gemuk jln terkepit] dan PS akan cakap : Yeay! yeay! dah nak beranak! saya tau, PS pon kalau boleh nak baby kuar cepat. So, boleh cuti awal. Dan dia boleh beraya sakan.

Sakit pinggang semakin menjadi-jadi. Semalam Nenek Onah tegur, perut dah makin turun [dlm hati saya sgt happy!] Nenek Onah punya firasat, saya akan beranak di pertengahan bulan Ramadhan. Harap-harap firasat ibu mertua saya itu betul.

Tak larat nk dokong Mencah tiap2 pagi utk ke rumah Nenek Onah.
Tak larat nk drive 45 minit ke Rasa tiap2 pagi [tersengguk sepanjang jln!]
Tak larat nk ulang pegi tandas setiap setengah jam.
Tak larat nk menahan sakit pinggang.

Baby oh baby, keluar cepat ye nakkk....





Wednesday, August 26, 2009

CRONOLOGY FALSE ALARM


.
Semalam pegi PMC. Sampai sana dah pukul 1 lebih. Dr Ratna dah habis duty. So, terpaksa 'menyerah' jumpa Dr Zarul. Dia OK, hensem, baik, gentle... tapi i yang malu. Awww....


**********************************

Petang semalamnya [Ahad] kami baru sampai dari Parit Buntar. Perjalanan dgn kereta kontot agak hazab weh. Bergegar-gegar isi perut. Jalan dari Changkat Jering ke Kuala Kurau punyalah teruk. Lepas berbuka kat umah Nenek Onah, lebih kurang kol 8 mlm i pon angkat montot nak solat maghrib. Masuk bilik, ambik towel dan tukar apa yang patut.

Tiba-tiba darah i berderau sebab nampak darah kat seluar kecik [tapi seluar kecik i adalah besar hokay!]

Bisik kat PS. PS lak selamba.... 'Mak, Rehan kata ada kuar darah!'

Atuk Acan dan Nenek Onah pandang MR dgn muka cemas.

'Banyak ker?'

'Taklah...sikit jer mak. Takde apa2 kot kan?'

'Kamu ni kembar darah agaknya. Sakit apa2 tak?'

'Takde plak rasanya. Sakit pinggang tu biasala...'

i talipon mak kat kampung. Mak kata maybe sebab penat travel. Mak kata mlm ni beware. Takut turun tanda lagi.

So, lepas PS solat teraweh, kami 3 beranak balik Taman Bayu mcm biasa. Pukul 2 lebih, tgh tido tiba2 Mencah batuk. Macam biasa... kalau dia batuk semestinya muntah. i tak boleh bangun! Pinggang betul2 rasa mcm nk putus. Perut rasa keras. PS la yg kena bangun attend anak dara dia yang muntah selambak. i baring balik, then sambung tidur [dasar kuat tido, sakit2 pon boleh lelap]

Pukul 4.30 dgn penuh kepayahan, berjaya bangun siapkan sahur. Masa tu perut rasa memulas mcm kena senggugut. Rasa nak muntah, pening semua ada. Sedapkan hati lagi. Maybe sebab perut stress sbb nak bangun mengejut masa dengar Mencah batuk.

Tengah sahur, lepas sahur, masa solat subuh perut masih sakit. So, PS tak jadi pi keja. Ambik EL utk pi check-up. Dalam pukul 7 lebih, sambil sandar2 tengok TV, sakit perut tu hilang langsung. Bagitau PS, tak yah la pi PMC [i nak sambung tidur kekdahnya hahaha]

PS kata jgn dok mengada. Pi jugak. Takut apa2 hal plak nanti. Tapi kita tidur dulu! [sekarang anda tahu, kami laki bini sama naik kuat tidur]

So, 3 beranak sambung tidur dari kol 7.30 sampai 10.30 pagi. Heaven okeh!

Bgn tidur, perut dah takde rasa memulas [tapi sakit pinggang tu standardla kann]


*****************************************

Di PMC.

Haku memang suspen sokmo kalau kena jumpa Dr Zarul ni. Dengan muka serius, dia soal siasat.
Lepas tu suruh baring, cek perut segala.

So, Puan skang dah 36 weeks
[padehal kalau ikut kalendar yg i kira sendiri baru 35 minggu]

Bleeding maybe sebab rahim dah mula bersedia utk melahirkan.

Berat baby lebih kurang 3 kg - dia main agak jer. Tak scan pon.
[padehal minggu lepas Dr Ratna kata baby baru dlm 2.4 kg]

Kaki ada bengkak sikit
[Mana ada bengkak, kaki i memang gemukla!]

So, Puan kena buat CTG sbb kita nk tgok condition baby kat dalam. Kalau semua OK, Puan boleh balik dan datang semula 29 hb ni [kalau takde apa2 sakit, kami laki bini dah plan takmau pi - nak pi shopping baju raya. Hahaha] Kalau hasil CTG sebaliknya, kita tengok apa yang perlu kita buat lepas ni [ayat ni yg buat bulu roma i meremang]

So, terbaringlah MR di atas katil kecik sambil diikat perutnya. [nurse tu sampai kata, mujur ngam2 katil ni dgn akak] Kecik giler katil tu taww!]

Tiba2 ada lak adegan suspen, kat bilik sebelah [hanya dipisahkan dgn tirai] masuk plak sorang budak yg tgh demam panas sampai berdarah2 hidung. Sebijik-sejibon kami dengar apa yg misi dok ckp dan buat kat dia. Kena ambik darah utk check selsema oink-oink okeh!

