Pages

Powered By Blogger
Showing posts with label aisyah. Show all posts
Showing posts with label aisyah. Show all posts

Friday, May 28, 2010

MENCAH OH MENCAH...

Friday, April 2, 2010

HAPPY BIRTHDAY AISYAH

.
Belog baru Makcik Rehan kat sini :  
http://makcikrehan.blogspot.com


2nd April 2007, kamu dilahirkan
kini 2nd April 2010, kamu genap 3 tahun!

Sayang anak Mama dan Babah...



Semoga panjang umur, murah rezeki, jadi anak yg solehah.

p/s : cepat2 belajar tak pakai pampers ya nak ya... :P





Tuesday, March 23, 2010

DDMR : MENYUBURKAN TUBUH ANAK




.
Semalam Oli tanya,
Mencah mkn apa... badan dah mcm Michelin!
Dagu dah berlapis-lapis...

Mencah sekarang memang kuat makan.
Siang hari, Bibik kata pagi-pagi dah mintak roti bakar atau biskut cicah air milo...
atau roti dengan butter dan mayonis...
nanti tengahari mintak nasik dengan telur kunin....
[Mencah sukaaaa banget makan telur kuning]
petang pukul 4 mintak lagi apa2 makanan nk kunyah..
even kadang-kadang pukul 4 pon dia mintak nk makan nasik!

Pantang ada orang kat dapo,
dia nanti ulang-alik dok bukak tutup pintu peti ais tu..
cari apa2 makanan yang boleh dimakan...
sangat-sangat hantu coklat...

Disamping makanan-makanan di atas... susu jgn dilupa yerr....
rasanya di siang hari tak kurang dari 4 botol sehari...10 oz setiap sessi...

Aktiviti jasmani pulak agak terbatas hanya di dalam rumah
Maaf, Makcik tidak seperti Mak orang lain yang 'berani' bagi anak main-main kat luar pagar
dia main lompat-lompat kat luar hanya sekali-sekala... dengan ditemani oleh Makcik atau Pakcik
Sangat tidak harap nak biar dia main kat luar sorang-sorang atau dengan Bibik sekalipun..
sebab Bibik ni sangatlah halai-balai.... sekali terlepas pandang, Mencah dah ada diseberang jalan!
Oh tidakkk...!

Ditambah pulak dengan tahap kesihatan dia yang boleh dikatakan terbaek buat masa ini...
Sudah sangat lama tak kena demam atau selsema atau batuk...
makanya, makin menjadi-jadilah kesuburan tubuh badannya...
makin boroilah perutnya... muahahahaha...

Mujurlah dia masih 'buas' walaupon di dalam rumah...
asyik berpeluh semedang sebab rajin memanjat dan memunggah...
lagi pulak rajin berlari main kejar-kejar masa nak bagi mandi, tukar diapers atau basuh berak
[sampai kdg2 rasa nak tambat kat tiang!]
Kalaulah dia ni jenis melepap mcm Makcik....
Huwaaaaa..... lagi melendutla badan dia kan kan kan..

Anyway,
dinner mlm tadi Makcik masak spaghetti simple ni...
Masa lepas maghrib Makcik nak suap dia bagi mkn, dia takmo...
pedas kata dia. Lagi pulak bibik kata pukul 4 tadi dah mkn nasik...
Sekali dah dekat pukul 10 mlm...

Mama, perut saya dah lapar pulak niii....

Hadaplah spaghetti bolognese di tengah malam!


Oli, ada berani suburkan anak awak mcm anak saya?

.

TONGKANG PECAH




.
Aisyah sorang punya kerja,
lagi luas space depan TV tu, lasi sakan dia memunggah mainan!


 Macam tak lama jer jangka hayat Bumbu seat tu,
asyik kena henjai dgn budak 17 kilo nih!





Benda yang disuap ke mulut tu,
adalah serpihan musical mobile yang dah hancus dikerjakan oleh beliau sendiri!

.

Monday, March 22, 2010

DDMR : CHEESE BUN


.
Tak berapa nak jadi sgt.
Sekadar nak menghabiskan tepung roti yang beli kat kedai bakeri haritu.
Jugak nak menghabiskan cheese lebih2 buat pizza haritu.
Lagi pulak, nk cuba bread softener yang beli tapi tak diguna [smpai nk dekat expired]

Aisyah pulak asyik dok request nak kek.
Maybe sebab lama Makcik tak buat kek utk dia feeling2 Happy Birthday to you mcm selalu.

So, idea ni basically dapat dari belog Eryn. Thanks Eryn!

Tapi bahan-bahannya makcik main hantam ikut sedap rasa.
Roti tetap naik dan lembut, tapi rasanya doh tu terkurang uli.

Aisyah dok request nak tabur choc rice kat 'cake' ni... layan sajalah!



Halfway bakar....



Masak sudah!



Cicah dengan mushroom soup.



Tukang puji, tukang rasa, tukang sibuk, tukang selerak....




AISYAH IN WONDERLAND




.
PS dah beberapa kali dok sebut,
jom bawak Aisyah tengok Alice nak?

Bang, I am as broke as James Brooke!

Belanja kalu, anytimeee!

There we go,
terima kasih sekali lagi kepada pihak penaja,
we lap u babah!

But unfortunately, Asyraf tak leh bawak
He is soooooo addicted to buaian sekarang.
maka tinggallah adik kat rumah dengan bibik....


Alice Aisyah in Wonderland!


You both, look here lah!



OK, thats better....


Lepas beli tiket,
pegi isi perut kat KFC kejap.

And looking at below pics,
Aisyah macam dah umo 6 tahun!
Bak kata Bibik, tak lama lagi kakak dapat menantu...
Wallaweyyy.....







Menantu lah sangat..... berak pon dalam pampers lagi!

.

Friday, March 19, 2010

2 APRIL




.
Kalau awal sikit,
budakni jadi April Fool's Baby.

Baiklah. 2 April tak lama lagi.
Mak dan Bapak dah bagi sebakul janji manis...
Nanti kita buat besday party...
ada belon yg banyakkk
ada lilin...
ada kek yang besar di seluruh dunia....
ada hadiah yg banyak....

Last week Nenek Onah & Atuk Acan tanya,
jadi ke buat birthday kat Bayu?
Makcik pandang Pakcik, Pakcik pandang dinding!

Errrr... tengoklah dulu Bah...
Porch tu pon tak simen lagi...
 Bajet tak berapa ada la Bah...

Mai buat kat sinilah!
Atuk boleh sponsor!

Pandai sungguh Bapak budak berlakon kan?
Berbaloi-baloi....

Aren't she lucky?
Makcik suka kek di atas,
tapikan, camana nk buat icing buttercream kaler putih ekk?
tak jumpa pon pewarna putih dipasaran.


Wednesday, March 17, 2010

BAGAIMANA MAK BAPAK MENCAH HI-JACK TV DARI MENCAH




.
Baik. Sebelum apa-apa... Makcik nk bagi amaran awal-awal.
Satgi ada yang kata aku bagi ilmu parenting sesat.
Ini adalah cara pakar... PAKAR HENTAM KROMO.

Malam tadi Babah Mencah nak tengok tibi.
Mencah pulak kalau tibi tu terpasang channel yang bukan channel dia,
mulalah dia hambur permainan satu rumah
Lepastu pulak, dia ni jenis tak suka main sorang-sorang.
Kejap-kejap dia datang kat kita...

Boleh awak pegam anak saya Eeyore?
Boleh awak pegam anak saya Teddy?
[dia suruh kita kendongkan patung2 mainan dia... 
dia dah tak cukup tgn kekdahnya]

Mama, awak nak minum tak?
Babah, awak nak makan sup batu tak?
[Main masak-masak. Sup batu tu salah satu adegan dlm Dibo the gift dragon -
depa bubuh batu hikmat nk bagi sup tu sedap]

Babah, awak nak dengar radio tak?
[dia ambik cekak rambut mak dia, sangkut CD kat cekak tu
pastu sangkut kat kepala Babah dia - konon-konon headphone]

So... kami tak dapat menonton tibi dengan aman.
Byk sgt gangguan, tak layan kesian kan...

Makanya, Makcik bukak laptop...
Bukak MS Office Word...
Besarkan Font kepada saiz 72...
Tukar warna font kepada merah menyala...
On kan Caps Lock...
Ambik kusi kecik dia suh dia duduk hadap laptop tu...
Pastikan kedudukan laptop bertentang dgn kita kat depan...




Lepastu, Makcik cakap kat dia...

SHOW MAMA THE LETTER A....!
Faster... faster...
[dekat 2-3 minit jugakla dia nk jumpa huruf]

Ini dia mama!
 OK betul... bagus!!

OK, NOW SHOW MAMA THE LETTER H!
faster.. faster... faster....

Ini dia!
Betul... bagus!

.....dan seterusnya...



Jangan dok komen kata anak aku terer ke hapa...
dia kenai 2,3 huruf saja.
So, aku pon dok ulang-ulang tanya 2-3 huruf yang dia kenai jer. 
Bab speaking tu pulak, aku jer yg poyo2 lebih..
maklumla... nk hantar smart reader tak berapa nk mampu...
aku laki-bini jerla bantai speaking tunggang langgang dgn dia.

Kesannya, dia tak memunggah mainan...
dia tak dtg mengacau suruh itu-ini...at least 1/2 jam...
setengah jam tu kira heaven seh!

Strategi ini akan diguna pakai seminggu sekali...
Desperate Housewife season baru dah nk kuar tak lama lagi....
Dapatlah aku nonton dgn aman sekali seminggu..
serampang 2 matalah kengkononnn... mak dpt nganga tengok tibi..
anak lak kenkonon dpt belajar IT... kononnnn....!

Dulu Makcik umpan dgn Youtube,
tapi nnt bila video tu buffer lama sgt, dia bising
lagi pulak video kt youtube biasanya kejap2 jer...
jenuh nk kena angkat bontot pi tekan replay utk dia...


Ni contoh... dia pusing2 sharpener rosak adik aku tu...
letak fridge magnet kecik2 kat atas sharpener tu...
konon-konon tgh grill biskut ke hapa...
pastu dia hulur kat kita..

Mama, awak nak roti bakar?
Mak Tok, awak nak makan kek panas?

So, macamana dengan anda - ibu-ibu yang punya parenting skill mantap,
kesabaran yang tinggi, teknik terkini... 
mendidik [mengalih perhatian] anak-anak anda?




MY MANNEQUINE DAUGHTER




Hello.
Haritu beli rangka patung pelestik ni utk kegunaan Bizkizz.







Saiz patung tu kebetulan lebih kurang saiz Aisyah.
Sakanlah dia berposing dengan patung tu.

Isk tak tenang Makcik nak menaip.
Budak Mencahni dok sakan suruh Makcik pegang patung dia yg 4 ekor tu.
Ini anak saya Mama!

Esok siang sambung.
G'nite.

.

Tuesday, March 16, 2010

KAMPUNG KIDS




.
Baiklah.
Ini kisah anak-anak Pakcik Sepol di kampung baru-baru ini.
Aisyah sebijik-sejibun menurun perangai Babah dia masa kecik dulu... kuat memunggah!

Punggah lemari baju Tok Ayah tanpa rasa bersalah,
bila org dok kecoh2 kepelikan tengok baju dlm lemari yang tak pasal-pasal terburai keluar,
dia datang dgn muka tak bersalah sambil mengutarakan dialog mantap :
Apa dah berlakuni?

Tok Ayah gelak mengekek tak jadi nak marah.
Tak habis disitu.

Dia dapat gunting Mak Tok yang sangat tajam,
di acu-acu kat selimut Tok Ayah.
Tok Ayah gelak-gelak tengok gelagat dia.... 
sekali dia BETUL-BETUL GUNTING KAIN SELIMUT ITU!
berlubang hokay!

Lagi sekali Tok Ayah tak mampu nak marah....
Ooooppsss... Maaf! Saya tak sengaja...

Penat membuas dalam rumah, dia lari keluar ke beranda..
turun naik-panjat tangga sampai berpeluh-peluh...
Tok Ayah risau takut dia jatuh... dok asyik pegang dia takut tergelincir...

Tak suka dipegang-pegang, lantas dia 'sound' Tok Ayah...
seolah-olah suruh Tok Ayah bagi chance dia nk main tangga...
Rumah saya takde tangga la Tok Ayah....

Simen halaman depan umah dah retak2 dan berlubang,
dia duduk melepap sambil dok korek pasir celah2 simen...
Saya nak buat castle!


Ambik penyapu Mak Tok, 
sibuk dok menyapu sampah kat dapo. Bila Mak tok tegur...
No! No! No!
Jangan kacau saya!


Badan habis berbintat kena nyamuk... kena agas...
bila dah gatal merenyam sangat dia datang mengadu...
Mama, tangan saya bijik-bijik!

Kita sapu minyak TYT,
elok jer lepas sapu, gatal pon belum hilang,
dia sambung membuas semula....

Sudahnya, PS kata...
Biaq pi lah dia....!


Asyraf?
Taklah meragam sangat walaupun musim panas dan umah Tok Ayah tak ada aircond...
Tapi.... nak berbuai semedang dengan botol susu wajib bergentong dlm mulut
Hazablah Makcik mengenjut 24 jam. 
Asal buai berenti enjut, dia pun bukak loud speaker!

So, cuti 3 hari 2 mlm di kampung kali ini
kami tidak kemana-mana.... 
makan-tidur, makan-tidur semata-mata...
Anak-anak suka, mak bapak lagiiiiilah soka!

:P






InsyaAllah, pertengahan bulan April ni kita balik lagi...
i like!


Sunday, March 14, 2010

SEPENINGGALAN MAMA...




.

Baiklah. Ini entry berjadual.
Ikut suka hati dia bila nak timbul.

Sat... sat... nak tengok folder sat
tengok ada gambar tak.

oh ada... ni dia.
Err... sat nak karang cerita.


Rakaman aksi anak-anak sebaik saja Makcik tiba dari Cherating
[tak abih lagi kisah Cherating!]

Si adik maintain.
Tapi kakak membulat bagai johan!
Mana taknya, Atuk Asan umpan dia dengan coklat.
5 minit sekali dia bukak peti ais, ambik coklat atuk


Bukti bergambar.
Atuk terpaksa campur tangan.



Thursday, March 11, 2010

TENGOK TV : MAMA TEMAN KAMU KA... KAMU TEMAN MAMA?



.

Jam 4 segi kat dinding atas sliding door tunjuk pukul 10.40 mlm.
Laki Makcik dan anak bungsu Makcik dah karam.
Tapi anak sulung Makcik belum nampak tanda-tanda nk karam.
Jangankan karam, bocor pon belum.

Apa masalahnya?
Masalahnya.... lepas dia karam baru mak dia buleh karam.
Kalau tidak, adik dia yg dah karam pon buleh timbul balik
kalau bawak dia masuk bilik sebelum dia karam.

Lagu mana nih!
Mak dia dah sangap giler.
Mlm ni energy dia lain mcm... pakai bateri Energizer kot.
Selalu tu tahap bateri Eveready jer.

Esok hari Jumaat hokeh....!



p/s : Katun Special Agent OSO ni mcm har*m jerlah...

.




Tuesday, March 9, 2010

MALAM TADI ANAK-ANAK TELAH BERLAKU ADIL DAN SAKSAMA TERHADAP KEDUA ORANG TUA MEREKA


.

Dicelah-celah kehamsapan line stremyx kat PID nih...
Terimalah entry tangkap muat sessi petang utk hari ini.

Malam tadi budak Asyraf ni kena injek 5 bulan.
Dah delay dekat 3 minggu.... tiada alasan untuk itu.
Masuk jer bilik doktor, tiba-tiba bau semerbak
PS tanya... ni sapa yang berak nih?

Dgn penuh confident Makcik jawab...
Aisyah kot, Asyraf okay jer nih [Makcik tgh dukung Asyraf]

Sekali, selak baju... nak cucuk....
Menguning jer kat celah CD dia... 
Dia yang berak rupanya....

Bagitau kat doktor, nak tukar diaper dia dulu before cucuk.
Gigihla dok calit2 dgn wet tissue, mujurla berak sikit saja.

Tiba-tiba.... PS meroyan lagi,
Chaitt... samala depa ni 2 beradik!
Aisyah pon berak jugak!

Kah! kah! kah!
Syabas anak-anakku....
Kalian telah berlaku adil dan saksama terhadap ibu bapak kalian.
Gigihla PS menyeret Mencah pi toilet untuk 'diistinjakkan'


-Gambar hiasan-


Psssttt.... Asyraf dah mula ambik solid, 
but still on trial basis.





MAMA.... MANA KAWAN AWAK UNCLE 'JIWA' TU.....

.


Gambar songlap kat sini


Baiklah. 
Mari mulakan backdated update dengan cerita jumpa AG Hotfm 
dan bersembang kencang mcm kamini satu kelas masa sekolah.

Semalam, cuti ehsan sebab perjalanan jauh dari Kuantan - Rasa.
[Ehemm... diam-diam sudahla...]

So, semalam pegi jumpa Pei Ling, my ex-officemate kat MJ.
Nak collect milk powder for Aisyah.
[malas nk explain bab ni sebab kena taip panjang2 baru korang paham]

Kuar dari Tol Kota Damansara, terus menghala ke Tropicana.
Benti kat Traffic light sebelum masuk kanan.
Tiba-tiba nampak Mamat kacak [tidaklah sejambu hero Korea pujaan Zalia and the gang]
Pandang sekali nampak mcm Mat Jawa Parit Sonto.
Pandang 2 kali, AG rupanya.

Dengan selamba, Makcik bagi isyarat mulut... AG ker?
Dia senyum...pon jawab sambil bagi isyarat mengangguk Yerr....
Tak puas hati lagi, Makcik turunkan tingkap, wahh... tingkap dia pon tak tutup ropernyer...

AG, kim salam Wak Kieran eh!
OK.. InsyaAllah....

Tak pegi Big Jam Penang ker?
Baru balik la ni....

Oh, ni nak pi konti la nih?
Tak... nak pi Genting dulu... petang kang masuk konti...

OK, Petangni 90-an menang eh AG!
Orait chantekkk! [senyum lebau sambil buat tanda best]

Traffic light tukar hijau,
Makcik dan Aisyah melambai-lambai kat Wak AG.
AG jalan terus bersama Perdana beliau, kami 2 beranak belok kanan bersama si kontot.

Lepas tu Aisyah tak abih-abih tanya...

Siapa tu Mama?
Kawan Mama... nama dia Uncle Jawa...

Haaa? Uncle Jiwa?
Mana Uncle Jiwa tu Mama?
Dia dah pegi keje...

Lima minit kemudian Aisyah tanya lagi...

Mana kawan awak Uncle Jiwa tu Mama?
Dia dah pegi keje.....
 
Lima minit kemudian Aisyah tanya lagi dan lagi dan lagi....

Mana kawan awak Uncle Jiwa tu Mama?


 Sudahla nakkk... kang Mama ko yang sakit jiwa karang....

.









Friday, February 26, 2010

KERASTANGAN : BEG MENCAH


.

Brother akhirnya berjaya digunapakai.
Mujurlah ada sedikit ilmu terpendam mengendalikan mesin jahit antik mak kat kampung.
Konsepnya sama, materialnya lain sikit... langkah-langkahnya pon lebih kurang sanma.

Makanya, terhasillah beg tak semenggah ini.
Beg ini sepatutnya adalah sebuah bakul comel bertangkai.
Tapi bila sampai kat tgn keras makcik, mcm lebih sesuai dipanggil beg.

Mencah mengendeng kat sebelah mesin 24 jam.
Asal makcik merungut sikit sbb benang tercabut ker, tersalah jahit ker, tersalah ukuran ker,
dia akan bagi sokongan moral dgn senyuman yang sungguh manis :
Jangan risau mama.... awak boleh lakukannya!

Owhhh.. sungguh bertuah rasanya memiliki anak montok yang bermulut manis sebegini rupa
[sessi memuji anak sendiri]

 
  
  
 

Tutoial diambik dari blog Pink Penguin.
Amoi Jepun yang pandai speaking dan dapat Pakwe Mat Saleh dan tak lama lagi dah nak kawin.
Linknya tak simpan, sbb tuto ni dah simpan dari tahun lepas.
nanti jumpa link i bagi yer...



Monday, February 22, 2010

ASYRAF TERHOYONG-HAYANG DALAM BUMBO

.

Entry buat syarat.
Busy melayan Bizkizz.

Since Si Adik terhoyong-hayang duduk dlm tu,
Si Kakak konon-konon nak tolong support adik.
Haru Kakakkkk.... senget abih kepala adik tu!



.

Wednesday, February 17, 2010

BUSY : GAMBAR SEMATA-MATA [BANYAKKKK SGT]

.

Aisyah dan Asyraf di Tahun Baru Cina.
Merah itu tandanya ongggggg... kan Oli kan Oli kannn...
[Makcik bizi banget hari ini - sila percaya!]

Bye!


Sekian.

.


Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker