Pages

Powered By Blogger

Tuesday, March 31, 2009

EARLY BIRTHDAY PRESENT

.

This is the early besday present we bought for her. Redeem itu Jusco voucher rm50 dan Babah tolong top-up sikit. Dia boleh duduk kat meja ni dan tamau bangun-bangun dah. Kita angkat, dia buat berat. Kita tarik tgn, dia berguling2 kat situ (tapi tak nangis!) Ibu bapak mana yang sampai hati tengok anak kecik dia meroyan nak menan kan? Terpaksa gak amik set meja + kusi plastik ni walaupon terpikir camana kita nk sumbat masuk keta kontot tu?

Ini semua gambar masa pagi senin. Sakanla main, mkn, tido, tgok TV, minum susu kat meja ni semedang. Tahan takat pagi tu jer. Ptg sikit dia dah tak heran dah meja ni.... Ewww...geram mama nak...


Tatau dah camana nk bitau Nenek Onah. Dia suka sgt beli jajan mcm ni kat cucu dia ni. So, nk ngelakkan anak aku mkn byk jajan ni... haku yg byk ngap! Abih citer. Kang nk sound lagi kang...panjang citer lak kan.





Lepas mandi, pakaikan baju, tak nyempat2 nk sikat rambut. Terus nk main kat meja.


p/s : Gambor sayup2 ala bunian pepaham jerla. Pakai henpon cap ayam.




KITCHEN CABINET

.
Hasil buruan setelah 2,3 bulan menempek kat memacam jenis showroom. Sketched by Vincent berdasarkan imaginasi suami saya. Saya sedang sibuk mencebuk berak Mencah dikala mereka sedang melukis. (Anak akuni, mana2 pegi mesti tinggal 'tanda')

I am okay with this design as long as within my ciput bajet. Hahaha... Gambar kitchen cabinet original depa tak bagi aku snap, yg ada hanya sketch setelah ditokok tambah dan diadjust sana sini oleh Babah Mencah.

**klik to enlarge**


I tak berani nk rekemen kat sapa2 lagi selagi mender ni tak terpasang di depan mata. Lepas I test drive dan tengok performance mcm mana, kalau OK nnt saya kepochi kat sini. All I can say.... memang sgt murah sbb stockni adalah balance dari unit-unit kondo yang mana buyernya tak jadi nk ambik sedangkan depa dah bayar 40% deposit. So, basically Im paying 40% less than normal price. OK tak? baik korang cakap OK... aku dh bayar ni. Huhuhu....











CUTI-CUTI SAKIT


.
Semalam Monday kami laki bini 'tupor' kat umah. Saya demam, selsema dan batuk kong-kong sampai ala2 nk hilang suara. Babah Mencah sakit mata (jeles siot, dia dpt MC sampai 2 hari). Pagi dlm kol 10 masa nk pi klinik panel, saya cakap siap2 kat hubby, nk suh doktor check tengok saya ada athma ke tak. Abg jgn terkujat lak kalau tetiba doktor kata bini abg ni ada athma. Hehehe...

Mula2 doktor check dia dulu. Bila saya dengar jer doktor bagi dia MC 2 hari, saya pon ala2 berdoa semoga dpt MC 2 hari jugek! keh keh keh...

So, lepas doktor check saya punya demam, batuk, tekak segala... saya pon ckp... doktor, saya ni ada symptom2 athma ker? Malam2 saya selalu susah nk nafas sbb blocked nose. Phlegm saya byk.

Doktor kata TAKDE. You takde wheezing sound pon. Semua tu sbb flu yg teruk sangat. Plus your sinus. Avoid icy drinks and fried foods, Minum air suam byk2. Kumur dgn air garam. BP pon ok. Tapi I tak leh bagi antibiotik sbb u tgh preggy. Ohhh....Alhamdulillah. Sgt lah happy sbb mender yg paling saya takut tidak berlaku. Baik doktor, saya akan ikut ckp doktor. Hehehe....
Ala wei...dpt MC sehari jerk la... huhuhu...

Anyway, kenapa kesihatan kami laki bini begitu merudum minggu lepas? Sebabnya, weekend kami dipenuhi dgn aktiviti merentas desa seperti berikut:

  1. Pegi 1 Utama ambik brg umah. Masa nk balik, kami berhujan sbb nk adjust brg yg besar gedabak (plus hadiah besday Mencah!) dlm keter kontot saya. Uwaaaa....kenapala kita tak bawak si Merah tu bang.... Tertonggeng-tonggeng kami laki bini dlm hujan yang makin melebat nk adjust masukkan hud dan hob yang sungguhhhh besaq gedabak! (parking depan Jusco Home Centre is uncovered BTW) Dengan carseat Aisyah, stroller dia... silalah bayangin yer kawan-kawan. Hazab tak hengat!

  2. Kami ke Subang utk finalizekan design and material kitchen kabinet. Kenapa pergi sejauh itu? Sebab setelah berbulan-bulan kami usha sana sini, situ jer yg paling murah dan berada dlm lingkungan bajet Makcik Rehan. Tempat kami pegi tu adalah bukan showroom yer kawan-kawan. Sebaliknya adalah factory dimana opis keciknya adalah di tingkat atas kilang tersebut. (Skang anda tahu sebab apa murah kan...) Habuk toksah tanya la... even kat opis tingkat atas tu pon... semua surface berabuk! Lagila bertambah teruk saya punya sinus. Aisyah pulak sampai 2,3 kali kena wipe tgn dan kaki dia dgn wet tisue sbb satu badan kena habuk. Tau jerlah budak ni... mana dia singgah, semua jadi rumah kedua dia kan. Siap main kejar2, nyorok2 dgn anak sapa ntah (customer lain).

  3. Setel kat Subang, berdesup plak pegi HUKM nk visit adik laki saya yang bininya baru bersalin. Kesian pulak kalau tak jengah tengok, dah la mak ayah saya pon tak dpt datang kan. Lagipun, lepas kuar sepital, depa nk terus balik Teluk Intan (berpantang kat sana). So, dlm hujan lebat, kami telah sesat barat nk ke sana. Bukan saya tak penah pi area sana...berkali-kali dah jalan area Cheras nun dan HUKM tu pon aku dah penah pi. Tapi sejak dh kawin ni, memang aku ada masalah short term memory betulla. Boleh terlepas sampai ke plaza phoenix! Nasib baik aku tak sampai Kajang terus. Huhuhu... Sampai sepital lagi 15 minit nk abih waktu melawat. Redah hujan lagi...pasal adik aku suh naik jugak. Mula2 ingat nk jumpa dia kat bawah jer kejap pasal leceh nk usung Aisyah dlm hujan. Masuklak wad yang beraircond. Makin mantaplah aku punya demam dan batuk.

Soon to be named Ahmad Syahmie - 2.5 kg via ceaserian. He got his daddy's face!


Enuff for now. Nanti masuk opis sambung entry baru.


Nota : tupor (bahasa org Perak) = terbaring





Monday, March 30, 2009

TOM TOM BAK


.

Ini adalah scheduled entry yg saya pon tatau bila dia akan kuar. Main bedal jer letak date. Layannn....

Saya sungguh tak ada kerja hari ini (bukan tak ada kerja, tapi malas adanya hehehe) Sapa suh student2 I tak tunjuk muka. hehehe...(gelak lagi)

Harini Makcik Rehan ala2 sibuk nk jaga umahtangga org. Dok sibuk skodeng anak-bini org. I nk google mender lain, tapi terjumpa plak pasal depa 3 beranak ni. Suri ni comel kan. Alahh... anak I Mencah lagik comel! Muahahaha....

Gambar2 ni i skodeng dari SINI

Kalo tak silap haku, boboy kat depan tu anak Bechkam yg sulung.





Wahh... i loike this picha. Pegi vacation very the stylo mylo gittew...



Tak hazabb ker Katie, ko pakai boots tinggi mcm tu dokong anak?
Oppps.... lupa, ko selim melim, aku ni buntal. Memangla hazab kann?









Saturday, March 28, 2009

SERIOUS NOTES TO MYSELF


.

This is just another rubbish entry in Bahasa Amerika. Yes, grammar errors are everywhere and some sentences might sound as stupid as karangan budak UPSR. But I dont care. Writing this in English, give better impact to myself (on the contents). Thank you.

I need to pay extra attention to myself (read as health condition). I am now 13 weeks preggy and started to feel the differences of this one with the previous one. Considering of another 35 weeks (plus, minus) to go and the probabilities of the unexpected things that might turn up within that time, I have to seriously take care of myself now.

Last nite, I had my 1st cramp (tarik mengkarung). And it was way too early for me. Last time, I had it for the 1st time when I was in my 2nd trimester - abt 5 to 6 months of pregnancy. This is a bad sign - im not taking enough calcium (milk) and eating too much of unhealthy food (junkies and fatties) and not forgetting - i skipped most of the maternal vitamins and supplements. My leg and ankle hurts that make me a bit 'unsteady' to walk. Despite this 'unsteadiness', today we (3 of us) managed to collect (and buy) some stuffs at 1 Utama. And Aisyah got her advance birthday presents from her mom and dad today! - I'll blog about it later.

My breathing difficulties due to phlegm (or mucus?) is getting worse. My sinus (resdung) is another nightmare. My nose always blocked. And today, I started to cough; accompanied with dry and itchy throat. I have to change my face towels everyday and carry it everywhere (which i use to wipe and blow my nose after each sneezings) All these, combine with my super-obese weight is just a complete reason for me to consider for a serious medication and/or consultation. (Note : My dad and my late grandma got their athma at about my age now!) Even worse, grandma got her severe athma attack (several times) during her last pregnancy. Scary huh?

With the pressure and changes that we faced each day, I need to learn to relax and cool down and see things as it is. I survived successfully in this 3 years and it is just another few more months (or hopefully weeks) to go. Stop expecting and stop feeling guilty of things that I am supposed and used to do. Lets just hope that the basic things runs smoothly. Remember, that time is to be celebrated in my most 'fittest' condition; so don't let this 2 months chaos spoil it!

Drinks more plain water. Stop dropping-by at gerai Makcik Simpang for her tempting goreng pisang and juicy air tebu. Bathe as soon as u got home (in the evening) and if u didnt manage to do so by 7 pm, dont bother to take bath. Night bath is bad for my body. Stop drinking coffee, nescafe or tea. Just stick to your chocolate milk. (I had constipation for 4 days in a row!)

Be more selective of your food intake. No cabbage, no pulut, no icy drinks, and the list going on and on... Cut your gulai, fatty, sugar, salt, chicken and meat intake. (Anyway, I just had cucur kucai with cabbage this afternoon and now my whole body is aching!) Sleep early and wake-up early. Remember : The early birds catches the worms!

Should re-start reading Quran by now, practicing those good surah and ayat. Pray a lot. Perform solat as soon as masuk waktu. Note : Procrastinating is a thief of time! Beware of what u said. No more maki hamun and those dirty words. If you cant cope with the laziness, focus on how to minimize the effect of it. Or dont bother at all. heh!

There are always ups and downs, positives and negatives, success and failures, yes and no in our life. Just let everything flow. And go with the flow!


The end.


Friday, March 27, 2009

SUAMI I BOROI TAPI TETAP HENSEM! CEWAHHH....


.
Sempena hari Jumaat yg mulia ni kan..saya dah bertaubat taww... tamau dah buat entry kijam pasal suami saya taww... (sila jgn tanya apa yg suami saya bagi mlm tadi sampai saya begitu tawadhu' hari ini yer...)

Ehemmm.... saper kata i gaduh dgn suami i... tak betul taww... ini buktinya. Suami i fwd emel 'manja+pedas' ni kat i pagi ni... hiks

*******************************************************

p/s : kalau mls nk baca pjg2, baca yg i highlight tu jer...
kaler oren = email asal
kaler merah = Makcik Rehan yang tambah

Suami boroi tanda bahagia?
SAYA ada membaca satu artikel di dalam akhbar baru-baru ini mengenai isu suami boroi. Dalam ulasan artikel berkenaan seolah menceritakan bahawa suami yang boroi menandakan mereka sangat bahagia hidup berumah tangga. Saya berkahwin 3 tahun lalu, dan mempunyai seorang cahaya mata. Di awal perkahwinan suami saya berbadan kurus dengan berat lebih kurang 59 kilogram dan berperut leper. Namun setelah 3 tahun berkahwin beratnya mencecah 72 kilogram dan perutnya sudah mula membuncit seperti wanita mengandung 3-4 bulan. Namun dia masih sihat dan tidak dirundung penyakit. Jika benar artikel berkenaan, benarkah perut suami saya yang buncit itu tanda dia amat bahagia hidup berumah tangga dengan saya?

ISTERI BAHAGIA,
Hulu Langat.

************************************************

Nak gelak guling aku baca emel ni taww....


Kita tengok apa jawapan pakar 'motibasi'. Baca yang i highlight jer senang.

*************************************************

Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumahtangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumah.----> Malangnya suami saya mendapat bini yg sgt MALAS turun dapo. Sib baik ada Nenek Onah...wakakaka.... Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan.

Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga.----> Errmmm..minat tu ada, tapi i alergic nk turun dapo..hehehe... Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali,periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak begitu. ---> ini adalah sgt benar! Buktinya adalah Makcik Rehan sendiri...memasaknya haremm...tapi set pinggan mangkuk hayun kemainnn... Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka.

Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain - boroi. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit. ---> Ishhh..suami i kurus tau... at least kuruslah dari i .... muehehehe

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. ---> Oleh itu marilah kita pakat-pakat memboroikan suami kita... Mungkin anda terperanjat sekarang, namun itulah hakikatnya.

Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga. ---> satu lagi alasan utk kita memboroikan suami kita kawan-kawann...

********************************************************

okehh... bahagian berikut tak baper sedap sikit..huhuhu...

********************************************************

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula jemu atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. ----> Ewww...seram nyah! Jadi awas dengan penampilan anda.

Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin bulat atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang
mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup.

Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan. Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi.

Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk---> kalau zaman skang, botox la kekdahnya ekk... untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.

Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berberut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga.


**********************************************

Haaa... tengok... betapa mulianya pompuan-pompuan mcm kita ni kan. Suami boroi mcm perut nk meletup pon kita sayang jugak kan. Alah bang, apa sgtla kami ni montel sesikit tu... kang kuwos cam papan abg kata plywood plak.... terimalah kami seadanya sebagaimana kami menerima suami-suami kami seadanya. Kekekeke....

Nota : Ada explaination dari segi seksologi jugak. Tapi i malas nk tepek kat sini. So, bahagian itu telah diedit. Tak susuwei utk bacaan Mencah yg blom cukup umo. Ahaks...


Happy weekend olls!




Thursday, March 26, 2009

KENA LAGI


.
Haritu dh kena sekali masa kat Cash Dep. Machine Maybank. Makcik Rehan mamun tak cukup tido agaknya...salah tekan nombor akaun nk bayo kredit kad. Tah nombor sapa-sapa yg aku tekan. Jenuh la nk buat report, follow-up bagaiii....

Sat tadi...jadi lagi sekali. Ewww..... byk dosa kat laki la nih (tula, entry 2-3 menjak ni ala2 fire laki sundrik kann) Tadi Cash Dep. Machine kat CIMB plak mogok. Elok jer haku masukkan duit (nk bayo duit keta kontot) tetiba mesin tu tulis : URUSNIAGA ANDA SEDANG DIPROSES. Punyaaaaa la lamaaaa dia proses duit I yg berjuta-juta dlm tu...

Last2 terpaksa gak buat muka sememeh, gamit kat peon (memandai aku panggil dia peon) CIMB tu. Sib baiklah budak ni sgt pandai mengambil hati Makcik Rehan. So, I pon tak jadi nk marah-marah. Kami tunggu punya tunggu punya tunggu, tetiba mesin tu tulis camni plak : THIS MACHINE IS TEMPORARILY OUT OF SERVICE.

Ewwww... duit I ada dlm mesin tu hokkay. Resit apa bagai semua stuck. So, terpaksa la isi borang report, bagi IC, bagi alamat, bagi no phone (kalau I single lagi bestla jugak..boleh buat stok geli-geli gittew)

Pastu mat Peon ni pass I kat pegawai busat dia. Pegawai dia pon dgn penuh budi bahasa menerangkan kepada I gini...gini...gini....

Nak cakap apa lagi kan... angguk jerla. Tunggulah lagi 3 hari sampai payment tu di clearkan. Kalau tak clear jugak, kenalah calling-calling sana-sini. Harap-harap tukang tarik keta tak call mintak hutang keta bulan ni dlm masa 3 hari ini. Kalau depa call jugakkk.... siaplah kena maki dgn Makcik Rehan.

Anyway, ibuk-ibuk sekalian... I beli ni utk Mencah. I semekin la bulan ni. Beli mainan berharga rm8 shj. Nak pegi Mattel tak kesampaian....uhukkkk....


Ingatkan bunyi dia nyaring mcm dlm iklan TV. Ewww..... mcm music box nk abih bateri jer bunyik nyer. Itu belum lagi kena usung kehulu-kehilir dek Mencah karang. Bak kata Atuk Acan, jangka hayat mainan dia paling lama adalah 2 hari. Paling cepat, 2 minit!



SUKA TAPI TAK SUKA


.


Suka sbb gaji saya yang sungguh 'lumayan' sudah masuk semalam,
Tapi tak suka sbb hari ini saya akan jadi 'semekin' balik sbb kena bayar hutang piutang keliling buah pinggang....

Suka sbb saya boleh buat online banking di hujung jari,
Tapi tak suka sbb kemudiannya selalu wujud masalah-masalah sampingan eg. transaction float lama sgt, bank itu tak terima payment bank ini, transaction kena tendang dan kita tak sedar dh kena tendang sampailah bank call mintak hutang, salah key-in account number (teruknya haku!) dan lain-lain lagi...


Suka sbb bila dapat gaji boleh pikir macam-macam nak dibeli,
Tapi tak suka sbb akhirnya brg yang dibeli tu semua Mencah yang punya! uwaaaa.... diapers, susu, baju-bajan, toys ... abih duit mama...!


BTW, Zell jom pegi Mattel Warehouse Sale esok! keh keh keh....











SCHEDULED OUTAGE AT 4 PM TODAY


.

I got these below message when I logged-in to my blogspot just now. Did you guys got the same message? Suspen jap haku... kang dibuatnya 'disable' selama-lamanya... uwaaa..meroyan haku taww...

Blogger Status

Tuesday, March 24, 2009

Blogger will be unavailable Wednesday (3/25) at 4:00PM PDT for about 10 minutes for maintenance.

Update: This maintenance has been moved to tomorrow, Thursday (3/26), at 4:00PM PDT.
Posted by Jessica at 15:12 PDT



Wednesday, March 25, 2009

WHEN WIFE LEAVES THE CHILD TO HUSBAND...

.
Intan forwarded to me this email. Hangin I ada sikit baik harini. Sambil ngaja 2 org Ah So register e-mail, i did this! Muehehehe.... jgn marah ye bang... hehehe...



Yg ni memang selaluuuuu berlaku. Jangan kata tinggal sehari, tinggal sekejap pi iron baju kat atas pon... turun bawah, tengok-tengok anak aku jadi camni. Hazabb nk mengemop lantai, nk memandikan budak, nk menyental kain baju.... uwaaaa




Blom pernah berlaku. Tapi kalau jumpa dia dlm besen bilik air dah selalu jugakla. Ala2 tgh memberus lantai bilik air kekdahnya....





Hehehe... yg ni pon selalu. Tapi Babah kan sempoiii... tarak hal la kalau setakat kena tempias sesikit mcm ni kan Babah....






Yang ni yg paling hazabbbb.... Agak-agaknya dah kuar adik dia nnt, jadi mcm ni tak? Skangni pon dah ada talent dah. Pantang nampak buku, kertas mesti mintak pisil..pisil... nak tuwisss...nak tuwisss...


Nota kaki : Apsal entry MR 2-3 menjak ni byk nau mengenakan babah Mencah ekk.. Hehehe... redha jerlah bang ekk...






.





Tuesday, March 24, 2009

SHORT NOTE

.
After (many times) editing and proof reading, this is what's left :

I am not happy with the current situation. And, its getting unbearable.
I am comforting myself that it is just your mood swing.


I had my biggest migraine attack last night (after 15 years!). These few nights, I had breathing difficulties. Serious, no joke.


How I wish Mak and Ayah is here. How I wish I had a ..... oh better keep my mouth shut.


I am still ... comforting myself that I am not depressed. It is just the preggy thingy ....


Can I say something that may sound really harsh? Oh god... I have to...

Dear lovely mommies, please think twice before getting pregnant again. Enaugh said. Im off for now.






NASIB BAIK MAMA SAYA LAGI BIJAK

.
Sambungan dari entry BABAH SAYA YANG BIJAKSANA...

Esok paginya kami 3 beranak kuar jenjalan ke Mid Valley. Babah ajak pegi expo apekemendentah kat Mid Valley pasal kelengkapan rumah. Dlm kereta, utk 'mendamaikan' co-pilot wajib ada sebotol susu. Tapi pagi tu still takde stok Susta kat kedai2 dan mini market disekitar rumah. Mujur Mama Mencah sgt bijak. Beli Vitagen dulu. Heh, berjaya menenangkan situasi.

Sampai kat Mid Valley, pow sebijik belon kat booth wimax (coverage depa blom sampai Rawang lorrr) dan si kecik ni berjaya ditenangkan buat kali kedua. Tengok... kan Mama Mencah sgt bijak kan..??

Lepastu pegi mkn kat Kenny Rogers. Order makaroni cheese utk si kecik. Yesss, selamat lagi. Si kecik sgt hantu cheese. Wahh...mama semakin bijak!

Keluar dari Kenny Rogers, keadaan semakin genting. susuuuu! susuuuuu!

So, Mama Mencah terus berdesup masuk Carrefour dan merembat sekotak Sustagen Junior Vanilla dan berdesup cari parking kat depan ATM machine. While Babah tgh draw money, sebotol susu Mencah siap disediakan. Hehehe....

Sapa2 yang ada kat sekitar ATM machine Carrefour tu mesti terkebil-kebil tengok sorang mak budak dgn gigihnya mengoyak kotak susu sambil cuba menenangkan anaknya yang tak sabar-sabar nk menyusu. Adoihhh... sungguh hazabbbb.....

Takmo cerita episod2 sampingan sebelum kami balik rumah. Aisyah sgt buat perangai sampai saya rasa mcm nk menangis melayan kebuasan dia.

Balik rumah, I told Nenek Onah utk mix kan susu Anmum yang plain tu dgn Susta Vanilla everytime nk buat susu utk Mencah. Yesss... Mama Mencah memanggg bijak!

Tamatlah episod susu kali ini.

Nota kaki utk para suami : Lain kali nk beli susu usha betul2. Dan kalau agak2 nk test brand baru, hagak-hagak la sikit nk membeli. Carik la hok kecik dulu banggg. Bantai terus twin pack..kan dah kantoi. Sib baik para isteri kebanyakannya lebih bijak dari para suami. Muahahahaha.....



Monday, March 23, 2009

BABAH SAYA YANG BIJAKSANA

.

Malam yang paling melucukan utk kami laki bini. Dan paling sengsara untuk anak kami, Aisyah.

Start dari Khamis minggu lepas, kami laki bini meroyan mencari stok susu Sustagen 1+ (Vanilla) utk Aisyah. Di Pekan Rasa tadak stok. Di Rawang juga tadak stok. Yang ada hanya perisa coklat dan madu. Mak Pak dia degil, tanak beli Enfa (mahal siot!)


Ini susunya. Sejak 2,3 minggu ni kami gilir2 bagi dia susu Enfa dan Susta. Time kaya bagi Enfa. Time hazab bagi Susta. (sengih) Fair enaugh kata Babah - same manufacturer, same flavour but one is cheaper.

Jumaat lepas balik kerja, saya sms Babah dia : Susu anak dah genting sgt, nak buat sebotol pon dah tak cukup. Balik ni WAJIB beli.

So, here comes the very bijaksana of Babah Mencah. Balik kerja pukul 7 mlm bersama twin pack of this susu....


Anmum Essential 1+ Plain Flavour! (diulangi... twin pack yer kawan-kawan)

Aisyah sgt excited! Choo chooo...... she said. Dia ingat Babah dia beli mainan ketapi sbb gambar kat kotak tu ada budak tgh main ketapi kayu. Tergedik-gedik dia bawak kotak tu kat mak dia and said : bukak! bukak! choo chooo....

*chooo chooo = ketapi

Jenuh nk explain kat dia... ni bukan choo chooo... ni susu. Dia geleng. Bukak! bukak! Saya sengih kat Babah dia yg bijak tu. Kalau kotak susu Sustagen memang dia kenal. Nampak kotak jer dia sebut - susu.

Nak puaskan hati anak, saya bukak jugaklah. Sambil ckp kat suami - kenapa beli Plain Flavour? Walaupun different brand, but at least kalau beli same flavour maybe dia tak kisah.

Suami saya yang bijaksana jawab - Alahhh... dia tak kisah punya. As long susu mesti dia bedal.

OK, kita tengok sapa yang kena!

Pukul 9 mlm as usual, si puteri hidung kepek dah melelong-lelong mengantuk. Bawak naik atas, buatkan sebotol susu Anmum Essential Plain Flavour. Baru suap masuk mulut, terus dia luah puting botol. Dia hulurkan balik botol tu kat saya sambil geleng kepala.

Lompat turun dari katil, membuas, memunggah dan ala2 memberontak sbb tak dpt susu yang dia biasa minum. Jenuh pujuk. Suap, luah. Suap, luah. Sambil geleng kepala.

Saya ckp kat Aisyah - jgn marah mama, tanya Babah kenapa dia beli susu ni.

Babah tak kuasa nk layan. Take it or leave it. Amboiii.... bijaknyer Babah.
Saya bukak penutup botol tu...hulur kat Babah. Cuba cium, bau sedap tak?

Muahahahaha.... bau susu plain sgt berbeza dgn susu perisa vanilla yang Aisyah biasa minum. Barula Babah dia sengih2 kerang busuk. Maaf ckp, baunya memang meloyakan.

Pujuk lagi ajak naik atas katil dgn bermacam-macam kata-kata manis. Aisyah baring, saya hulur lagi botol susu kat mulut dia. Tiba-tiba Aisyah luah botol tu sambil berkata : Kupi!

kah! kah! kah! kah! kah! kah!
Mujur tak reban katil tu kami laki bini gelak sampai kuar air mata!

Yes, Aisyah memang biasa minum kopi. Tiap kali mengandung saya penggemar kopi O. Bila saya minum dia mesti dtg mengendeng dan saya akan bagi dia sip some of it. Lepastu dia akan buat muka kelat dan said - Kupi! dan tak akan mintak lagi.

Mungkin bagi dia...susu plain flavour ni adalah sgt tidak sedap dan hazab mcm air kopi kelat yg mama selalu minum tu.

Saya ckp kat suami. Baik abg turun bawah ambik susu coklat mama, kita campur sikit kat susu plain ni bagi hilang bau yg tak sedap. So, babah yang bijaksana terpaksa akur dan terpaksa angkat montot dan turun bawah ambik susu coklat.

Saya pujuk2 Aisyah (by this time dia dah mula menangis. Sgt kesian!) Sejurus selepas dpt susu campur coklat, Aisyah terus barai sampai pagi! Hahahaha....

Anyway, susu coklat tu pon tak abis dia minum. Separuh botol kecik pon tak sampai....


Bersambung dgn entry baru bertajuk : NASIB BAIK MAMA SAYA LAGI BIJAK...

hehehehe....




Sunday, March 22, 2009

ENTRY HUJUNG MINGGU

.
Award from Noy. Thanks!









Thursday, March 19, 2009

DULU DAN SEKARANG

.
Saya sungguh hazab dan jahil nk menggodek menatang fesbuk nih. Sampai skang saya tatau macamana org boleh 'tag' kan gambar kat kita. Gambar2 ni takde dlm simpanan saya, tiba2 kawan lama dari opis lama 'tag' gambar zaman tuk kaduk ni kat fesbuk saya. Haruslah di tayang kat sini kekdahnya.... wakakaka...

Saya dan Watie. Saya rasa sangat 'glow in the dark' dlm gambar ini. Wakakakaka....
p/s : baju kebaya tu, nk masuk pergelangan tgn pon dah tak lepas! uwaaaaaa




Erma, kak lupa nama, liza, jas, sayer, kelly, watie.




Water rafting kat sungai padas. Viva Makcik Rehan! Mcm tak percaya tawww.... rakit kami siap terbalik dan saya tertelan bergelen-gelen air sungai padas! Bila masing2 dah berjaya naik balik dlm rakit, semua dok ckp..mcm tak percaya kita hidup lagi. Huaaa.....




Dan ini pulak gambar terbaru Makcik Rehan dan Zalia masa kat Penang baru-baruni. Muahahaha... member kami kata sebijik mcm bonzer kelab! kijam...kijam...


.





MOOD SWING?

.
2-3 harini saya rasa hangin satu badan. Rasa bosan dan menyampah dgn persekitaran. Rasa nak cari mangsa lepaskan geram.

Nak masam muka.
Nak marah.
Nak meragam.
Nak diam.
Nak menangis.

Adakah pembawakan budak? Tidakk...!! asyik2 nk salahkan budak dlm perut. Dah mak dia yg hangin satu badan.






Tuesday, March 17, 2009

SCHEDULE

.
Boleh pulak Makcik Rehan terlelap-lelap masa drive nk mai kerja pagi tadi. Melelong-lelong bawak keta. Mlm tadi tido awal dah rasanya. Tapi byk kali terjaga. Aisyah skang asyik ngigau time tido. Tu blom campur dia melalak mintak susu. Babah dia buat kering sekering-keringnya. Mak diaaaa la jugak kena hangkat montot bancuh susu. Eiiii...rasa cam nk buat jadual lak biar sama2 kena.

Waras tak kalau buat camni :
-Kalau mama dah mandikan Aisyah, kalau Aisyah yayak babah kena basuh.
-Kalau mama dah buatkan susu Aisyah sekali, next susu babah lak kena buatkan.
-Kalau babah tgh tgok bola, mama teman Aisyah main.
-Kalau mama penat nk tido, babah lak teman Aisyah main.
-Kalau babah nk kuar lepak, sila bawak Aisyah sama. Kalau tidak..esoknya mama plak lepak sampai subuh! Muahahaha...kijam..kijam...





Monday, March 16, 2009

ANUGERAH

.
Ada 2 org bagi saya anugerah ini. Terima kasih....
Maaf yer..lampat pi pungut pingat2 ni...hehe.













BUKAN MENGIDAM

.
Yang ini....,



atau ini...,



atau yg gini...??



Saja carik pasal! Muahahaha......







Friday, March 13, 2009

BUKU MERAH

.

Sebenarnya saya malas sgt2 ni, tapi kena tulis jugaklah. Kalau tak tulis sekarang, kompom sampai bila2 pon tak tertulis. Semlm, suami paksa ajak pi bukak buku merah utk adik Mencah. Semalam saya cuti. Ingatkan nk berguling mcm ular sawa jer kat umah sepanjang hari. Pagi2 lagi saya hangkut Mencah pegi Klinik Desa Kg Kenanga. Saja jer bawak dia, bagi dia recall balik lah kununnya. Dulu masa dia dlm perut, kat situlah juga tempatnya. (Eleh, mcm lah budak ni paham sgt ponnn...) Naik keta asing2 (sama mcm Mencah dulu) sbb suami akan masuk opis lepas tu.

Anak saya tersangatlah 'mesra perdana' dan buat klinik tu mcm rumah kedua dia. Elok jer saya sudah celup kertas UPT dlm botol, tiba2 dia selak kain bidai toilet tu dan tersengih2 menegur saya : Mama!

Mujurlah masa tu mak kau tak separuh bogel nakkkkk.....! Tergezut hippo kejap Makcik Rehan taww. Yang laki aku ni boleh biar pulak anak dia bermaharajalela kat klinik tu. Eeeiiii... kalaula bini org lain yg diselaknya, tak ke haru?

Bila misi dok sibuk isikan buku merah sambil cek darah & BP, Mencah mai mengendeng kat saya sambil dok sakan turun naik alat penimbang yang dh hazab tuh. Eeeeii..risau lak haku kalau tetiba mesin timbang tu rosak. Naya nk mengganti! Last2 misi tu sound dia : Mai misi cucuk dia nak?! Haa..terus kecut perut seminit. Seminit jer... lepas tu dia kembali ke sifat azali dia. Huhu...





Hat yang kaler pink muda dan belum terkelepek tu adik Mencah punya. Hat yang pink kuat, kusam, bertelinga mcm kertas balut belacan..paham2 jerlah sapa yg punya kan...

Oleh sebab berat MR melampaui batas (80 kg over) makanya MR dpt sticker hijau terus. Hehe. Masa Mencah dulu dh 5-6 bulan baru dpt sticker hijau dan Jumaat minggu depan kena pi buat GSTT (Glucose Test) kat Sepital Rawang. Eeeeeiii...mencik sgt2! Bukan mencik nk buat GSTT tu...mencik nk ke Sepital Rawang tulah. Terbayang dah..betapa hazabnya nk beratur kat sepital yg kemain ramai ummat tu.

Takpalah, setelkan cepat2 hal buku merah nih, bukak buku buat syarat. Kalau takde buku merah kang payah lak nk terberanak kat sepital gomen. Dah namanya gomen servant kan.. nnt leh gak pakai GL kan. Baby kedua ni saya dah ala2 mengada-ngada request kat suami nk banak kat swasta. Mencah dulu kan tak merasa..sbb tiba2 overdue lah, baby tak engage lah, nk kena operate lah bla..bla... bukanlah sepital gomen tu tak bagus, tapi kalau swasta ni, org kata bolehlah kita mengada-ngada sikit kan? Ahakss... itu yg i suker tu.... hehehe...

Eh, stop kejap. Nk terkencing sgt2 dah ni....

OK sambung lagi sikit.

Lepas setel kat klinik, saya heret Aisyah pegi TM Point. Suami suruh mengamuk komplen kat TM pasal streamyx yg makin hamsap kat umah. Sebetulnya saya dah terlalu amat jarang online di rumah. So, tahap kemarahan saya tak berapa membara mcm dulu. Hehehe. Suami plak yg bengang sbb pagi2 dia tak leh cek livescore (result bola). Tiap2 pagi suami saya membebel manja kat line internet yg hamsap tu sbb takleh nk view result bola mlm tadi.

Pendekkan citer... saya mau terminate account streamyx. Tapi mak aii...cancellation feesnya sgtlah mencekik darah. Akaun saya akan tamat Ogos thn ini. sekarang baru Mac. So, cancellation feesnya adalah saya kena bayar monthly fees sampai saya abis contract. 6 bulan X rm 77 = rm462. Alangkah siot!

Instead, saya isi borang komplen as usual. Malas nk bertekak lebih2 dgn bebudak kaunter tu. Dahla Aisyah dok sakan membuas tido, baring, berguling kat sofa merah tu. Dlm kol 10.30 pagi, kami dah berada kat umah dan Aisyah pon dah siap mandi. Bersedia utk layan tepuk! tepuk! tepuk!

Dan Makcik Rehan pon dah bersedia utk berguling mcm ular sawa buntal!

Sekiannnnn.....






PLAIN LAZY


.

Makcik Rehan semakin malas.... malas segala malas.






Happy weekend olls.


Sekian.




Thursday, March 5, 2009

FROM PENANG WITH LOVE

Me and Zalia


Makcik Rehan ada kursus kt Penang dr 5-8 Mac. Abihla tilam hotel tu lunyai kena henyak dgn 2 mak dugong ni. Hehe.


Sent via SE Mobile.


.

KERINTING

.

Sebelum ni lagi la merambu-rambu rambut dia. 2 minggu lepas Nenek Onah suruh bibik sebelah rumah tolong potongkan. Rambut kerinting bergulung dan kering mcm ni jgn harap nk berpesen-pesen. Trim biasa jer.





Ingat tak watak A-Mamud? Sama kan sikit-sikit... Muahahaha....



Maafkan mama nakkk......





Wednesday, March 4, 2009

MAKIN BESAR BUDAKNYA...

.

Makin kembang hidungnya!
Jelas nyata dari pandangan depan.



Juga dari pandangan sisi. Hehehe....


Nota : Budak tu dah malas nk layan mama asik snap gambau jer.




Tuesday, March 3, 2009

KAK GAYAH

.

Lama MR tak buat entry gossip makcik Simpang kan... Ini kisah benar. Belum tersiar dimana-mana ruangan Cik Seri Siantan hokkay.

Kak Gayah selamba rock habis. Saya senang deal dgn dia. Semlm dia dtg PID, kami borak2. Saya ajak dia join kursus kat Penang hujung mingguni. Bukan nk cerita pasal kursus, nak citer pasal Kak Gayah dan cawangan-cawangannya. Mcm ni...

Semlm Kak Gayah dtg dgn budak pompuan comel (tadika atau darjah 1 - tak pasti) Bulu mata dia melentik. Saya ingat ank buah dia yang duduk Penang sbb muka mcm ank mami. Kak Gayah senyum2 bila saya tanya. Ia pon tidak, geleng pon tidak. Saya tau itu bukan ank dia. Ank dia yg paling bongsu dah tingkatan 4.

Raihan tanyalah dia sendiri.
Kak Gayah senyum lagi. Saya pon senyum la.
Kak Gayah ni nak main teka teki ker. Anak angkat akak ekk?

She is my step daughter! Kak Gayah cakap sambil senyum2.
Wah, Kak Gayah speaking you...

Mata saya pon terbeliak dan mula gedik kepochi nk tau cerita lanjut.

Budakni anak sulung 3 beradik dari cawangan no 3.
Kak Gayah adalah main office (no 1) dan ada 4 anak.
Cawangan no 2 ada 3 anak dan tinggal kat Kelantan (PJJ agaknya mcm Zalia dan Izman. Hehe.)

Saya semakin kepochi. Akak tak ngamuk ker?

Cawangan no 2 tu dibuka pd thn 1996 - selepas 13 tahun bersama main office.
Masa tu ank Kak Gayah paling kecik berumur 2 tahun lebih.
Boss cakap nk buka cawangan, suka atau tak suka cawangan tetap akan dibuka.
Kak Gayah redha dlm paksa.

Cawangan ke 3 dibuka tanpa pengetahuan. Dah lama baru Kak Gayah tahu.
Pon lagi sekali, Kak Gayah redha dlm paksa.
Psssttt... cawangan no 3 ni, international tau. Indon mari!

Masa ank sulung cawangan no 3 berumur 2 tahun, dia kena balik Indon. Renew passport kot. Boss tak bagi bawak balik anak (pandai kan boss ni!) Jadi boss suruh Kak Gayah jaga step daughter ni. 2 bulan Kak Gayah jaga. Jaga mcm anak sendiri. Bila mak dia balik dari Indon, budak ni tak mau balik pada maknya. Kak Gayah kata dia sudah kasi cium bau ketiak Kak Gayah sampai budak tu sudah melekat sama Mama Gayah. Haha.

Kak gayah kata cawangan no 3 sgt susah hati sekarang sbb budak ni sudah 'Addicted to Mama Gayah'. Memang budak ni sgt manja. Asyik nk peluk2 Mama Gayah. Pantang dipelawa, mesti nk ikut balik umah Mama Gayah.

Masa boss suruh jaga budak ni, mula-mula Kak Gayah tanak. Kemudian Kak Gayah bagi syarat - lepas ni jgn bukak cawangan no 4 pula! Boss setuju (boleh percaya ker?)

Naluri seorang wanita dan ibu. Mampukah kita membenci seorang anak yang tidak berdosa walaupon emaknya telah meragut sebahagian dari kasih sayang kita?

Saya respek sama Kak Gayah. Tak kuasa nk pikir-pikir, kata Kak Gayah.
Sekarang Kak Gayah enjoy saja. Anak-anak dah besar. Kak Gayah tak mau susah2 kerja sbb cawangan2 lain pon tak kerja. Buat apa Kak Gayah gatal2 nak kerja pulak.

Saya rasa saya tak cool mcm Kak Gayah!
Nauzubillah kes Kak Gayah menimpa saya.
Apa kata anda?






YOU & ME

.
Lepas habis kelas tengaharini, I nak balik.
I ada masalah kesihatan.

Kalau U tak sihat, sapa suruh U datang?
Kalau U tak datang pon, siapa yang tahu? Siapa yang peduli?
Rumah U sgt jauh dr opis, apa pasal U hadap sgt dtg kerja?

At least I dtg setelkan kelas I lorrr....
Kalau ikutkan, hari-hari I ada masalah kesihatan.
Tak kan hari-hari I tak nak datang?

U ada masalah kesihatan, U pegilah ambik MC

Doktor selalu tanya, nak MC tak?
Tapi I tak mahu ambik MC, tak sampai hati lorr.
I datang juga setelkan kelas I.

Kenapa pulak tak sampai hati?
U buat baik, siapa yang tahu? U dpt naik gaji ke?
U lagi sakit hati. Org lain peduli U ke?

OK, Lepasni I ambik MC banyak2.


Saya belajar tulis mcm ni daripada Cik Puan Oli yang tinggal di Santa Clara, California. Hehe. Patutlah Oli suka membebel mcm ni. Sgt best rupanya...

Oli, summer ni tak balik Malaysia ka?





CARA YANG MANIS

.

Merembes la sgt....



Satu donia tahu kan... MR 'tersangat rajin dan pandai memasak' Hohohoho....

Nieza
, daku tergoda dgn lopes hijau mu. Tapi tak mungkin dapat mkn puas-puas sbb pakai beras pulut kan. (Nota : pulut tak elok utk org yang badan berangin) So, aku twist sikit aku punya rembesan kat kuih di atas. Kalernya tetap hijau.

Kuih cara dlm gambar ni sebijik macam mak saya buat. Sungguh saling tak tumpah. Makanya, hujung mingguni InsyaAllah dapatlah merasa kuih cara hasil tgn Ustazah Faridah (yes peeps, we gonna balik kampung hujung mingguni)

Yerrr...saya tahu...kuih ini sgt senang nk buat. Cukuplah sekali MR try buat roti jala kuah durian yang kena gelak besau satu umah sbb bubuh serbuk kunyit nk bagi kuning. (Mak saya gelak sampai kuar air mata!) Sebab tulah MR ala2 taubat nasuha nk tunjuk terer memasak.

Mengandung kalini saya agak suka mkn kuih2 manis. Semoga mendapat anak yang berwajah manis.






Monday, March 2, 2009

MISTERI DEWBERRY

.

Sebotol Dewberry yang penuh misteri (dan spekulasi).

Muqaddimah sebuah kisah, klimaks sebuah drama atau penutup sebuah hikayat?



.





Sunday, March 1, 2009

MENJELANG SEBULAN - ADDICTED TO AISYAH

.

AMARAN:
Entry ini sgt panjang dan mungkin memboringkan sesetengah pihak.

Harini 2 Mac. Ngam-ngam lagi sebulan Aisyah akan berusia 2 tahun. Time really flies (lalat?) kan! Malam ni saya rasa sedikit sentimental. Tak boleh nk tidur. Saya terkenang memori sewaktu mengandungkan dan meniti pengalaman berharga menjadi ibu buat pertama kali kepada Aisyah. Semua ini belum pernah saya coretkan di sini (sbb masa tu blom ada blog). Sebelum makin banyak yang saya terlupa, biarlah saya coretkannya sekarang. Aisyah semakin membesar dan saya dapat rasakan saban hari dia melangkah semakin jauh meninggalkan kami yang semakin dimakan usia. (Tengoklah, gaya bahasa pon dah mcm org tua!)

  • Masih terkenang saat saya melakukan UPT di Hilton KL (kerana masa tu tgh outstation) dan org pertama yang saya kepochi adalah Kelly - my 'bestest' buddy ever.
  • UPT tu saya simpan dan bawa balik ke rumah dan tunjukkan kepada suami. Dan kami sama2 'blur' membelek garisan merah berkembar!
  • Terbayang saat pertama kali menjejakkan kaki ke Klinik Desa Kg Kenanga untuk bukak buku merah. Kami naik kereta berasingan sbb lepas tu masing2 nak balik ke opis.
  • Orang kedua yang tahu saya mengandung di opis adalah Jennifer. Selamba dia bertanya - Are u pregnant? I can see it from your face! :) Terer betul dia!
  • Masih teringat kata-kata Kelly bila setiap kali kami mkn di kafe : You shouldn't drink too much coffee. Don't eat tapai, don't eat durian. My mom did! sebab tu i hitam! Kelly Kwan Li Ann, you are so funny!
  • Setiap kali ada mkn2 dgn department, Kelly will be my dietitian. Eat this, so that your baby bla..bla..bla.. Don't eat that if not your baby bla... bla...bla...
  • After a few months, hubby started to feel eager to see baby's movement!
  • Nama AISYAH sudah bersarang dlm kepala otak suami sejak tahu saya mengandung. Suami pakai kuasa veto sepenuhnya walaupon mak saya cadangkan AISYAH ANIQAH.
  • Ayah kirimkan Air Yassin setiap kali abang atau adik saya balik kampung. Dan mak suruh saya rajin-rajin mengaji supaya dapat anak yang terang hati dan berakhlak baik.
  • Saya selalu muntah di waktu malam - ada suatu ketika saya menangis di depan pintu bilik air kerana tekak dah terlalu sakit dan perit.
  • Saya tidak mengidam apa-apa yang keterlaluan. Tetapi suami kata dia teringin nk mkn daging ostrich!
  • Berat saya naik 30 kilo dan tak turun-turun sampai sekarang!
  • Dirumah, dalam kereta saya dan dalam kereta suami ada CD lagu klasik orkestra yang sama yang kami dengar berulang kali tanpa jemu - kononnya utk stimulate otak bayi. Sudahnya, Aisyah sgt2 gemarkan muzik!
  • Suami saya belikan jamu bersalin Nyonya Maneer sewaktu dia outstation di Indon dan waktu itu saya baru sebulan dua mengandung. Dia selamba bertanya kat SA Indon tu, apa jamu yang terbaik kalau di Indonesia?
  • Saya langsung tidak mengalami contraction semasa di hujung2 kandungan. Dan kami menunggu saat2 kelahiran dengan tak sabar-sabar! Orang lain semua dah bersalin (dan ada yang awal dari waktu yang dijangkakan) sedangkan saya masih segar-bugar sewaktu kandungan dah berusia 41 minggu!
  • Setiap kali scan, Aisyah berada di dlm posisi 'floating' - tidak 'engaged' ke dalam 'canal' seolah-olah belum puas duduk di dalam rahim walaupon sudah lebih tempoh masa!
  • Saya di induce pada pukul 8.30 pagi dan Aisyah lahir pada pukul 7 mlm.
  • 2-3 jam selepas di 'induce', saya masih mampu berjalan-jalan di sekitar wad dan bersembang dgn mak dan suami yang setia menunggu di ruang menunggu.
  • Sebelah wad saya adalah perempuan Myanmar yang tak faham Bahasa Melayu. Dia bersalin dulu dari saya dan saya boleh dengar dgn jelas, nurse memberi arahan itu dan ini dalam Bahasa Inggeris (tak pastilah dia faham ke tak!) tapi dia selamat melahirkan.
  • Apabila contraction semakin kuat, saya meminta epidural tetapi rupanya di Hospital Sungai Buloh - Epidural hanya diberi kepada ibu2 yang melahirkan secara pembedahan! Mcm nk pengsan saya dengar! Awal-awal suami dah pesan - kalau tak tahan sakit, minta jer epi! Berapa pon kosnya... takpe abang bayar!
  • Saya bawa sebotol air selusuh yang ayah buatkan dan seorang misi yang sgt garang membebel kepada saya kerana minum air selusuh tersebut terlalu awal. Sedangkan saya belum minum air tu! Saya tak berani (dan tak larat) nk melawan sbb takut nnt dia balas dendam kat saya masa saya tgh sakit nk meneran!
  • Mak saya juga bekalkan sebotol air yang direndam akar fatimah (tak pasti, saya dah lupa namanya). Akar tersebut Arwah Maktok saya beli di Mekah dan telah digunakan sejak emak melahirkan anak-anaknya.
  • Saya melahirkan Aisyah tanpa kehadiran doktor, hanya bertemankan bidan dan saya sungguh terharu bila melihat suami muncul di muka pintu dan menemani saya melahirkan Aisyah ke duania ini.
  • Saya menitiskan air mata bila mendengar suami mengqamatkan Aisyah dan kemudiannya mengucup dahi saya.
  • Setelah Aisyah dibersihkan dan diqamatkan, barulah doktor datang untuk menjahit. Saya masih teringat kata-kata doktor India tu bila pertamakali melihat Aisyah - Your baby is so fair! Saya tidak tahu menilai, kerana saya rasakan semua baby kelihatan sama (dan pelik!) pada detik awal kelahiran.
  • Hidung Aisyah sgt kembang, jejarinya runcing, kukunya panjang, rambutnya lebat dan lurus dan bibirnya sgt comel!
  • Kesakitan yang amat sgt hilang serta-merta apabila saya memangku Aisyah buat pertama kali.
  • Malam pertama di wad, saya merasakan keletihan yang amat sgt. Saya asyik terjaga dari tidur kerana menyangkakan Aisyah yang menangis. Tanpa membuka mata dan bangun dari katil, saya cuba menenangkan Aisyah dengan menepuk2 badannya. Tiba-tiba, perempuan India yang berhadapan dengan katil saya menegur - Kak... bukan aka punya anak yang nangis... itu baby sebelah sana juga yang nangis...
  • Setelah pulang ke rumah, pada hari ketiga - Aisyah memuntahkan darah sewaktu saya sedang 'burp' kan dia setelah menyusu badan. Seluruh rumah menjadi panik dan saya terus menangis. Sedangkan Aisyah relax shj! Aisyah segera dibawa ke klinik bersama sampel darah yang dimuntahkan. Rupa-rupanya darah itu keluar dari nipple yg merekah teruk. Mungkin salah teknik penyusuan dan susu yang tak berapa keluar.
  • Misi (bidan desa) yang datang melawat di rumah menyuruh kami menukar serta-merta sarung bantal kuning Aisyah. Katanya, nanti susah nk kesan kalau baby kena jaundice.
  • Selepas seminggu di Rawang, saya pulang berpantang di Parit Buntar - rumah mak. Dan pada hari ketiga di kampung, Aisyah dimasukkan ke wad sebab doktor syak tali pusatnya (yang agak berbau) terkena infection. Saya menangis teresak-esak sepanjang perjalanan ke Hospital.
  • Di Hospital Parit Buntar, saya asyik menangis lagi dan lagi kerana terpaksa menghadapi semua itu seorang diri. Mak dan ayah hanya boleh menjenguk pada waktu melawat dan suami pula sudah pulang ke Rawang. Tambah menyedihkan, saya hanya diberikan kerusi malas kerana katil tak cukup!
  • Saya menangis setiap kali nurse datang mengagihkan ubat utk diberi kepada Aisyah (termasuk antibiotik) kerana Aisyah langsung tak demam atau sakit apa2! Bayangkan, anak kecil yang berumur 2 minggu terpaksa makan antibiotik!
  • Nurse tidak memberikan syringe dan tidak mengajar teknik menyuap ubat kepada bayi. Saya cuba masukkan ubat kedalam bancuhan susu tetapi Aisyah tak mau minum langsung susu tu! Sudahnya, kebanyakan ubat tu saya buang di sinki!
  • Sewaktu dimandikan pada hari ketiga, tali pusat Aisyah akhirnya tertanggal dan kami dibenarkan pulang pada hari itu juga.
  • Setelah keluar dari hospital, barulah saya berurut - iaitu lebih kurang selepas 14 hari melahirkan!
  • Selama 40 hari berturut-turut, Aisyah 'dilampahi' oleh ayah saya - Dibacakan surah dan ayat2 Al-Quran tertentu setiap kali selepas solat subuh dan kemudiannya disambung oleh suami setelah kami pulang ke Rawang.
  • Sepanjang tempoh berpantang, Aisyah tidaklah susah dijaga. Jarang kembung dan tak kena jaundice. Cuma dia asyik nak beriba dan sering muntah susu (termuak).
  • Kami beli seekor kambing untuk kenduri Aqiqah Aisyah - Terima kasih yang tidak terhingga kepada mak, ayah dan adik bongsu saya yang banyak membantu.
Selepas habis cuti berpantang dan kembali memulakan kerja di opis, segala-galanya berlalu dgn begitu pantas. Agak menyedihkan, sekembalinya saya ke opis, teman baik saya Kelly dah resign. Dan saya akhirnya berhenti kerja setelah Aisyah berusia 5 bulan. Saya 'membesarkan badan' dirumah selama 3 bulan sebelum menerima tawaran kerja sekarang.

Aisyah meniarap pada usia 3 bulan. Merangkak beberapa bulan kemudian dan mula meniti di tepi sofa setelah hampir setahun. Aisyah melangkah buat kali pertama beberapa hari sebelum ulangtahun pertama kelahirannya; semasa dia berada di kampung. Dan saya menitiskan air mata bila adik saya menalipon dan menjerit-jerit : Aisyah dah boleh jalan...!

Semasa sebulan Aisyah berada di kampung (kerana waktu itu Nenek Onah terpaksa menjaga cucu yang lain) saya dan Nenek Onah asyik menangis setiap kali teringatkan dia. Pantang sapa-sapa sebut nama Aisyah, mesti air mata saya bergenang.

Perkataan pertama yang disebutnya adalah : Baaaabahhhhh! yang membuatkan si Babah sgt eksyen dgn saya!

Blog 'Addicted to Aisyah' wujud pada Oktober 2007 iaitu setelah saya berhenti kerja di MJ dan mula melanggan Streamyx (yang sungguh kemek ini!). Semenjak itu, memori suka duka tentang Aisyah dan keluarga kecil kami di 'archive' kan di blog ini. Saya namakan blog ini sebegini kerana semenjak kehadiran Aisyah, segala-galanya tentang hidup saya telah berubah. Saya benar-benar ketagih dengannya.

Ada yang bertanya, apa akan jadi dengan blog ni selepas 'adik' Aisyah lahir nanti? Tukar tajuk ker? Buat satu lagi blog baru ker? Tunggu sahaja saatnya ya! Hehe...

Selamat malam semua (ehh...dah pagi!)





THANAK!

.


Sabtu kami tak kemana. Aisyah sudah kemaruk sgt nk main di luar rumah. Mujur ada basikal kuning yg dah makin mereput. Mak dia 'usha' dari dlm rumah shj - membiarkan Aisyah 'membuas' sesuka hati di laman.



Bila dah petang, saya ajak dia masuk rumah. Nyamuk dah banyak. Hari pon dah mendung.

Dia jawab : Thanak! (tak nak) sambil geleng kepala dan memegang handle basikal kuning kuat-kuat.



Bila kita nk dukung bawak masuk umah, dia 'beratkan' badan. Sudahnya terpaksa diusung masuk ke dalam bila hujan renyai2 mula turun...

Entah dari mana budak ni belajar. Bila kita suruh atau tanya sesuatu, jawabnya - Thanak!

Jom mandi? Thanak!
Mai mama tuka pampers... Thanak!
Aisyah nk sekolah tak? Thanak!
Aisyah nk duduk dgn Maktok? (mak saya) Thanak!

Dah kena libas dgn Babah baru nakkkk....


Nota : TQ photoscape krn meng'clear'kan gambar kelam yg saya snap pakai henpon cokia.




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker