Pages

Monday, September 28, 2009

AISYAH & ASYRAF : Dua2 tgh tido...


Sjak 'menetas' aritu,MR gigih buat entry dr henfon. Abis kredit i taw. Busan idupku tnpa ntenet. X saba nk blk Bayu, boleh i terjah belog u oll baca citer raya. MR pn ada byk citer nk kongsi nih...

P/s : Pakcik Sepol dh pi mancing arini :-S

SAMPAI KUAR PELUH JANTAN...


Kopek besau tp kering! Gigih ngepam 3,4 kali sehari. Nk dpt 2oz pn mcm nk trcabut p**i**g. Jgnkan 2th, 2 bln pn blm tentu weiii...

Wednesday, September 23, 2009

PEACE!


Laporan dari Kak Esah : Bb Asyraf buli mama memalam, tak nk tdo. Td Babah tpaksa beli puting sbb bb asyik nk mengepap!

Tuesday, September 22, 2009

BUKAN ASYRAF SINCLAIR...


Presenting geng mancing Pakcik Sepol... ASYRAF. Muka pn fotostat Babah dia. Semoga menjadi anak yg soleh.

Monday, September 21, 2009

Alhamdulillah, syukur pada Allah...


Baby boy 3.6kg, pukul 8.30 pagi, PMC Sg Buloh, Normal delivery. MR tgh lalok...

Friday, September 18, 2009

AKU BUKAN SUPERMAN



.
Tajuk takde kena mengena dgn isi. Masa taip entry ni sambil pasang youtube lagu indon tu. Mencah suka kemain.

Nak tunjuk sayur tofu telur yg Nieza ajar masak haritu. Semalam buat. Kira jadila kot ekk...




Selit gambar 'Supergirl' dah siap2 nk pi bukak posa umah Nenek. Tu... gigih merayu nak bawak container blocks dia tu. Eeeii... koser mama nak... sepah umah nenek ko nnt...





TERKEBIL-KEBIL


.


Pukul 2.48 pagi. Haram tak leh lelap. Pusing kiri-kanan. Tukar posisi bantal, pon tak mau lena. Tak kan aku nk ubah posisi katil memalam buta kot! Mau kena pelangkung dgn PS yg tgh dok sedap berdengkur.

Bangun, kuar bilik. Ngapppp.... Dah ngapppp... gluk-gluk [minum] pulak. Pastu krukk... krukkk... [kunyah air batu pulak - inilah tabiat aku di hujung2 kandungan skang].

Dok melengung kat meja makan, tak tau lagi apa yg nak di ngap - sebab aku tadak napsu nk mkn pon benarnya. Pelan2 angkat montot, hayun perut... datang depan, ON laptop.

Dahhh... pon tatau apa nk buat. Blog-hopping pon takde citer baru. Semua aku dh baca ptg tadi. Yerla... malaun mana lak yg bgn pagi2 buta mcm aku nih, update belog kan?

Nak ON TV pon malas. Nak masak? Koser ahh... dah elok2 Nenek Onah tapaukan lauk tu haaa... sok pagi sahur tinggal nk ngap jer, carik pasal lak aku nk memasak-masak bagai. Kut sedap takper gak. Buat belengas dapur jer.

Lipat kain? Basuh kain? Semua dah beres. Gosok baju? Bajunyer yg takde nk digosok. Baju melayu PS kat umah Nenek Onah lagi. Baju Mencah aku lom alter lengan dia yg panjang berjela tu. Baju raya aku sendiri?? Adalah NAN HADO. Uwaaaaa....

Tak kan aku nk basuh porch kot! Mau pengsan jiran sebelah umah akuni tengok Bini Si Sepol sakan membasuh porch di subuh sepi'ie.

Kalau si Zalia or Ezey dok online YM lagi, leh agak layan bergossip...

Pukul 3.05 minit dah ni... Mata oh mata... silalah mengantuk...





Thursday, September 17, 2009

MAAF, TAK LA SEDAP SGT PONNN....


.


Jiwa tak tenang selagi tak singgah. Hehehe, tak nyempat tunggu raya. Padehal khemah depa betul2 depan simpang Taman Bayu. Semalam i 'paksa' jugak PS beli sebatang, dgn rendang daging. Atuk Acan sampai tak makan nasik masa berbuka sbb nk pekena lemang ni.

Komen ikhlas dari perut MR, tak la sedap tara mana pon. Lemangnya sedikit keras [rasanya tak sikit] dan rendangnya pon tak berapa 'kow'.

Anyway, nak bagitau... sapa2 lalu tepi khemah tu... tekan la horn kuat-kuat, nanti i suruh Mencah tunggu kat simpang ajak u oll singgah umah. Kekekeke...

Di sana-sini, mood raya makin menjadi-jadi nampaknya. Hati-hati di jalanan ya kawan-kawan!





Wednesday, September 16, 2009

SYOK TAPI...


.
Tiap-tiap tahun akan dapat hamper besau2 godang. Tahun ni sampai ada yg PS tak mau pi collect kat mall. PS kata cukup 5 hamper dahla, yang lain2 tu veondor dok call or sms suh pi collect hamper dia malas dah nak layan. Belanja bukak posa pon sampai tak menang tgn - jenuh dok pilih pi yg best2 saja.

Kenapa? Kalau i pedulik apa... org dah nak bagi, rembat sajork...

Nanti pening mak datuk nak layan request depa. Suruh markdown harga. Suruh adjust quotation. Muahahaha... ada udang di sebalik mee udang rupanya.

Tapi... tapi... tapi..., semalam PS balik bawak hamper dan voucher shopping ISETAN bernilai RM200. Dia sudah serba salah, ingatkan hamper sesaja, rupa-rupanya depa selit shopping voucher dlm tu. Dia kata, kalau tau ada 'money' dlm tu, sumpah dia tak ambik.

Apa i jawab... tak mau bak sini! Muahahahaha.... Jomla bang, bila nk pi 'menyetan' nih? Bukan abg mintak, depa yg bagiiiii... Abg buat2 tak layan jerla 'tuntutan' depa pas raya nanti. [senang jer aku cakapkannn] kekekeke....


Ada 3-4 bijik lagi hamper besau camni kat umah Nenek Onah. Kalau biar kat umah kami, alamat expired sampai tahun depan.

Kalau PS nampak i tempek gambar hamper ni mesti dia kutuk i giler2. Takde keje betoi, semua benda nk di belog! Muahahaha... demi 16K bang oiii....




RAYA vs BABY


.
Raya kalini bakal disambut dalam debaran. Seminggu selepas raya, MR akan 'menyerah diri' kat sepital. Apa nak buat... dah memang pesen anak-anakku suka 'mengeram' lama-lama kat dalam. Walaupon ini pengalaman kedua, tipulah kalau i kata i relax saja. Sudah terbayang kesakitan bergulung-gulung kat dalam labour room. Bagi kawan-kawan senasib yang dah pernah merasa 'beranak paksa' korang pasti tahu macamana hazabnya kan? Tambah2 plak kalau tak ambik epi.

Pagini bangun pagi kepala rasa berdenyut-denyut sebelah kiri. 2 minggu lepas pon jadi mcm ni - sbb tak boleh tidur mlm. Pegi check BP semuanya normal. So, pagini pas sahur ala kadar, i cepat-cepat telan Uphamol 650. Tadi dah lega sikit. Tapi sekarang dah mula berdenyut balik. Migrain... PS dah risau takut darah naik. Sebab semalam kami sakan membantai makanan yang sungguh lazat kat Restoran De Chiang Mai [mcm biasa... vendor belanja, i membontot laki i sajork] Ohh... food adalah sgt heaven! Ni kali kedua kami ke sana. Highly reccomended utk sapa2 yang suka jalan-jalan cari makan.

Tak ambik gambar langsung, terlalu bersemangat nk makan sampai tak sanggup membuang beberapa minit utk snap gambar. Kekekeke....

Pagini i tukar rutin sikit. Selalunya, i terus check-in sambung tido sampai pukul 10 dgn Mencah. Hehehe... pagini lain sikit. Sapu sampah, dan godek baju2 baby. Baju2 yg dah siap dibasuh sebelumni, tah camana boleh kena kesan kuning2 pulak. Tak tau mana datang. So, kenala basuh semula. Satgi tengahari sikit nak mengemop rumah. Lepas tu nk cuci bilik air. Malam nanti nak suruh PS adjust sikit susun letak perabot dlm rumah. Cewahhh... maklumla, 1st time nak raya di rumah kontot sendiri. Dapat ubah kerusi meja 2-3 inchi pon dah jadilah! Lepas gian... kekekeke...

Apa kes haku taip panjang2 nih?

OK lah, simpan bebelan seterusnya utk entry selepas ini :)

p/s : Pasan tak, sejak duduk kat umah ni... i rajin balas komen2 u oll kan? [cehh.. tu nak pancing suruh org tinggal komen la tu]








Tuesday, September 15, 2009

PITAM AKHIRNYA...


.
Ni semalam punya cerita. Semalam malas nk upload gambar.

Setelah 'menaikkan darah' Mama dia buat huru-hara depan TV [nasib baik hall umah kami sekangkang kera, kalau luas dan bercarpet bagai... cam umah Nenek Onah, mau aku menangis meraung nk mengemas!


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Akhirnya...


Tak bercadar dah sbb cadar dia dlm mesin basuh, kena muntah... Harap-harap harini pon berjaya pitamkan dia.






KAMI PON MCM MAWI DAN EKIN TAWWW...


.
Haritu i terbaca dalam paper... Mawi suka sambal sardin yg Ekin masak untuk bersahur.

So, 2-3 malam lepas i pon masak sardin jugak utk kami bersahur.

i cakap kat PS, jangan main-main taww... Mawi yang kaya-raya pon mkn sambal sardin jer utk sahur... so, kita yang tak berapa nak kaya ni jgn komplen byk2... mkn jer sardin ni. Kekekeke...




Digandingkan dengan lauk wajib utk pompuan malas mcm MR...


Telur dadar!


EMERGENCY CALL...




.
PS call pukul 4 ptg. Tanya apa brg yg ada dlm freezer?

Ada memang ada... tapi semuanya di bawah paras beku!

Tak jadi pi bukak posa kat luaq. Ramai sgt staff pegi restoran tu harini. Merenut satu opis dekat 40 org. Huh! tidakkk... tidakkk... rela haku menyahbeku stok2 dlm freezer daripada nak kena bersilat, berkungfu mengontrol si Mencah dlm lautan umat kat sana.



Cucur tu... hazab giler! Bak kata PS, lepas sejam akan jadi keras mcm tongkol kayu. Nasib baik buat sikit tu jer. i pulun mkn sampai habis. Sampai ke sahur haku dok ngunyah cucur tu sampai sakit rahang. Kenyang sampai tak lalu nk sentuh nasik dah.



Aisyah : Mama.. nak mayunis!
Mama : Nak cucur tak? Mama buat sama [kononnn!] mcm Nenek selalu buat...
Aisyah : Tanakkk!

Sentap Mama nakkkk !!!







Monday, September 14, 2009

APA MAU TULIS?


.
Konon nak update belog 5x sehari. Dah masuk separuh masa ke-2, baru 2 entry... camana nk dapat 1K by next year nih? Konon2, nak pi shopping duit Nuffnang dgn Zalia TANPA melihat price tag!
[giler tak?]

Baru sehari melepap di rumah dgn Mencah. Penatnya weeeiiiii... Kalau haku adalah seorang bibik di rumah ini... adalah kompom aku lari dari rumah sekarang jugak!

Dia tarik kuar stroller letak tgh2 ruang!
Dia tuang semua FP blocks dia depan TV!
Dia selerakkan jigsaw puzzle Barney dia satu rumah!
Dia tuang brooch yang haku simpan elok2 dlm kotak!
Main doublesided tape, lekat brooch kat sepanjang tape tu jadi mcm lampu lip-lap!
Dia jumpa wet wipes yg haku sorok dlm laci... habis dia kirai semua!
Alphabet foam dia penuh atas katil!

Dah rasuah dia susu berbotol-botol. Tidonya tak jugak. Ni dia dok ada kat sebelah... dok punggah kotak blocks dia lagi. Sat lagi ada yang nak kena debik ni... Darah i dah naik kapla dah ni...


Terkenang saat2 dia 'belum dapat kaki' dulu.
Dudukla diam2 kat situ, takde nk buat selerak bikin mama dia naik darah.

Gambar lama, sila tatap tanpa prejudis!









TAKDER MASALAH...!


.
Atuk Acan tegur dia panjat rak TV, takut jatuh tertomoih kena bucu rak...
'Takder masalah Atuk...'

Semalam i berleter kat dia, mkn Kit Kat sampai termuntah... kena baju. Sedangkan masatu kami dah kalut nk kuar pegi bukak posa... i sgt pantang bawak anak kuar jenjalan pakai baju comot-comot kena muntah, aiskrim etc...
'Takder masalah Mama...'


Masa tgh bukak posa, ada sorang boboy anak kawan PS dtg nk beramah mesra dgn dia. Masa tu dia tgh dok kelebek kasut pink 15 hengget dia... Boboy ni pon sakan bukak citer pasal kasut raya dia ada lampu lip-lap...
'Takder masalah Abamm...'

.
.
.
.
.
.

Masalahnya nakkkk... kamu paham ker apa yg kamu ckp tu? Tu copy bulat-bulat dari katun translate yg dia dok hadap dari pagi sampai ke malam!

Mulut budakni sekaranggggg...
kekadang rasa mcm nk cubit-cubit jer tau! Cakap sikit, menjawab kemain!
[Mak ayah i cakap - sebijik mcm mulut mak dia masa kecik2 dulu - Sapa la mak budak ni kan?]



Gambar ulang tayang tah berapa juta kali.
Sila tatap sambil melopong mcm dia jugak!








TUKAR SIKIT SAJA


.
Nak-nak rayani memasing dok sakan spring cleaning aka tukar layout belog. Bila i lompat2 masuk belog sana-sini [blog-hopping?] ramai yg dah tukar cat, tukar bunger, tukar gambar etc.

So, i pon nk gakla tukar sikit. Sikit jer. Nak letak gambar sendiri banyak2 kat header or footer i malu... [lagipon i ni besar sgt, takut pecah skrin komputer :P] So, i adjust sikit header kat atas tu... taruk gambar dahulu kala si idung kembang i... Awat letak gambar lama? Sebab malas nk edit gambar baru. Kekekeke...

Anyway, nak habaq mai... esok [Isnin] i dah start cuti. i cuti straight 65 hari hokay. [5 hari i ambik annual leave, 60 hari lagi cuti beranak - walaupon aku sendiri tak tau bila kalanya akuni nak beranak]

Hoooooray!

As long as Kementerian sudah approve i punya cuti, NOTHING ELSE MATTERS.

Sapa2 budak PID yg kena buat project iceAGE tu... [Kalau Nyonya tu baca belog aku, kantoilah!] Sila jgn buat dgn beria-ia okeh! [sebab aku adalah tak buat apa-apa pon lagi!]

Sepanjang minggu terakhir puasani, MR akan bersiaran langsung dari Taman Bayu dan akan cuba update belog ini 5 kali sehari [tudiaaaa... kalau semayang sunat atau baca Quran 5 kali sehari lagi baguih kan!]

Lagi satu, Bizkizz masih beroperasi seperti biasa okeh. Ada promosi flat price RM 10 utk SEMUA BROOCH yg sebelumni berharga lebih dari RM 10 [kecuali Korean Brooch].

Sila kelik-kelik Bizkizz tanpa was-was.



Gambar ulang tayang dgn motif promosi. Sila tatap dengan mata berpinar-pinar.







Sunday, September 13, 2009

MENCAH SI BABYRAZZI


.

Demi nak menenangkan Aisyah yang asyik meronta-ronta nk kuar dari stroller, MR bagi dia main handphone cabuk, sementara PS dok pilih kasut dalam Parkson. Favourite dia bila dpt handphone... pis mama! pis mama! - nak main function camera kat handphone.

Habih gambaq bontot, kaki, kepala SA dalam Parkson tu dia snap.

Kakakkkk... pis kakak!
Abamm... pis abam!
[Bebudak SA tu pon terpaksala ala2 senyum kambing melayan anak haku]

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Gambar Mama yang PERTAMA yang Mencah berjaya snap. Tu pon punyala jenuh nk ajar dia alihkan jari dari lense camera handphone tu. Bak kata Ani Ibu Yasmin, gambar gegar mcm orang sakit Parkinson. Kekekeke...






MAK BESAR, MEMBESAR BAGAI JOHAN


.
Kalau Eynda dan Ira posing depan cermin besau nak tunjuk maxi baru, jeans baru, handbag baru...[and they looks good doing that]


MR pulak, buat pertama kali tangkap gambau depan cermin besau dlm toilet Sunway Piramid untuk tayang 'body baru'... [and i looks so hazab doing that!]
.
.
.
.
.
.


Sila tatap dengan penuh kasihan!


.




SUNWAY PIRAMID


Separuh masa pertama.

.
.
.
.
.
.

Separuh masa kedua.
[Tukar baju sebab basah kena kencing!]


.
.
.
.
.
Masa kecederaan!
[Kedai semua dah tutup, shopping mall dah mula gelap, dah nk dekat pukul 11 mlm]



Jem giler nk kuar dari parking!





SHOGUN SAMURAI


.
Jumaat kan pegi Shogun kat 1 Utama. Takmau citer panjang...

  • 3 kali ligan Aisyah kuar masuk Safe n Sound yang kebetulan selang 2 buah dari situ!
  • Aisyah pecahkan satu pinggan!
  • Aisyah muntah selambak depan kengkawan PS!
  • Bawah meja Aisyah penuh dgn ikan, sushi, buah berterabur - main masak-masak!
  • Baju dan seluar belemoih kena aiskrim!
Dan kesannya, satu hapah tak beli!

Tapi... tapi... tapi... kami 'cari nahas' pulak bawak dia masuk TGV. Tengok 'UP'. Suku masa pertama kemain baik duduk bersandar sambil dok sumbat mkn pop-corn. 10 minit lepas tu... macam-macam jadi. Turun naik tangga, cakap kuat-kuat, gelak kuat-kuat, selamba pegi besosial dgn budak-budak laki yang duduk row jauh ke depan dan sebagainya...




Friday, September 11, 2009

PENGGERAK DANA 16K


.


Bosan dan mengantuk [sangat-sangat!]
So, i explore henfon SE cabuk i. Makanya, terhasillah gambar geli-geleman muslimah sejati.

Sila tatap dengan penuh keimanan.

Tak sabar tunggu pukul 4 ptg - nak merambus balik umah, siap2 nk pi membontot PS bukak poser kat Shogun. Terbayang-bayang di ruang mataku kepelbagaian makanan yang meruntun jiwa.... setahun hanya sekali berpeluang 'menjakun' di sana. Tu pon harap orang belanja.

Nantikan entry berikutnya, 'kemeroyanan' kami melayan kebuasan Mencah di sana...

p/s : Laki i ada hati nk ajak nonton wayang kat 1 Utama pas berbuka nanti. Kalau TGV 1 Utama pecah mlm ni... tak lain tak bukan, Mencah punya pasal la tu...

Sekian.



DI PMC LAGI


.

Sorang-sorang dia pon jadi... dok ulang turun-naik slide tu sampai kami yang tukang tengok ni yang rasa penat.




BELON UDARA PANAS


.

Mencah sgt suka menempek kat perut besar i... lepas penat main, lari turun naik slide, nanti dari jauh dia mai henyak i punya perut! Aiyooo... amma... senak dibuatnya!

Sangat best agaknya duduk dlm perut besar. Sangat spacious, sebab tu si Mencah duduk dlm tu sampai 'terlebih tempoh'. Dan last week, Dr Ratna kata...

'Adik dia ni pon mcm kakaknya jugak. Nak duduk dalam ni lama... Raihan pilihla, nk induce 2,3 hari lepas raya atau seminggu lepas raya....'

Uwaaaaaa.... induce lagi?? Tidakkkk....




Thursday, September 10, 2009

DEMAM US OPEN


.
Sejak kawin dgn PS dan jadi menantu Pak Hassan, MR jadi celik tenis. Dah kenal kebanyakan player2 tenis yang top. Pastu i dah pandai kira markah tenis dan dah paham susur galur permainan tenis. Kalau dulu i selalu berebut remote dgn PS sbb dia asyik nk tengok tenis, tapi skang i dah boleh join dia layan tennis match. Yang terbaru, US Open. Lepas sahur kami laki-bini nganga depan TV layan Astro Supersport. Skang dah nak sampai Semi-Final taww...


I suka Novac Djokovic! [pagi tadi dia menang dgn Verdasco heheheh...]



Kalau pompuan, semestinya si tinggi lampai, cantik bergaya... Maria Sharapova!
[dia ni awal2 dah kalah. Hehehe...]



So, apa motif citer pasal tenis nih?

Pasalnya...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
i beli baju cap hayam ala2 tennis player utk si hidung kembangku Mencah. Hehehe.
Siap ada patung-tah-hape-hape kat baju tu :P

Anakku Aisyah..., oleh sebab mama tak larat nak pi shopping-mopping mcm Makcik Zalia yg sakan shopping baju raya utk Abg Kelip [yerr... Aisyah sebut Abang Kelip], anggaplah baju takde brand ni sebagai baju raya kamu yerrr....

p/s : Sepadan dgn sandal pink RM15 yang i beli haritu kan.... hihihiihi...


TERIMA KASIH NENEK ONAH...


.
Tiap2 malam... kami dibekalkan dgn lauk-pauk sebegini rupa untuk bekalan sahur. Balik Tmn Bayu, MR tinggal masak nasik jer lagi [tu pon kekadang nasik i lembik]
.
.
.
.
.
Tak ingat ini bekalan hari keberapa. Tapi rasanya mingguni punya.

Sayur bayam dan fishball [fav Mencah]
Ikan kerisi goreng bercili
Paru goreng berempah [sedap okeh!]
Tomyam campur
dan
Sebijik mangga manis sebagai pencuci mulut.

Hari-hari lain pon tak kurang hebatnya. Koman2 3 jenis lauk taww.

Bukankah saya ini anak menantu yang paling bertuah dalam donia?


TAK LEMBIK DAH...


.
Usaha tangga kejayaan. Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya.

Kerana itu, MR bangkit dari kekecewaan, dan akhirnya di pagi yang hening tadi... terhasillah...
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Nasik goreng kampung!

Sila beri tepukan gemuruh!

Tidak lagi lembik!
Tidak lagi masin!



Wednesday, September 9, 2009

SYOKNYA JADI BUDAK-BUDAK...


.
Aktiviti lepas teraweh di Taman Bayu - esp. di lorong BP 23.

Dah 2 kali bagi Mencah chance join bebudak Taman ni main [dia tolong tengok jer]. Mujur dia berani2 kucing jer [ada ker perumpamaan mcm ni?] nk main bunga api. Tapi, tiap kali nak ajak dia masuk dlm rumah... hazab giler! Menjerit-jerit tak nak masuk rumah sampai Babah kena dokong.



Dah memang pesen dia, duduk melepap terus atas jalan tu. Tak leh nk buat lagu mana dah... buat mcm rumah sendiri sokmo.

PS yang snap gambar2 ni. Suka i tengok budak-budakni main bunga api ramai-ramai mcm tu. Yang besar dan dah berakal akan tolong tengok adik-adik yang kecik ni main. Semua tak kedekut nk share bunga api memasing.






KEPADA PARA PENGOMEN


.
i kannn... sgt2 menghargai komen2 u olls. Tapi... tapi... tapi... tgn i sgt berat utk mereply komen2 anda. Jangan ada yg terasa hati taww kalau komen2 anda tak berbalas. Semuanya tersemat dihati kecil i taww....

Pastukan, i jugak sgtlah malasnya nk taip komen kat belog u olls. i pegi baca... telek gambar puas2... tapi tgn masih terlalu berat nak menaip sepatah-dua kata. So, jgn ingat i tak follow cerita kat belog u olls tawww....

Kenapa perlu buat entry ini? Terasa terlalu bersalah kepada kawan-kawan blogger yang tak jemu-jemu mencoret di kotak jerit dan kotak komen belog Mencah ni...

Pagini Makcik Rehan adalah terlalu sangap. Terpaksa berhenti di pertengahan perjalanan nk dtg keje tadi dan TIDO dekat sejam kat tepi jalan. Serius! i mengantuk tahap naga sakti peringkat ke-8! Rasa mcm diawang-awangan semasa memandu tadi.

Sampai PID, tengok2 dah ada 2 Ah So tua melanguk tunggu nk masuk PID. Lagila bikin sangap. Pastu datang plak sorang mamat blur suruh i taipkan kerja-apa-tah. Eeeeiii... dgn kepala aku yg tgh weng biol2 ni tak koser la nk ambik upah menaip bagai. Merayu-rayu suh aku taipkan utk dia. No! No! No!

Pastu masuk pulak 2 mamat remaja myspace. Dok bertolak-tolak dgn kawan dia nk masuk tak masuk. Sat2 yg sorangni jerit kat kawan dia - Wey bodo, masuklah! Yang kawan dia kat luar tu pulak dok terjengul-jengul kepala cam burung belatuk. Dok intai2 dari luar. Eeeeiiii... kalau tak kerana akuni bawak perut besor, memang aku dah hamput budak2 ni. Dah masuk, tulis nama - kata nk guna PC. Tapi dokla bersandar kat sofa yg kena taik burung lelayang haritu. Bila aku tanya, ni mai sini nak duduk2 ker nk guna PC?

Pastu mula gelabah tekan suis PC sana-sini! Padehal PC tu memang dah ON siap2 dah. Eeeeiiii... sajer jer bikin haku hangin satu badan pepagini...

Haa.... kan Makcik dah start membebel tak keruan dahh...

Nak balik tidoooo....





UNTUK SI KECIK...


.
Wyra hadiahkan bumper cot ni utk si kecik dalam perut besar i. Terima kasih yang tak terhingga. PS pon senyum lebar masa bitau 'ada brg suami kawan awak kirim tadi'... [memang sohih, kami laki-bini suka brg free :D]

Kak Esah mcm biasa... lenjankan dulu apa segala brg yg ada. Walaupon dah bitau kat dia... ni baby punya, bukan Aisyah punya...

Dulu dia tak merasa ber cot-cot bagai... bagi chance la ekk...


Dari belum bukak posa, sampai la nk abih maghrib dia dok sakan usung bumper cot ni kulu-kilir satu umah. Bila dia leka minum susu, i sorok mender ni barulah dia lupa kejap. Pastu tetiba dia ingat balik.. dia sebut : Nak Hari Rayaaaa!!

Sebab apa dia sebut hari raya? sebab masa i nk ambik kuarkan dari keter, nenek dia umpan dia... [masatu dia tgh membuas memunggah satu umah] nenek kata, tu tengok mama nk ambik baju raya Aisyah dlm keter.... tataulah camana baju raya boleh tukar jadi hari raya...

p/s : Wyra, hang kata kaler pink? Awat jadi biru pulak? Mak tak kisah hokay.... kuning ker, oren ker... kami terima dgn hati dan tangan terbuka - tanpa prejudis! :)


Selingan : Cubaan membuat PEACE oleh Kak Esah!








Tuesday, September 8, 2009

ANAK EMAK, CUCU NENEK


.
Kalau Mak atau Bini dia yang masak.... sampai kuar peluh jantan pon belum tentu depa 2 beranak ni nak hadap mkn dengan penuh nafsu mcm ni.

Kalau Nenek Onah yang masakkkkk..... Maggi pecah telur pon depa hirup sampai tak toleh kiri-kanan! Kecik ati i tawww....




Mencah sampai pejam2 mata layan megi asam laksa. Bihun Hong Kong yang i masak, sampai nk kena tujal2 masuk mulut dia taww. Punyalah segan dia nk bukak mulut.

Iskk... iskkk... kalau zaman dulu-kala, ada yang dah lari masuk batu belah batu bertangkup dah ni. Kekekeke....




HAIR CUT : RAMBUT RAYA MENCAH

.
Sabtu, lepas jumpa Dr Ratna kat PMC, ternampak salun rambut selang 2 buah dari PMC. Terjahhh. Sebab mmg dah lama kami [MR dan Mencah] berkira-kira nk potong rambut. Sebelum masuk, baca dulu harga kat luar. Kalu memahal, tak koser la i.... Tengok harga ok...

Mencah tanak! Jenuhnya nk pujuk. Nak pakaikan alas kat bahu pon dia tepis. Last2 tak yah pakai alas, potong je terus. Mujur tetiba dia nampak belon kat atas meja. Rasuah bagi dia pegang belon tu kejap. Punyalah duduk tak diam. Tapi amoi tu memang pro la buat keje. Zup-zap, zup-zap... siap!






Inilah hasilnya. Kerinting bergulung tu memang tak leh nk tolongla. Udah genetik kekdahnya...




Monday, September 7, 2009

TRIBUTE TO AMY DAN ADRINA


.
2-3 harini MR agak al-poyos sikit. Biasala, naluri Mak Buyung [alasan baekk punya!] Sejak tengok Bihun goreng Hong Kong dan Sambal Tumis Udang yang depa masak, i jadi panas bontot. Jiwaku meronta-ronta nak masak 2 benda tersebut. Maka, terhasillah yang ini... Amy, yang ni ada rupa bihun hang tak???


Tudiaaaa... gambar bihun Hong Kong i berbackgroundkan kad raya yang Amy hantar haritu. PS pon ala2 terkagum tengok i tetiba dapat kad raya lawa camni. Baru dia tau penangan dunia belog. Hehehe.. mcm ada union pulak.


Yang ini adalah bihun versi Amy yang menjadi idola i. Mula2 test power buat nasik goreng lembik, ptg tadi akhirnya terlaksana jugak hajat nk mkn bihun pucat.
Tima kasih bebanyak Amy. Aku puas hati dengan hasilnya walaupun PS buat pandangan jelik kat bihun tu [dia memang tak layan makanan pucat lesi tak bersambal nih!]


Dann... seterusnya, sambal tumis udang-yang-tak-tau-apa-pesen-tah!
Ini adalah untuk sahur pagi nanti. Harini kami tak balik umah Nenek Onah, so i kenalah masak. Sejak terpandang sambal tumis udang Sis Ed kat belog dia, i dah set dlm kelapa otak - udang sejemput dlm freezer tu aku nk masak mcm dialah...

i tak puas hati dengan kalernya. [bab rasa korang jgn tanyala, asal boleh telan sudah!]
Kenapa tak merah gelap macam Sis Ed punya???
Kenapa? Kenapa? Kenapa?


Wowowowo... korang tengok gambar versi idola ni? Giler merembes air liur kan??

Sis,
Pakai cili cap apa?
Udang gred berapa?
Bawang import dari mana?
Minyak masak cap apa?
Apa ramuan rahsia?
Ada baca mentera ka?

Iskk... isk... sesungguhnya i bukan dilahirkan untuk menjadi tukang masak. Jadi tukang makan sajalah nampaknya....









Sunday, September 6, 2009

MENGGORENG NASIK LEMBIK


.

Katup dengan penapis. Penutup kuali yang i beli tersangat besar dari kuali. Tak secocok.


Huhuhuhu.... sebagaimana tajuk, begitulah isinya. Sangat teringin [baca sebagai : Sangat malas masak lauk] nk makan nasi goreng di waktu sahur. So, nasik goreng lebam ini adalah kombinasi tips yang dikutip dari Kakak PS dan Amy Sweetdarling. Takmau guna cili blender, nak buat ala2 bihun Hong Kong yg Amy buat dan Nasik Goreng Kampung yg SIL buat last few days [di mana i mkn dgn sgt byk sekali - tak malu!]


Tapi... tapi... tapi... kalini lah pulaknya nasik yang ku tanak LEMBIK. Dah 2 minggu lebih posa, takde pulak nasik i lembik. Time i ada hajat nk buat nasik goreng, time tulah pulak nasik tu nak lembik.


Ahhh.. lembik tak lembik, adalah tak pedulik! Goreng jugak!


Jadi laguni. Jangan ada sapa2 gatai nk mintak resepi!

Selingan sikit. Dulu i cerita pasal kekecewaan i dgn Periuk nasik Elba hadiah kawin kan? Ni... dah ada periuk nasik baru. Pon hadiah kawin jugak. Tapi yang ni dapat masa kenduri belah MR. Tima kasih kat cousin ipar. Lama periuk ni terperap kat kampung. Masa awal posa haritu kami balik Parit Buntaq, so, i punggah cari periuk ni. Sungguh berjasa si kecik Khind ni di sepanjang Ramadhan. Tanpa periuk nasik karan ni, tatau la apa nasib MR dan PS di kala bersahur. Hehehe.. i kan sgt hazab memasak nasik. Dalam dok guna periuk karan pon dok asyik masak nasik lembik, kalau pakai dapo gas... ???


Gambar periuk nasik berlatarbelakangkan sepapan kopi O Radix. Hehehe. Motif beli sepapan? Support my emak kumpul point HPA dier... Dan kesannya, SEMBELIT memanjangggg.... [bukan salah kopi tu, i memang ratu sembelit]