Nauzubillah....

Dlm setengah jam, selesai CTG. Dan resultnya adalah BAIK. So, boleh balik. Yahoooo! [paling happy sebab tak kena seluk] Rugila... dah pukul 2 baru nak seluk-seluk kan? Kalau dari awal syok gak... leh bantai mkn siap2. Hehehehe.

Dari PMC, bergegas pi jumpa supplier utk ambik topeng muka. Balik umah, kepenatan dan kedahagaan. Dan rutin mcm semalam diteruskan. Tunggu PS balik teraweh, barulah kami 3 beranak balik Tmn Bayu. Kenapa mesti buker kat umah Nenek Onah hari2?

Sebab jalan menghala ke Tmn Bayu adalah JEM YANG SANGAT HAZAB!!! Kalau dah pukul 5 ptg, kompomla bukak posa dlm keter. Maghrib kemana, terwaeh kemana!

So, adalah sgt heaven.... memakan masakan ibu mertua sewaktu berbuka dan dengan tak malunya menapau lauk utk bersahur di pagi esoknya [Menantu Lindungan Kaabah hokeh!]






Monday, August 24, 2009

FALSE ALARM? ATAU APEKAH?


.
Adakah kerana kepenatan dalam perjalanan? Almaklum, naik keter kontot, bergegar-gegar perut i. Absorber keta pon mcm dah 'haus' sbb MR berat sgt[ayat tak sayang mulut dari PS].

Atau mungkin sebab terlebih makan?

Atau mungkinkah sebab MR memang dah nak beranak?
.
.
.
.
.
.

Lepas berbuka tadi, nak solat, masuk bilik air nk wudhuk... adalah setitis darah di atas spender lebau i. Kepochi kat PS, Nenek Onah, Mak MR .... kita tunggu dan lihat.

Esok adalah pegi check-up. Esok PS standby, kalau perlu dia kena EL.

Esok i nak pi ambik facemask yg i dah bayar kat supplier... dan nak pos kat kawan2 yg dah sama2 carpool beli facemask tersebut. Harap2, esok i tak kena warded lah. At least harap2 i sempat pos dulu facemask tu. So, those yg dah book facemask, sila bagi address dan no phone anda ke email berikut : raihan790@yahoo.com

Doakan semuanya selamat dan sejahtera.





Baru 35 minggu. Tak kan terlalu awal kannn?




Tuesday, August 18, 2009

ADAKAH INI DIKIRA MENGIDAM?


.
Selamani MR bukan jenis mengidam. Selama mengandung, tak penah pulak sampai tahap teringin giler-giler nk makan sesuatu.

Tetapi....,


Sejak 2,3 menjak ni, Makcik Rehan adalah sangat2 suka mengunyah air batu! Dan mlm tadi adalah kemuncaknya. i tak boleh tidur asyik terbayang keseronokan mengunyah air batu. Bukan air batu yg cube mcm kat umah tu, yang tu tak best. i suka yg mcm kita minum kat kedai2 tu. Air batu yg berlubang mcm silinder tu.


Gambar hiasan.


[sambil menaip entry ini, i sedang berangan konon2 sedang mengunyah air batu]

Tak elok kan? PS pon tak bagi. Dia kata nnt kulit baby menggelupas. Tapi, masa Aisyah dulu, i takde la suka mkn air batu - tapi kulit dia menggelupas juga [ayat seorang pompuan degil]

Petangni nak beli air batu berlubang! Tak kira. Nak jugak!
[lagi best kalau dpt air batu yang size kecik2 tu - rangup!]




Friday, August 14, 2009

34 MINGGU : APA YANG SAYA FIKIRKAN?


.
Kalau ikut jadual, lagi 6 minggu akan melahirkan adik Aisyah.




Apalah nasib saya kali ini agaknya. Aisyah dulu overdue, dok berpusing2 takmau turun kepala ke bawah. Yang ni nampak gaya memang dah masuk ambik tiket 'highway' tinggal nk 'exit' jer lagi. Berdebar-debar rasa di hati! [macam lirik lagu pulak, tapi lupa tajuk lagu tersebut]

Esok ada check-up kat PMC. Patutnya last week, ngelatttt. Terlampau senang hati berehat-rehat di rumah sampai malas nk kuar pegi check-up. Tapi esok memang wajib pegi.

Eh, dah kena siapkan baby bag letak dlm keter ke ekk? Just in case...
[aiyoo.. jgn beranak kat Sepital KKB sudah lorrr...]

Eh, kata nk ber 'cloth diapering', CD dan insert haritu tak prewash pon lagi!
Apa kes ni Makcik Rehan?

Jamu [ubat] nk makan masa pantang pon belum beli. Nak beli brand apa ekk? Rasa mcm nk try HPA [Mak sure bangga kalau tau ni. Sebab dia adalah penyokong tegar HPA]. Kalau tak HPA pon, maybe Nona Roguy kot [tapi khabarnya mahal la pulokkk]

Bengkung tali berselirat tu [hazab giler nak pakai, sbb tu i jarang pakai masa Mencah dulu. hehehe] mak dh bawakan dari kampung. Tapi besi tungku belum ambik kat kampung [tak sampai hati suh mak bawak naik ketapi haritu].

Air Yassin ayah dah buatkan 2 botol.

Air selusuh pon ayah dah buatkan. [harap kalini i tak kena maki dgn misi sebab bawak air selusuh masuk wad bersalin]

Air zam-zam pon Nenek Onah dah simpankan [Abg ipar bawak balik dari umrah haritu]

Ayah kata, nanti kalau baby kena jaundice [demam kuning - nauzubillah] ayah akan buatkan air jugak. Ayah bukanlah bomoh keliwon, buat air penawar sedikit-sebanyak tu pandai jugaklah sesikit. Hasil pergaulan dengan ustaz2 kat kampung kan... kutip ilmu serba sedikit [tetiba entry ni ala2 mempromote bapak sendiri pulak]

Mak bidan dah ada 3 options :
1. Mak sedara Ani si Ibu Yasmin [panggil Mak Tua ekk Ani?]
2. Makcik Normah Batu Arang
3. Bonda Selayang [yg ni SIL biasa guna khidmat dia]

Kalau beranak time raya, masalah paling utama adalah : SAPA NAK JAGA MR? At least masa 2 minggu yang pertama. Lepastu InsyaAllah i'll be able to take care of myself. Sampai skang i belum jumpa bibik 2 bulan. Mak kata dia takmau raya kat KL, dia suh i yg balik beranak kat kampung. Yang lucunya, mak ayah i kata, sejak duduk umah sendiri, MR dah tak nak balik kampung. Itu adalah sangat TIDAK BENAR wahai ayah dan ibuku. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat diberanakkan. [dan perenggan ini pulak berbunyi seperti luahan hati seorang anak yang telah dgn tidak sengaja membuatkan mak pak dia merajuk sbb dia dah lama tak balik kampung]

Kami jarang balik kampung sekarangni sebab Mak dan Ayah dah selalu dtg KL. Dalam sebulan dua ni rasanya dah 3,4 kali ayah dan mak dtg KL kan? Mula2 turun-naik Sabah, lepas tu adik masuk UKM, lepastu kenduri Mat Pijun dan akan dtg sekali lagi mai KL sbb Mat pijun nk fly pegi Egypt. [apa motif i tulis benda2 ni semua?]

Anyway, i sudahpon apply cuti 2 hari... kami akan berbuka puasa 1st day di Parit Buntaq! Yeehaaa.... Pagi tadi masa ayah talipon, bila bagitau kata kami nak balik puasa kat kampung, suara dia adalah tersgt happy! [tiba2 rasa mcm nak mengalir air mata pula]

Saya bukan tidak mahu berpantang di kampung, saya sebenarnya mahu berada dekat dgn suami saya [agak manja disitu kan, sila muntah belahak] Saya mahu perbetulkan kesilapan teknikal masa berpantangkan Aisyah dulu. Malu la nk tulis kat sini, apa kesalahan teknikal saya dulu. Takut hangat2 taik burung lelayang pulak jadinya. keh keh keh.... Kita tunggu dan lihat sahajalah yaa...


Mari kita mengenang kembali memori bersama Aisyah dolu-dolu [sila berasa syahdu]



Photobucket
Aisyah dan Tok Ayah.



Photobucket
Aisyah dan Maktok.



Photobucket
Aisyah dan Babah.


Sekian entry berbaur sentimental untuk hari ini.


Selamat berhujung minggu ya!

Psssstttt... SitiSifir, adakah benar apa yang kusangkakan???
Apekah? Apekah sudah nak masuk 5?







Tuesday, July 21, 2009

FPP VS PMC [AND 30 WEEKS CHECK-UP]


.
OK, ni hasil survey semalam.

Lokasi pertama - Hospital Selayang.

FPP = Full Payment Patient. Maknanya, patient bakal mendapat rawatan kelas swasta di hospital kerajaan. Bayar mahal lorr. Banyak la kelebihan antaranya : Boleh pilih doktor, wad kelas 1, keutamaan dalam segala hal berkaitan rawatan dan consultancy dan mcm2 lagi. [tak ingat, malas nk snap gambar kat banner dia tu]

Dalam kes kami, kalau nk beranak under FPP ni :
1. Deposit RM3000 - bapak punya mahal!
2. Ante-natal check-up on Wednesdays only - owh, sungguh i tak sanggup!
3. Normal delivery without any complications is around 2K - still mahal kan?
4. Kalau ceaser is around 5K
5. Other charges applied accordingly - eg. vacuum, breech, epi, ceaser etc.

So, lepas borak2 dgn misi kat kaunter tu [nasib baik misi-misi yg kami jumpa semalam ramah-tamah belaka] PS dan MR membuat keputusan - adalah TIDAK utk FPP at Hospital Selayang. Pelik jugak, kawan opis PS ambik FPP ni dan duduk sepital 5d/4n kena caj RM1800 jer. Deposit pon RM1000 jer. Kenapa kalini caj dia dah naik melambung-lambung? Bukan rezeki kami di sana. Paling i tak sanggup, check-up adalah hari Rabu. Baik i pi follow-up kat Klinik Kg Kenanga jer kalau mcm ni. Lagi dekat dgn umah.


Lepas bincang2 laki-bini, kami berdesup ke tempat Aisyah buat ckeck-up dulu - PMC kat Bukit Rahman Putra. Teruja tengok ambiance baru kat sana. Dah renovate cantik giler!


Lokasi kedua - Putra Medical Centre

MR adalah bukan blogger tegar, so.. i cilok gambar dari website PMC saja.

Bukak balik fail lama dan i request utk consult doktor yg lama jugak. Dr Ratna yang lemah lembut dan kecik molek [so, tgn dia pon kecik lorr... tak la hazab sgt kalau kena seluk :P]

Dr Wan Ratna Iza Wan Abd Rahim. Lagi sekali, gambar cilok dari website. Adalah sgt malu nak menggedik tangkap gambar 'real' doktor tu. Nantilah, kalau PS tak malu suh dia snapkan gambar masa next check-up 8 Ogos nanti.


Charges [kalau tak salah ingatan ekk]
1. Normal delivery wad terbuka (4 katil) - RM1500
2. Normal delivery wad kelas 1 (1 katil) - RM1700
3. Ceaser wad terbuka (4 katil) - RM4700
4. Ceaser wad kelas 1 (1 katil) - RM5000
[all are based on 2d 1n - other charges applied accordingly]

Deposit adalah RM 1000. Reasonable jugaklah kan berbanding FPP at Selayang kan?


OK, selebihnya adalah gambar2 hasil check-up.

Dr Ratna tanya, kad merah yg lama ada simpan lagi? Hehehe.. sengih kerang busuk. Dia paham la tu. So, bukak la kad baru :P




The most exciting part-scanning!
  • 30 weeks and 5 days.
  • Baby weight - 1.7 kg [just nice, she said. Legaaa, i said :P]
  • Position engaged! - kepala dah kt bwh. Tak floating mcm Mencah dulu :P
  • Face - Alhamdulillah all OK. She said 'his' lips looks like mine! :P
  • Gender - InsyaAllah, its gonna be a boy.
  • EDD - 21 September. Raya pertama dong!


Others :
  • Weight : 89 kg [naik 1 kg jer dlm masa 2 bulan - bagus!]
  • BP normal
  • Bengkak kaki takde
  • Overall semua OK - Alhamdulillah.

Berapa charges kena for this visit : RM47. I likeee.... :P

So, what say u ladies and mommies out there? Should we consider Dr Ratna for this time?










Wednesday, July 15, 2009

WHERE TO DELIVER


.



Esok genap 30 minggu. Sangat cepat masa berlalu. Kalau ikut jadual, lagi 10 minggu dijangka akan bersalin. Debaran mula terasa. Suspen pon ada. Walaupun ini kali yang kedua.

MR dan PS sedang berkira-kira nak pilih hospital mana. Masa Mencah dulu, kami cadang nk cek-in di Klinik Rahman Putra kat Sungai Buluh [private yg reasonable ongkosnya]. Tapi tak ada rezeki sebab doktor ragu-ragu samada saya boleh bersalin normal atau tidak. PS seboleh-boleh takmau saya kena zass. So, kami pegi cuba nasib kat Hospital Sungai Buloh dimana akhirnya Mencah dilahirkan secara normal kat sana. [tapi induce dan koyak rabak bagai nak rak! :P] Alhamdulillah, semua selamat. Tapi i ada sikit sentap-sentapan dgn misi-misi di sana lorrr.

Kalini pon sama. Makcik Rehan dengan sangat gediknya nak jugak beranak kat private [bukan la hosp private yang mahal gilos tu...yg sedang2 aja] Saya sangat teringin dilayan dgn sewajarnya oleh misi-misi. Hehehe. Well, actually... sebab laki aku leh claim kompeni dia setakat 1.5k saja lorrr, kalau leh claim lebih daritu kan, hospital katil emas pon aku kerabat taww [giler!]

Motifnya macam tu lah... paham la kan. Maknanya, kalau beranak kat sepital gomen dan katakan kena caj RM120 mcm Mencah dulu... dpt claim takat tu jerlah. Rugilah kan, org nak bagi sampai 1.5K tapi u pakai rm120 saja. [boleh ker pikir macam ni?]

Kami akan ambik cuti Isnin depan dan akan ke Selayang Specialist utk usha2 tempat dan harga. Selayang Spec ni kira mcm HUKM Spec la kot [ni kawan PS la yg cerita] MR ikut saja lorrr... janji i dpt doktor pompuan [i sgt malu nk mengangkang depan doktor lelaki okeh!] dan misi yang bagusss.



Harap2 muka i manis dan comel mcm pompuan ni lepas beranak nanti [muka yg bahagia kerana dilayan dgn baik oleh para misi]


Selain Selayang Spec, sapa2 leh suggest sepital bersalin area2 KL/ Selangor yang ongkosnya dlm lingkungan 1.5k - yg bagus doktornya, bagus misinya, bagus servisnya dan bagus katilnya? [senyum] Kalau ada, mcm biasala kan.. sila kepochi kat kotak komen di bawah ya!







Wednesday, June 17, 2009

NEXT : FOR THE NEWBORN


.
Enuff about house, grill, furniture, curtain, interior bla..bla..bla... Alhamdulillah dgn apa yang ada dan apa yang termampu. Kami sudah cukup selesa. Aisyah pon dah semakin pandai menyesuaikan diri dgn suasana baru di rumah dan di nursery - itu yang paling penting.


Kasihan si kecik dalam perut. Semacam diabaikan. I told PS yesterday, this pregnancy seems to be so fast. Tak sedar masa berlalu sebab terlalu sibuk dgn hal pindah rumah. Sudah 25 minggu. Baby semakin galak menendang and I felt heavier each day.


So, sementara masih terdaya [Alhamdulillah], 2 hari lepas saya keluarkan stok baju2 baby yang perlu diselenggara. Yang baru perlu dibasuh. Yang lama perlu diperiksa - kalau kotor perlu dibasuh semula, kalau koyak perlu dijahit.


Dalam gambar ni termasuk jugak baju-baju Mencah yang kami beli kat Hytex sejak sekian lama. By end of this year, rasanya dia akan muat pakai. So, saya basuh terus dengan baju-baju baru adik dia.


Botol-botol susu dan puting pon dah lebih dari cukup [kalau tak cukup, nanti pas beranak i pegi serang hendap lagi warehouse sale :P] Tinggal nk decide pasal breastpump jer.


Rasanya apa yang ada sudah lebih dari cukup. Baju si kakak masih elok, baju baru pon dah lebih dari cukup. Katil putih yang kuidamkan Alhamdulillah dah termakbul. Terima kasih PS sbb memahami gejolak jiwa Mak Buyung :P



Pembelian yang sangat berbaloi-baloi [sila sebut gaya Amy Search].
Katil + tilam + bedding set + cot bumper + kelambu + stand kelambu = RM399
Dan penghantaran sampai ke pintu rumah adalah PERCUMA. [Pasang sendiri la yer banggg....]


Harga asal yang tertera di bil adalah RM899! Promosi apa ntah. Layan sajalah. Tima kasih Zana sbb tolong survey haritu. Setelah membuat comparison itu ini, disitu dan disini, kami dapat yg ini. Alhamdulillah.


Sejak Mencah menjadi sasaran crop, copy and paste di internet, saya terpaksa akur kepada tuntutan semasa untuk meletakkan watermark kat setiap photo yang saya tepek di blog kecil ini. Dan gambar2 yang agak sensored terpaksa jugak saya edit walaupon gambar2 tersebut sebenarnya takder la merembes mana pon. Maka, takde can la korang nk nengok perut boroi laki aku dlm gambar baby cot tu! :P


Saya sejujurnya tak kisah kalau ada gambar2 dari blog ini yang diceduk utk sebarang tujuan yang tidak memudaratkan. As i always said - thousand times - sharing is caring kannn... tapi sebagai manusia berakal, kita pasti tahu batas dan susila agama kan? Tak yah sebut panjang lebar... fikir-fikirkan dan selamat beramal.


Sekianlah entry ala2 tazkirah sessi petang. Sambil muhasabah diri, sila klik iklan di bawah sebanyak 18 kali. Muahahaha.....




Wednesday, June 3, 2009

BULAN KE-6


.


Yup, nak senang kira... Makcik Rehan is now 6 months preggy. The baby inside sgtlah active menendang sepak raga. Atau mungkin juga tgh aerobik. Atau mungkin tgh practice catwalk. Hehehe...



Diameter kepala baby is approx. 60 mm
Doing fine in there. Active.
Alhamdulillah.




Kena inject kancing gigi [ouch! sakit. Sekarang ada sikit bengkak dan gatal kat tempat kena cucuk. Is it normal?] Was given some medication coz i complained my left side of 'V' area sometimes sakit sikit. Doctor said, maybe sbb ada mild infection.





Untuk lawaskan kencing. Rasanya sgt yucksss!




Antibiotik. To be taken twice-a-day.


Gender? hurmmm... not really sure. Doktor cuma kata 'saya rasa-rasa....' sbb scanner kat Klinik Khatijah ini sgtlah hazab. Jenuh dia tenyeh perut aku masa nk ambik measurement kepala baby. Pastu tenyeh pulak nak cari kangkang si baby.

Whatever it is... im happy, Pakcik Sepol pulak super happy :-P

Aisyah? trauma masuk klinik. Mak dia kena cek bp, dia yg cuak dulu. Dan2 datang peluk mama [trying to protect me from the doc] mak dia baring masa nak scan, dia dah start cembeng. Mujur masa kena inject, Babah dia dh bawak dia kuar dari bilik doc.

Berat MR? 88 kilo. Okeh, dah start naik. Dulu dpt ink merah sbb turun. Ha ko..dah start naik ni kan...siaplah! Kompom pas banak nnt aku kena bukak balik blog Diary-Diet-Macik-Rehan tu kan....




Tuesday, May 19, 2009

SCHEDULED ENTRY : UNTUK SI KECIL


.
Saya rasa brg ni tak berapa perlu, tapi setelah difikir-fikirkan.... ada baiknya saya sediakan brg2 ni demi 'kelangsungan' hidup saya setelah beranak dua nanti.


Bottle sterilizer - kalau setakat Mencah sorang, OK lagi nk buat secara manual kan? Kalau dah berdua...dan hantar kat nursery lagi... mau lintang pukang terkangkang jugak saya tak cukup tgn kan? [ini bukan ALASAN okeh...ini real punyer]




Milk warmer - senang nak panaskan EBM kan?




A good breast pump - is a must sebab saya berazam nk fully [kalau boleh exclusively lagi bagus] adik Mencah nanti. Sebab tu haritu saya buat poll pasal breast pump. Nak tgok, brand mana yang menjadi kesukaan ibu2 semua.




Sapa setuju saya beli brg2 di atas, sila tekan iklan! hahaha....



Wednesday, May 13, 2009

BOY OR GIRL?


.


Ramai yg dah mula buat edisi siasat kat MR. Dh scan ke baby dlm perut moncit tu? Ada yang email, ada yang ym, ada yg sms dan ada yg tanya direct - termasuk kawan2 suami. [sumpah, saya tak marah pon kepada sapa2 yg bertanya. I am also as eager as you olls]

Jawapannya adalah BELUM scan. Kenapa belum?

Sebab terlalu sibuk pikir pasal menda2 lain. Pasal cat umah yg blom siap, pasal kitchen cabinet yg belum dipasang, pasal grill, pasal awning, pasal railing dan langsir, pasal duit dan duit dan duit dan duit lagi...hehehe. Eh, meroyan tak abis2 pasal umah kan? Hazabnya MR ko... sakan mcm nk pindah umah banglo!

Kenapa kami laki bini sgt terkejan-kejan nk siapkan umah [mcm dh tak sabar2 sgt nk pindah kan?]

Sebab mak dan ayah saya anytime akan balik dari Sabah. Kalau boleh, kami nak mak ayah saya port kat umah saya barang sehari dua bila depa touch down KL. So, bolehla ayah saya organize buat majlis doa selamat sekali. Dan pada 19 May ni pulak, result Matrikulasi adik bongsu saya akan kuar. Kalau ada rezeki, bolehla buat majlis doa selamat dia masuk unibesiti sekali dgn majlis doa selamat rumah 'banglo' kami. Save bajet hokkay! [Berbelit-belit sikit ayat kat perenggan ni. Paham kot?]

Dan lagi, 2 June adalah ulangtahun perkahwinan kami yang ke.... ke berapa ekk? Cewah, buat2 lupa plak...yang ke-3. Alangkah best kan kawan-kawan, kalau saya dapat DERA suami mithali saya supaya memakan hasil masakan saya buat julung-julung kalinya di rumah 'banglo' kami!

Yerrr...sila ketawa berdekah-dekah!

Bayangkan muka Pakcik Sepol yang terkulat2 sebab terpaksa ngap jugak masakan bininya yang sungguh hazab itu. Berani ker tak makan? I merajuk karangggg....

So, the above things telah sedikit-sebanyak mengurangkan gejolak rasa ingin tahu saya tentang jantina bayi dlm perut moncit saya ini. Tapi, setiap hari, kami 3 beranak tak abis2 mengusap si kecik dlm perut ni dgn mcm2 panggilan. Nama untuk si kecik memang sudah tersedia - seringkas nama si kakak. Sekelip mata jer nk pilih nama - sekali lafaz, elok maknyanya dan evergreen.

Lelaki atau Perempuan, sungguh saya tak kisah. Yang penting mereka menjadi anak yang baik pekerti dan soleh/solehah [walaupon mak bapaknya tak berapa nk soleh. hihihi...]

Ramai yang bagi petua - tengok puting t*t*k Aisyah. Kalau timbul, adiknya perempuan. Kalau tenggelam, lelaki. Tengok pusat maknya [saya ler tu] kalau timbul, perempuan dan sebaliknya. Tengok bentuk perut mak nyer yang moncit - kalau bulat melebar perempuan. Kalau membusung ke depan, lelaki. Masalahnya perut MR nih, besau dan lebau sampai tak leh nk kenalpasti bentuk sebenar! Tak pakai acuan, memang azali besau. Eeeiii...gumuks!

Mak saya pulak kata, naluri si ibu pon mungkin boleh jadi petunjuk. Masa beli sarung bantal utk Aisyah dulu, saya pilih kaler merah. Bila mak tau, mak kata - anak hang pompuan!

Kali ini, tiap kali shopping brg baby saya asyik pilih warna biru dan ambik baju utk bayi lelaki. Bukan sebab naluri, tapi sebab saya dah terlampau banyak barang yang berunsur bayi perempuan yang masih boleh dipakai [dan ada juga yang belum dipakai!] - Hasil dari berbelanja secara tidak berhemah masa mengandungkan Aisyah dulu.

Ada juga yang kata, lihat reaksi bayi lain apabila didekati oleh si ibu yang hamil. Kalau jantina bayi dlm kandungan berlawanan denagn bayi yang kita dekati itu - baby tu biasanya tak menolak utk didekati. Kalau sama jantina, baby tu tak nak. Entah betul entah tidak...

Suami saya tak habis2.... ini anak lelaki ni. Sebab mama giler-giler punya PEMALAS!
Kijamnya statement u banggg....











Wednesday, May 6, 2009

LAGI MENCARI PASAL

.

Apakah motip aku mengidam baby cot putih ni? Tadak motip yer kawan-kawan. Sekadar melampiaskan kehendak yang tak hape2.








Sapa2 nk sadoqah jariah kat Makcik Rehan, dipersilakannn...muahahaha....








Friday, May 1, 2009

CARDIGAN UTK ORG GEMUK


.
Ini bukan saya. Sangat2 bukan saya. Saya sgt buta fesyen [dan memang tak ambik tahu pasal fesyen langsung]. Jadi, jangan ingat entry ini sebagai satu tips atau petua berfesyen. Dan jgn pulak anggap tiba2 Makcik Rehan buang tebiat nk perpesen-pesen dikala kebuncitan okeh!

Saya benar2 memerlukan bantuan [terutama mereka2 yang sama size dgn saya]. Saya ada membeli 4 helai baju mengandung [nak kata blouse bukan, T-shirt pon bukan] yg kembang semangkuk. Masalahnya, lengan baju ini sgt pendek [terserlahlah lengan balak i] dan lehernya pula sgt luas [menyerlahkan *tuuut* i] kesimpulannya, sedap dipakai oleh tuan punya badan tetapi hazab dipandang oleh orang lain. Got what i mean?



Bajunya lebih kurang begini, tapi materialnya mcm kain T-shirt [senang nk meregang seiring dgn pembesaran i]. Lengan bajunya memang sontot mcm ni tapi lehernya tersangatlah luasssss.....



Bukaan lehernya lebih kurang seluas ini. Tapi pompuan dlm gambar ni *tuuut* nya kocik, so tak la hazab nau dipandang. Makcik Rehan ko jgn tanya la kan...champion punya, sampai nampak belahan dedua.


OK, apa masalahnya?

Masalahnya adalah, oleh sebab baju ini memang sgt sedap [dan lazat] dipakai sbb angin boleh menerobos masuk dgn senang sekaligus mengurangkan kerimasan akibat kegatalan, saya amat teringin nk memakai baju ini di luar rumah.

Hilang akal la kan kalau nk pakai baju ni as it is. Jadi, saya ingin mencari sehelai cardigan atau coat atau jacket atau apa2 shj nama yang mungkin biasanya disebut oleh orang2 fesyen...untuk disarung diluar baju ini.



Sesuatu yang seperti ini barangkali. Ohhh...nampak sungguh selesa. [tiba2 aku teringin nk kurus mcm pompuan ni!]



Atau mungkin juga yg begini. Leher yg luas tu bisa ku tutup dgn tudung.


Ini juga masih waras....



Yg begini juga nampak selesa. Yang penting *besau* dan *lebau*





Tapi...tapi....tolong jgn cadangkan sesuatu yang seperti ini kat Makcik Rehan yerr... Mampus aku tercekik takleh bernafas. Tersembul2 semua kuar. Silap2 abis semua button tu terpelanting!


Fesyen begini sesuai kalau korang cadangkan utk Makcik Rehan semasa beliau dalam darjah 6.



So, siapa2 yang ada info kat mana i boleh cari sesuatu yg MUAT dipakai dan SEDAP dipandang serta MAMPU dimiliki, silalah kepoci kat saya ya. Mekasihhh....

Selamat berhujung minggu semua!


Wednesday, April 29, 2009

BERDANDAN DI PAGI HARI : Updated with tips for Kak Lis


.
Wahhh...tajuk entry meletops giler. Sapa tak percaya i tgh berdandan, sila terjun lombong. (lagi sekali!) Nyampah mak!

Pagini i keja okeh. Aduhh...sgt MALAS dan PENAT rasanya. Semlm, i rasa mcm seorang wakil rakyat taww...penat kehulu-kehilir. Bertuah taww suami saya dpt bini serba boleh (kerr asal boleh?) mcm i ni taww. Nantilah i story the morning glory yek.

Sambil tgh bersiap2 dan berdandan rapi (uweeekkk...dandan lah sgt) i on laptop cabukni kejap. Wah, laju plak stimix pagini. Updatelah sikit kan, sambil2 menempek stretch mark lotion (kulit dh merekah huduh kemain, baru aku nk sibuk2 berlotion bagaiii...) dan jugak krim gatal (anggaplah ianya pembawakan budak yer). Dan sambil menunggu si puteri idung kepek terjaga dari tidur supaya boleh dibawak turun bawah. Suspen aku kalau biar dia tido lama2 kat atas, kang senyap2 dia bgn, dia 'kemas' licin semua bilik2 kat atas ni. Favourite dia, panjat katil double-deck then tergedik2 menari dan menyanyi ala2 tgh buat konsert AF. Paling aku seram, oleh sebab terlebih lazat tido...dia turun bawah dgn seluar yg basah menjejeh.
Kecinnn! bashah! Uhhh...trauma aku taww.



Inilah dia lotion penyelamat yang tak berapa nk berkesan keatas kulit Makcik Rehan yang dah menggerutu mcm kulit kayu cengal terlebih umur. Bolehla, buat melegakan 20-30% gatal merenyam kat badan i.

Org kata, patutnya masa bulan 1st lagi dh kena start sapu lotion, cream bagai, barulah mujarab dan kulit lawa. Apa ingat aku tadak keje lain selain dari nk mengusap perut yg dah sememangnya boroi ittew?

Bak kata buku kata2 hikmah yg i baca tu, yg dh berlalu biarkan berlalu. Yang sekarang ni jer kita ambik kira okeh! wahh..kalau hat yang bagi menang kat aku cepat jerla aku ambik iktibar ekk. kikikiki...



**************UPDATED*************


Soklan dari Kak Lis : nak tanya. kalau perut ala2 roi (boroi) sket kan (cam perut kak lis nih, kot ngandung nanti lemak2 tu go away ke sbb ditutup oleh perut yang mengandung atau pun lemak2 tu tetap ada walaupun kita mengandung? ehhh tak tau la kalau rehan paham tak kak lis tanya nih...

Jawapan : Saya sgt paham soklan itu K.Lis. Hehehe. Sebab saya adalah jugak sorang 'pemboroi' hatta sebelum mengandung. Kakakaka... Lemak2 tu tak akan go away kak. Sebab tu tiap kali scanning baby, telinga i akan panas berdesing bila doctor cakap : Kulit perut u tebal nih..kalau tak, mmg dah boleh nampak dgn jelas baby's movement dlm perut. Doktor tu sebut kulit tebal sbb nk sedapkan hati i. Actually dia nk ckp lemak i tebal kann...

Bila perut makin membesar, lemak2 tu akan 'mengencang' seiring dgn pembesaran perut. Masa tu kita akan nampak mcm lemak2 kita dah menipis. Padehal dia tak pi kemana pon. Cuma dia meregang sajork. Lepas dah beranak nanti, lemak2 tu akan bersatu semula dan masa tulah akan kelihatan kulit perut yang sangatttt huduh dan hazabbb. Strecth mark akan mengendur sampai nampak mcm kulit kuda belang (serius nih!) cuma takde kaler itam putih jer. Hihihihi....

Oleh itu...adalah sgt penting utk sapu lotion ker haper ker...sejak dari awal2 kandungan. Kalau perut rasa gatal2, sila kuatkan iman dan JAGAN GARU dgn bersungguh2 mcm Makcik Rehan. Garu2 manja shj okeh! Lepastu, masa pantang silalah rajin2 pakai bengkung dan sapu perut dgn kapur + perahan limau. Utk makluman, Makcik Rehan tidak melakukan semua itu okeh! Mak saya sampai dah berbuih-buih mulut berleter taww. Lepas banak, nak tunjuk perut kat laki pon malu sbb terlampau hazabb. Wakakaka.. nyesal pon tarak guna lorr. Melainkan buat liposuction. Ewww....kose mak okeh!

Moralnya Kak Lis, sila persiapkan mental dan fizikal sebelum mengandung. Persiapkan juga mental suami Kak Lis agar bersedia menerima 'transformasi' bini dia selepas beranak nnt. Laki i dah immune kot... hihihi...

p/s : Pesanan di atas dibawakan oleh Makcik Rehan yg sgt tidak mengambil berat hal ehwal kecantikan diri. Perlu diingat, ada ramai wanita2 lain yg berjaya mengekalkan kecantikan diri sebelum dan selepas kawin melalui langkah2 bernas yang diambil dari awal. Contohilah mereka okeh. Sapa ikut contoh Makcik Rehan, alamat terjun lombong jerlah....





Friday, April 24, 2009

BABY BOUNCER

.
Ingat lagi entry ni? Dah lama dapat brg merapu ni, baru sekarang teringat nk tepek sini - setelah merapu dan merayau di dalam maya dengan Oli semalam. Hehe. Thanks to Juju yang telah merealisasikan impian mak buyung. Am actually eyeing for yg sekenhend punya jerk. Tapi tuah seorang mak buyung kannn - I dapat yang baru pada harga sekenhend. Ohh..sungguh berbaloi. Kalau baby tanak duduk camana? Pedulikkkk...janji aku pon ada. Kan Juju kan? kan? kan? Muahahaha....


I soookaaa kaler kunin. Jgn kena demam kunin sudah!



Aisyah sgt teruja. Bukakkkk...bukakkkk... baby...bird...music.... Mesti dia jeles, naper masa aku kecik dulu mama tak belikan utk aku. Sebab masa tu mama tak jumpa yg murah nakkk. Hehehe....

Happy Friday olls. Anyone going to Book Fair today?
See ya at PWTC ehh...(kalau haku terdaya nk pi lahh...)



Saturday, March 28, 2009

SERIOUS NOTES TO MYSELF


.

This is just another rubbish entry in Bahasa Amerika. Yes, grammar errors are everywhere and some sentences might sound as stupid as karangan budak UPSR. But I dont care. Writing this in English, give better impact to myself (on the contents). Thank you.

I need to pay extra attention to myself (read as health condition). I am now 13 weeks preggy and started to feel the differences of this one with the previous one. Considering of another 35 weeks (plus, minus) to go and the probabilities of the unexpected things that might turn up within that time, I have to seriously take care of myself now.

Last nite, I had my 1st cramp (tarik mengkarung). And it was way too early for me. Last time, I had it for the 1st time when I was in my 2nd trimester - abt 5 to 6 months of pregnancy. This is a bad sign - im not taking enough calcium (milk) and eating too much of unhealthy food (junkies and fatties) and not forgetting - i skipped most of the maternal vitamins and supplements. My leg and ankle hurts that make me a bit 'unsteady' to walk. Despite this 'unsteadiness', today we (3 of us) managed to collect (and buy) some stuffs at 1 Utama. And Aisyah got her advance birthday presents from her mom and dad today! - I'll blog about it later.

My breathing difficulties due to phlegm (or mucus?) is getting worse. My sinus (resdung) is another nightmare. My nose always blocked. And today, I started to cough; accompanied with dry and itchy throat. I have to change my face towels everyday and carry it everywhere (which i use to wipe and blow my nose after each sneezings) All these, combine with my super-obese weight is just a complete reason for me to consider for a serious medication and/or consultation. (Note : My dad and my late grandma got their athma at about my age now!) Even worse, grandma got her severe athma attack (several times) during her last pregnancy. Scary huh?

With the pressure and changes that we faced each day, I need to learn to relax and cool down and see things as it is. I survived successfully in this 3 years and it is just another few more months (or hopefully weeks) to go. Stop expecting and stop feeling guilty of things that I am supposed and used to do. Lets just hope that the basic things runs smoothly. Remember, that time is to be celebrated in my most 'fittest' condition; so don't let this 2 months chaos spoil it!

Drinks more plain water. Stop dropping-by at gerai Makcik Simpang for her tempting goreng pisang and juicy air tebu. Bathe as soon as u got home (in the evening) and if u didnt manage to do so by 7 pm, dont bother to take bath. Night bath is bad for my body. Stop drinking coffee, nescafe or tea. Just stick to your chocolate milk. (I had constipation for 4 days in a row!)

Be more selective of your food intake. No cabbage, no pulut, no icy drinks, and the list going on and on... Cut your gulai, fatty, sugar, salt, chicken and meat intake. (Anyway, I just had cucur kucai with cabbage this afternoon and now my whole body is aching!) Sleep early and wake-up early. Remember : The early birds catches the worms!

Should re-start reading Quran by now, practicing those good surah and ayat. Pray a lot. Perform solat as soon as masuk waktu. Note : Procrastinating is a thief of time! Beware of what u said. No more maki hamun and those dirty words. If you cant cope with the laziness, focus on how to minimize the effect of it. Or dont bother at all. heh!

There are always ups and downs, positives and negatives, success and failures, yes and no in our life. Just let everything flow. And go with the flow!


The end.




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker