Pages

Powered By Blogger

Monday, November 30, 2009

ORANG BIASA JGN PERGI TEMPAT LUAR BIASA




Bak kata Sawsawlady, orang biasa-biasa mesti menyimpan impian yang biasa-biasa saja. Nafsu juga mestilah yang biasa-biasa. Makcik sebagai insan yang termasuk dlm kategori biasa-biasa itu sangat setuju.

Masalahnya, Pakcik telah menerima sesuatu hingga menyebabkan kami [Makcik dan Pakcik] terpaksa jadi orang luar biasa dan pergi ke tempat yang luar biasa.


Sudah hampir 3 bulan voucher RM200 Isetan ini dok terselit dalam dashboard kereta. Sebagai orang biasa-biasa, kami tak tau nak beli apa dgn RM200 itu!

Adakah 200 terlalu banyak untuk kami?
Adakah 200 terlalu sedikit untuk kami?

Hari Jumaat minggu lepas, kami bercadang nak pergi ke tempat luar biasa tersebut untuk membelanjakan 200 itu. Oleh kerana sudah hampir 2,3 tahun tidak pergi ke tempat luar biasa tersebut, kami kelihatan sungguh luar biasa! [atau lebih layak - sungguh kejakunan]

Parking di tempat letak kereta biasa-biasa. Tempat letak kereta luar biasa terlalu mahal utk kami.
Punyalah jauh, terpaksa menapak sampai rasa nak jogging jer terus kat Tmn Tasik KLCC tu.

Makcik ckp kat Pakcik :
Bila kita masuk Isetan tu nanti, mesti SA dlm tu tau yang kitani orang biasa-biasa yang tak sepatutnya datang ke tempat luar biasa ini sebab dia boleh nampak betapa belengasnya muka kita dgn peluh yang meleleh-leleh. Ini mesti org yg tak mampu sebab mereka parking terlalu jauh dari sini!

Dipendekkan cerita, voucher tersebut masih tersimpul rapi di celah dashboard kereta sebab kami memang tak tahu apa yang patut dibeli dgn voucher tersebut! Semua barang yang dibelek-belek adalah terlalu mahal untuk kami dan kami rasa tak berbaloi nak gunakan voucher tersebut untuk barang tersebut [ada paham kah ini ayat?]

Kesudahannya, kami hanya makan di Pizza Hut dan kemudiannya hanya membeli sepasang kasut BATA!

Dua kali Pakcik nyaris-nyaris nak terperasan jadi orang kaya sebab nak termasuk ke toilet yang berharga 2 hengget. Sanggup beliau menahan kucilan [apekah] sampai ke rumah demi nak menyelamatkan 2 ringgit beliau!

Moralnya, ORANG BIASA JGN PERGI TEMPAT LUAR BIASA


RAYA KEDUA : MAKAN TENGAHARI PADA PUKUL 5 PETANG


Sepatutnya nak balik menempek umah Nenek Onah lagi. So, tak yah la masak kan. Stok dlm fridge pon takde mende sangat. Pagitu tanya PS, nak balik umah mak tak? Tak kata dia. So, breakfast tu kami buat roti jala, cicah dgn rendang daging.

Dah kenyang buntang, kol 12, check-in lagi sekali [sambung tido :P]. Bangun tido kol 2.30 ptg, tanya PS lagi, nak balik umah mak tak? Tak kata dia.

Wallaweyy... perut sudah lapar. Mandi, solat dan terus terjun dapur. Selongkar tengok apa yang boleh disesah! Kalau dah tak pi umah Nenek, makanya terpaksa jugakla masak kan.

Oppsss... sebelum ada fitnah melanda [konon] mai nk clarify siap2. Makcik bukan hadap sangat nak makan free kat umah orang hokay. Im just being nice to my hubby's family - Hari Raya kan. Kang orang ingat, PS kena control dgn bini gumuk dia sampai tak datang ziarah umah keluarga di hari raya. Dahla umah kami dekat-dekat kan. [Anyway, semalam raya pertama pon kami dah pi sana]. I remembered that my eldest SIL keep on reminding us to come again tomorrow [raya kedua]. Sebab tu Makcik tanya PS banyak2 kali, kalau dia nak ajak pi umah Mak dia, Makcik nak siapkan budak2.

So, sambung balik citer masak-masak Makcik Rehan.
Dengan bantuan 2 adik fomfuan Makcik yang ada kat umah, kami berkuntau masak mender2 di bawah. Opppsss... rendang daging tu ihsan dari Maksu masa kami bertandang ke rumah dia di Klang semalam.





Cocktails tu diberi nama sebegitu sempena Makcik terpikat kat coktails Farah Sahira masa pegi house warming umah dia 2 minggu lepas. Sedap, mudah dan lazatt.

Nasik? mestilah makan! Tak larat dah haku nak buat pengakuan kat Zalia nun. Kekekeke...

Lepas maghrib, tiba-tiba PS menerima panggilan dari rumah nenek onah.
Dikkk, ko tak datang ker?

So, lepas Isyak kami bergegas jugak balik umah Nenek Onah. Neighbour sebelah rumah buat open house. Perghhh.... pekena ayam panggang, daging panggang, kambing panggang dan segala mak nenek panggang lagilah. Makan lagi hokay!

Nasik? semestinyaaaa! Muahahahaha.





CROCS SAIZ 10

.



Crocs pasar malam ni Pakcik korang yang pilih untuk makcik. Beli malam semalam masa pi Pasar Malam BCH [Bdr Country Homes]. Makcik nak ambik yang ala2 wedges tu, tapi Pakcik kata dia tengok ramai orang pakai yang macamni. Cantik kata dia. Kalau dah laki sendiri yang pilihkan kannnn... Makcik ikut saja lorr.

Balik umah, sambil lepak2 depan TV, Makcik pon try la fitting kasut ni.

Alahaiiiii.... mentang2 lah crocs cap pasar malam.... Korang nampak tak apa beza 2 belah kasutni? Dua-dua belah tulih saiz 10 kat tapak dia. Tapiiiii.... yang belah kiri adalah kecik! Rasanya yang belah kiri tu salah print saiz, patutnya saiz 6. Kami laki bini pon tak perasan masa beli [nak cepat satu hal] Lepas cuba sebelah, terus blah.

Dah satu hal nak kena pi tukar. Kalau Apek tu tak kasi aku tukar, aku nak lepuk kepala dia dgn kasut tu!
[berani kah?]

Sebelum korang tanya, harganya 20 hengget shj. Being makcik Rehan, tak mungkin aku akan beli yang ada cop sirim kat butik tu. Hehehe.




RAYA KETIGA : UMAH NENEK LAGI

.

Kalau kawan baik Makcik masa kat skolah, Aisyah Hani ada sessi menjeruk rasa dgn Cik Besah [her MIL] Makcik pulak Alhamdulillah... penerimaan Nenek Onah dan Atuk Acan terhadap kami anak beranak adalah sangat baik. Seminggu sampai berapa kali tah kami balik menempek umah depa. Dah balik sana, kompom isi perut siap-siap. Hihihi. Gambar Mencah main beskal reput ni dirakam semalam. Makcik bagi kamera kat sepupu-sepupu dia ni, suh depa posing sukahati. Macam-macam gambar la depa dok snap-snap. Ada yang clean & clear, ada yang kelabu asap mcm halimunan dan ada gak yang gegar mcm kena Parkinson. Makcik pick randomly jerlah utk ditepek kat sini.



Ni gadis dalam gambarni adalah cucu pompuan yang paling tua dlm keluarga Atuk Acan. Baru form 2. Sangat suka bergaya. Lawa budaknya. Bercita-cita nak jadi artis dan kawin dgn orang kaya. Anak tunggal pompuan dlm keluarga, so, dia dikawal ketat oleh Papa dan 2 orang abang di atasnya. Nina namanya. Nama penuh tak hengat. Panjang berjela. Nina or Mamai [abang dia], if you both happens to read this blog, Makcik Rehan nak ucap tima kasih sebab korang rajin tolong jagakan Mencah masa kat umah Nenek. Makanya, Makcik Rehan dapat melantak dengan aman.

FYI, anak-anak buah PS memang panggil Makcik Rehan kat makcik. Dan depa sangat takut sama makcik sebab makcik adalah sangat garang! Hehehehe.




DEEP SEA EXPLORER

.
Asyraf lagi.

Raya ke-3.

Budakni dah mula ketagih buai. 3 hari cuti rayani, kaw-kaw kami laki bini kena buli. Dahla bibik takde [cuti raya 3 hari] Bila balik umah Nenek Onah, taruk dia dalam buai terus senyap sunyi. Masa beraya kat umah Toksu dia kat Klang lagi haru-biru. Tak mau terletak langsung. Menangis beria-ia pulak tu. Babahhhh... bila nak beli buai ni?



Lepas mandi, perut kenyang, mata tak ngantuk.... sengih lebau laaaa. Kalau mengantuk dia dah datang, nak tercabut lengan punya dok mengendong sambil bergoyang [nak bagi dia rasa cam buai]. Letak dlm bouncer dia ok, tapi puting suka tercabut, so laaagila dia melalak.

But, macamana punya ragam ponnnn, he is still daddy's favourite. PS adalah sangat bersemangat menjaga anak teruna dia yang sorangni. Memalam depa dua beranak ni tido bekepit wooo... [lega mak!]



Sunday, November 29, 2009

HE IS THE BOSS




Real punya boss. Asyraf sekarang sudah tukar peel. Dulu tak kuat nangis, sekarang kuat nangis. Kalau nak tido, siap keras-keras badan. Kalau lapar, kita offer nenen, lagi kuat dia menangis. Nak tak nak, FM jugakla. Susu yang diperah, memang takde harapan nak buat EBM. Demand lagi tinggi dari supply.

This is Asyraf on 1st day of Aidiladha.




Wording on his romper says : I MAY BE SMALL, BUT IM THE BOSS. Baekk punya boss! Sekali dia bukak sound effect, kelam-kelibut mak bapak dia nak comfortkan dia. Huhuhu...


BUKUMUKA UNTUK SUAMI









Pukul 3.20 am. Tak tido lagi. Got carried away... signing up for hubby's facebook. Mithali punya bini kan? Naik letih dok cakap kat dia suh bukak akaun. Dah bukak rupanya tahun lepas, tapi password dah 8 kali lupa! Berapa kali dok reset. Dahla guna email office yang tak boleh browse internet. So, dia transfer all notification mails from Facebook ke Yahoo personal mail. Dan email Yahoo tu pulak dibuka hanya sebulan sekali. Very the hazab kan? So, i create the all-new account for him and notify all his friends yang selamani 'menumpang' kat akaun Facebook Makcik Rehan

Masa bulan posa haritu, we met his old skul fren. When asked,
Ada facebook tak Pul?

Takdak. Ko add bini aku punya facebook. Nanti kalau ada apa2 event, dia bitau aku.
[Bini dia pon hazab gak ilmu fesbuk, but considered okay la banding laki dia :P]

So, all this while, PS kalau dok hadap laptop tu buat apa?

-4M-
Memancing - tgok clip mancing kat Youtube, alat2 mancing
Membola - latest, very-very addicted to Football Premier Fantasy!
Mendownload - movie, lagu, clips etc
Mengkereta - tengok gamba design2 modified car, keta lelong kat mudah

So, done creating new account for him. Nak tengok, lepasni dia akan view page atau tidak. [by the way, i knew his password - so i can filter who can be his friends kan?] - ada unsur2 queen control disitu :P

So, for those USMians, SEMEKARians, PERODUAnians [who happens to read this blog and know my hubby, do add him - I'll be the one who will verify your request :P]

Gd nite!

Thursday, November 26, 2009

XXL & XXXL




Semalam beli 2 helai blouse XXL berharga RM10 [anda dapat semurah ini hanya di Pekan Rasa]. Sehari sebelum itu beli blouse size XXXL di NSK. Kedua2 jenis blouse yang dibeli dari tempat berlainan dan harga berlainan ini adalah 98% hampir sama design dan fabriknya. Sat tadi baru fitting baju2 tu [beli kat pasar mana ada fitting room]


Wowowowowowowo....

Baju size XXL - muat elok dan selesa dipakai
Baju size XXXL - adalah ketat dan menonjolkan benjolan-benjolan hodoh.

Yang hangin sekali... Baju XXXL yang ketat dan tak mungkin sanggup dipakai ittew adalah berharga RM39!

Tambah satu hengget lagi, boleh dapat blouse di Pekan Rasa sebanyak 4 helai yang sudah pastinya amat selesa dipakai. Bukankah sepatutnya size XXXL tu lagi besar dari XXL???

Inilah masalahnya menjadi ORANG BESAR. Sampai size baju pon dah tunggang-langgang!
Tiba-tiba berasa kasehan kepada diri sendiri... sob... sob... sob...

Nota kaki : Makcik bersiaran dari Bayu. Cuti. Nak pi KLCC [setelah dekat setahun lebih tak jejak KLCC]. Motif pegi... lenjankan voucher Isetan yang PS dapat masa raya haritu. Nanti kalau Makcik sesat dlm KLCC, Makcik telipon duta KLCC - Ana Suzana suh bagi guidelines. Heheh!



Wednesday, November 25, 2009

MESTI ORG KATA MAKCIK NAK MENUNJUK-NUNJUK... TAPI NAK BUBUH JUGAK DLM BELOG INI SEBAGAI KENANGAN - OUR NEW CAR






Kenapaaaa? Tak percaya kah?



Owwhhh... rupa2 nya origami Alza yang Makcik print dari Facebook. Ada contest dgn hadiah lumayan, using this print-out origami. Cubalah! [Makcik kat immediate families, kalau haku menang pon gerenti kena disqualified]

Nanti Makcik kasi 'like' sama kamu.

INI PUTRA, INI PUTRI





Habis modal dah nk buat entry. Tempek wajah anak-anak sajalah. Dah upload kat belog, bolehla makcik delete dari henfon. Dah penuh sarat dgn macam-macam gambar budak-budakni.

Bila sapa2 pegang riba adik dia, nanti si kakak akan datang menempek... sengih-sengih and said...
ini PUTRA [pointing to Asyraf], ini PUTRI [pointing to herself]


PUTRI


PUTRA

.
.
.
.
.
.
.
.
.
INI MAK INANG DEPA!
[Nasib baik bukan khadam]




SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA
Untuk kamu, kamu dan kamu semua.
Maaf Zahir Batin


HARI KEK SEDUNIA




Last weekend we had a little celebration for Atuk Acan. Almost all anak cucu [dah 17 org] came back except for Jiji yang tgh sit for his SPM. Cucu lain semua tak jakun nak tiup lilin ponnn.... kecuali.... tengok sendirilah!






Tuesday, November 24, 2009

MASA UNTUK BERTINDAK...

.
Semalam berkepochi kat Facebook, tak sangka ramai yang mendengar keluhan Makcik pasal produksi susu yang semakin merudum. Macam2 solution kami kongsikan. Dan Makcik, balik jer keje... terus menerpa ke Soon Huat untuk membeli bahan - bahan yang dicadangkan.



Selain dari mender2 di atas, Horlick pon ada Makcik beli. Dok minum tiap2 pagi. Lobak putih pon ada. Halba pon ada [Makcik main telan jer sesudu kecik halba tu].

Akan datang Makcik nak cuba fenugreek pulak. Dah baca review pasal fenugreek ni kat porem.

Sapa2 ada experience guna pil fenugreek?












TUAN PUTERI SHEEP

.
Mencah kalau pakai baju cantik sikit, suka dok kata kat diri sendiri...
Comel macam Putriiii....

Bila kita tanya, kamu Putri apa [dgn harapan dia jawab saya Putri Aisyah]
Saya Putri Sheeeeep [kambing biri-biri]

Sapa yang ada anak yang suka tengok WordWorld versi Melayu kat PHDC maybe faham...

***********************

Pagi tadi masa mandikan dia, Makcik sambil gosok gigi.
Awak buat aper tu Mama?

Mama gosok gigilah...

Ohhh... awak gosok gigi. Awak pasti ke Mama?

Awat ingat Mama dok mamai lagi ka....



************************

Ini pulak Malam tadi. Makcik kan pegi Soon Huat semalam, so Makcik dah beli corong baru untuk buat roti jala. Yang lama ni dah patah corong tengah dia dikerjakan Mencah. Si bibik bagilah dia main corong yang lama ni [tengokla tu... sampai berselotep sbb haritu terdesak nak guna jugak]



Mana tah datang idea dia nak sauk botol susu dia dgn corong ni.
Babah geleng kepala jerla tengok perangai tuan putri sheep sorangni









ORANG PUNYA RAMAI KAT SHOWROOM MACAMLAH ESOK-ESOK DEPA SIMPAN DALAM LEMARI TAK BOLEH TENGOK DAH




Mengah baca tajuk. Panjang sehasta!

Dalam ramai2 tu termasukla Makcik. Tapi Makcik bukan saja2 nak pi tengok tawww. Makcik singgah Soon Huat pas balik keja. Pasaraya Soon Huat tu kat belakang showroom Perodua hokeh. Tengok org punya ramai bergenut mcm tu, last-last Makcik layan Myvi jerlah. Konon2 mcm banyaaaak sagt duit nak beli Myvi. Beria-ia mamat salesman tu dok mengendeng Makcik. So, makcik pon layankan jerla. Excited dia mintak contact number bagai - konon2 nanti senang dia nk follow-up Makcik. Wahai En salesman, kalau ko tau betapa hazabnya duit aku kat dlm bank tu, jangankan nak approach aku... nak mai dekat aku pon ko tak hingin gamaknya.

Ada sapa-sapa dah tengok Alza kat showroom? What do you think? Salesman tu kata waiting list dah 3 bulan lebih dah. Ni yang buat aku heran kat orang Mesia nihh.. dlm dok gawat2, memasing sakan plak dok booking keta baru. Launch la beca keta apa sekalipon, mesti waiting list berjela-jela. Kerrr... strategi depa jerrr... nak bagi orang nampak yang keta dorang dapat sambutan?

Anyway, orang Proton jgn marah Makcik. Ada sorang hakak tu tanya Makcik...
Kamu nak ambik yang auto ke manual? [nak ambik la sangattttt]

Makcik pon dgn penuh kepoyoan
Saya nak yang auto... Ni tengah compare2 dengan Exora la nih
[penipu!! byk la aku punya compare, pegi jenguk pon idak!]

Dan-dan hakak tu kepochi
Ehhh... kamu jangan dik. Kereta Proton kamu jgn ambikla dik. Tadi ada org tanya, berapa value Gen 2 kalau nak trade in. Salesman tu cakap value Gen 2 sama mcm Kenari. Maknanya Kereta Perodua ni tak turun value taww...

Makcik sengih jerla. Alahaiiii... tu semua taktik busuk salesman la tu. Dah ko tanya kat Salesman Podua kan... mati hidup balik pon dia kata keta dia lagi bagus. Ye dok? Kalau la keta Proton tu hazab sgt mcm org dok kata, tak laku langsungla keta depa kan? Padehalnya keta Protonla yang paling melambak atas jalan kan? [cewahhh... tiba2 Makcik beria-ia backing Proton pulak :P]

Overall Makcik rasa lawa gakla MPV ni. Cuma satu yang makcik kureng suka. Aircond kat blakang takde. Avanza ader. Grand Livina ader. Exora ader [kalau tak silap]. Bepeluhla tiak makcik dok kat belakang nanti. [poyo mcm nk beli sgt dah!]

Buat sapa2 yang kewangannya al-hazab wal-kopak mcm makcik nih... marilah kita berpuas hati dengan keta kontot kita semata-mata. Eh, jgn lupa jadi fan Alza kat Facebook! Weekly and daily contest dah start. Cuba nasib, mana tawwww....





Monday, November 23, 2009

MUMMY ON THE GO

.

Jumaat last week, 1st day keje. Tak penah-penah berangkut dgn 2 beg macamni pegi PID. Selalu tu melenggang Mak Limah jew. Siap bawak bag pack lak tu [thanks Wyra]. Cooler bag tu pon buleh tahan besar. Kak Ina [kerani pos] nampak Makcik hangkut back pack tu masuk surau, dia tanya : An nak online dari dalam surau ker?



Wahhh... stylo-mylo jugakla bag pack haku tu kan. Nampak mcm beg laptop gamaknya. Hehehe. Padehal dalam tu ada pam beskal breast pump segodang berat. Gigih kannn? Hasilnya alahaiiiii.... sekali Asyraf sedut, habissss! Isk tak baik cakap camtu kan. Bersyukur dan redho lah dgn rezeki yang Allah bagi kan.

Bahana diet seminggu dan kurang minum air agaknya [period lak tu] production susu tersangat hazab. [berat tak turun pon!] Keadaan makin genting. Kalau dulu bancuh FM sekali jer sehari. Skang ni sampai 2,3 kali. Akibatnya Asyraf pon dah semakin tak nak direct feeding. Makcik akan terus berusaha dan berusaha sehingga ke titisan susu yang terakhir. Cewwahhh!







Perodua - 'Car One Moment, MPV The Next' Facebook Contest

.

Lets join!

Contest officially start today. And don't forget to drop by at the nearest Perodua showroom today to experience the newly launched Perodua MPV - Alza. Be a fan of Car One Moment, MPV The Next at Facebook [U can do so by clicking at my fan badge at the top corner left of this blog] and spread the news to everyone!


Motif promote? Supaya ramai2 orang akan beli itu MPV. Bila ramai orang beli, sales depa naik. Bila sales depa naik, income depa naik. Bila income depa naik, BONUS LAKI MAKCIK PON NAIK. Sekian.







PC PID YANG AL-HAZABBBB

.





Ni lagumana aku nk godek nih?
Untuk Makcik yang rabun bab nak merepair PC nih, hantar kedai jerla nampaknya....
Kerr ada sapa2 [bebudak PID yang berhampiran] yang sudi godekkan utk Makcik? Makcik bayar kamu...




MALAM MINGGU

.
Anak dara Makcik lagi. Di seretnya kerusi makan ke ruang tamu. Tak larat dah nak memekik suruh dia hantar balik kusi tu ke meja mkn. Dia susun depan TV, pastu buatla macam-macam aksi. Mulut dok memekak menyanyi laktu. Suruh buat PEACE, jadila gaya depang tgn lagutu... [masih belum berjaya buat PEACE]




Lepas tangkap gambarni, terus pi dapo buat susu dia, tutup TV, seret dia masuk bilik. Tido. Padehal jam baru pukul 9 lebih. Dari haku sakit kepala, sakit hati, sakit urat leher dok menjerit kat dia, tido lagi bagus!







Sunday, November 22, 2009

CEWEK IKAT TOCANG


SitiSifir, sila ambil perhatian... entry ini tiada kena mengena dgn contest anak daraku bertocang :P

Malam Sabtu, Makcik tgh bersenang-lenang depan TV. PS blom balik [biasalah, menyinggah cium tiak Nenek Onah dulu :P] Mencah lak kat dalam bilik bibik. Dengaq jugak depa dua orang ni dok mengukik gelak. Lantak depalah... janji Mencah tak kacau Makcik tengok TV sudah [kalau dia ada, kompom dia melalak suh tuka channel]. Bukan senang tau Makcik nak dapat peluang menonton dgn aman camni. Kalau bapak budak-budak ni ada, ESPN sesajerrrr... nyampah mak!

Tiba-tiba, si Mencah muncul kat depan hall dengan gaya yang sangat gerdix! Tersengih-sengih...



Si bibik ikat 2 tocang kat rambut dia. Itu separuh masa pertama. Lepas Makcik snap2 gambar, depa sambung 'bergedikan' kat dlm bilik. Kebetulan Makcik nak pi dapo minum air, jenguk la tengok apa depa buat dalam bilik...

Dah ikat reben, pakai bedak compact pulak dah... yang tak tahan, kat bawah bibir dia tu bibik tenyeh dgn celak hitam - buat taik lalat! Makcik sengih jerla. Si bibik ni takut aku marah kot pasal dia memandai mekapkan budak ni kan...

Kak, saya taruk bedak saja... enggak bubuh yang lain-lain... 

Makcik senyum jer. Tak kisahlah, takat sapu tepung gomak camtu kann... Bagus jugakla si Mencah dah mula ngam dgn bibik. Lama jugak tau Mencah ambik masa nak get along dgn dia. Maybe sebab selamani Mak dia ada depan mata kan... apa2 pon nak mak dia jugakla. Since Mak dia dah keja, bibik pulak la yang jadi tukang bancuh susu dia. So, nak tak nak, dia kena 'kawan' gakla dgn bibik.

Celik mata subuh-subuh hari...
Saya dah lapar pulak ni... nak susu... mana kakak [bibik] niiiii !!!








Friday, November 20, 2009

MAKCIK CLEANER BERBAJU MERAH





Hari pertama bekerja setelah bercoti panjang adalah sangat fenattt!

Satu PID ni berdebu. Penatnya menyapu, mengemop dan mengelap. Dah mcm Makcik cleaner jer Makcik taww. Pastu, Makcik ada sikit hangin sama itu *tettttt* [terpaksa di tett kan demi keselamatan negara] sebab mereka telah mencabut dan mengalih kedudukan printer. Ketahuilah, bahawa Makcik sangat hazab bab-bab nak wiring [apekah?] connection printer dan PC-PC dalam PID nih. Januhla Makcik nak connect balik printer tu kat PC nanti. Dahlah PC-PC semuanya berkeadaan nyawa-nyawa ikan...

Sampai PID kol 8.30 pagi, ambik kunci kat PM, masuk PID nak ON lampu, kipas tapi semua tak hidup. Ohh...drip lagi la kut. Skang kan musim  hujan, ribut petir... kotak fius letrik kat PID ni memang terlebih sensitif mengalahkan pokok semalu. So, godekla kotak fius tu nak ON balik. Malangnya tak buleh. Asyik tendang balik. Mintakla tolong PM tengok2 kan. Dia pon tak geti. Abih dah bukan keje dia... kalau tenyeh buku ASB dia tau la kannn...

Sudahnya, talipon TNB. Setengah jam pastu, orang TNB talipon balik...
Tadi yang buat aduan kerosakan tu, KLINIK DESA ker hapa ekk....

Ewww.... bila kala la pulak Makcik Rehan ni jadi bidan nehhh...
Mengekek PM gelak kat aku. Padanla dgn aku yang baru beranak nehhh

Setengah jam pastu technichian TNB datang. Cek kat fius, dia kata ada wayar yang short. Cuba dulu guna cam biasa, kalau drip lagi kenala panggil technician Pos Mesia datang cek wiring. Dari pukul 11 pagi tadi, sampai saat Makcik menaip entry ni, semuanya berfungsi dgn baik. Takde drip dah. Makanya, buat-buat lupa jerla nk panggil technician Pos Mesia tu. Malas Makcik! Nanti-nanti kalau drip lagi bagus jugak. Boleh Makcik tutup PID dan merendek ke Tg Malim [ehemm...ehemm... Zel sila bersedia yer]

Tgh Makcik mengemas, tiba-tiba datang segerombolan anak-anak cina. Tersengih2, terjenguk2 kepala nak masuk. Terus Makcik sound... harini belum bukak larrr... boleh baca tak notis ni... Isnin baru bukak. Boleh pulak depa ni buat tak paham bahasa. Dok jugak tercegat depan pintu. Last2 Makcik sound direct, tak paham bahasa ka? Dah nampak mata Makcik terjegil cam ikan flower horn, barulah masing2 nak merambus. Ewww... koser aku nak bagi korang guna PC lah! Lantai aku tu baru jer nak berkilat okeh. Sekali depa masuk, habisla berselepat dgn bekas tapak kaki depa. Dahla musim-musim hujan ni kan.

Apa khabar anak-anak Makcik kat Bayu kan?






CUKUUUUP RASA!


Petang semlm masak tomyam campur. Seingat Makcik, inilah pertama kali masak tom yam sendiri. Pakai paste tomyam Adabi. Bila dah siap, ceduk semangkuk, ratah depan TV dgn Mencah [tunggu Babah dia balik keja lambat sgt, kami ngap dululah]




Sangat kembang montot bila Mencah tiba-tiba cakap...
Seeeedappp.... Cukuuuup rasa!
[pengaruh iklan dgn kesan positif sbb puji mak dia!]


Telur dadar dan ikan kembung sambal tu lauk sampingan untuk dinner PS.
Tak payah la Makcik nak bersumpah bagai nak bagitau kesedapannya, tengok gambaq pon dah terserlah kelazatannya kannn... [ayat penyata, sila jangan berasa sangsi]

Nota : Semua hasil masakan Makcik adalah untuk tekak melayu kan? Ewww... tak standard betui kan? Makcik teringin tawww nak masak menu canggih-manggih mcm korang2 ittew, tapi apakan daya... microwave tak ada, oven pon tak ada. Tu pasai balik-balik dok masak yang tomeh dan rebuih saja.









SENGAL EPISOD 2

.
Sekali sekala di kala bulan mengambang, penyakit sengal mcm ni akan melanda. Anda tiada pilihan lain, tataplah wajah kami anak-beranak dengan penuh kaseh sayangggg.




Masa Makcik edit collage ni, Mencah ada kat sebelah.
Dia kata : Sayer nak sepek yang macam tu jugakkkk.... 
Tahap peratusan kegedikan kami dua beranak adalah sama nampaknya!


Agak-agak nanti kalau Asyraf dah besaq sikit, Makcik ajak dia menyengal [apekah] mcm ni dia nak tak?
Manala tau... kot2 kecik2 lagi dah pandai nak jaga macho mcm Pak dierrrr [macholah sangattttt]





Thursday, November 19, 2009

TRY MASAK - WHERE EVERYONE CAN MASAK

.

Makcik plan nak masak tom yam utk dinner mlm ni. Google punya google, jumpa this site.

Ingredients pon dia bagi, Cara-cara nak masak pon dia bagi.

Lagi best, ada video cara nak masak!
[video dia very smooth, tak caye cuba click]




Cool kan!







ZANA DATANG RAWANG





Zana, my coursemate kat UKM sudi dtg rumah kontot makcik on Tuesday. Sayangnya Zana datang pada hari ganjil [hari genapnya semalam]. Apa beza hari ganjil dan hari genap?

Hari Ganjil = Langsung tak masuk dapur, tak masak apa2
Hari Genap = Meroyan masak itu-ini, test-try resepi itu-ini

So, lepasni... sapa2 nak mai Bayu sila check schedule dgn Makcik dulu taww. Nanti jadi mcm Zana, kesian dia kena tolong perabih kuih raya lemau makcik. Ada 4-5 bekas, tapi kuih dlm bekas tu dok ulang2 kuih yang sama jugak. Apa kes kannn... huhuhu.. sorry Zana, next time bagitau awal2 kalau nak mai, aku masak Bihun Goreng Cap Bintang Makcik Rehan yang terfamous seantero alam maya. Hihihihihi...

Sakan kami berborak. Flash back zaman UKM. Down memory lane kekdahnya ekk Zana. Padehal masa kat uni, aku tak kawan pon dgn dia. Tapi oleh sebab Makcik Rehan ni muka 'unique' gittew dan ala2 fofular kannn...  makanya, walaupon i tak kenal orang, tapi orang sgt kenal i tawww... [sila percaya] Zana telah mengecam Makcik di dunia belog! [dah mcm penjenayah lak haku haa...]




Iskkk... takde makna makcik glamer kat uni weyyy... dia cam haku sebab aku jer yang gumuk dan fendek kat fakulti tu dulu! uwaaaaaaa... :((





CUBAAN PERTAMA YANG AGAK MENJADI





Well, at least utk tekak Makcik sendiri.

Tauhu Lembut bersos tiram. Baca resepi sekali lalu di sana-sini [internet]. Kebanyakannya suruh kukus. Koser haku ahh... nk mengukus bagai. Tak payah kukus, taruk jer tauhu tu dlm kuali sekali dgn kuah... jadi jugak [kalau korang buat tak jadi, sila jgn marah Makcik yerr]


 Buat penggemar produk soya macam makcik nih... semuanya habis licin kena ngap. Hehehe...

GETTING BACK TO WORK...




Cuti 60 hari bakal berakhir.... Harini last day cuti. Esok Makcik dah kena start berulang alik Rasa - Rawang semula. Terpaksa tinggalkan anak-anak tiap-tiap hari. Berat hati jugak, tambah lagi nak tinggalkan si kecik Asyraf. Tawakkal. Harap-harap bibik dapat jaga anak-anak dgn sebaiknya. Bebanan kerja yang melonggok-longgok kat PID sedang memanggil-manggil. Mujurla esok dah Jemahat.

Ada kerja ker? Bukan Makcik relax jer ker selama ni?

Ada okehhhh....

Tu...projek ICE AGE haku yang langsung tak bergerak gara-gara nak beranak haritu. The other 9 PIDs dah sampai stage mana ntah... yang hakuni, budak2 pon haku tak approach lagi. Dah la esok last day sekolah, budak2 dah nak cuti panjang kan? Ewww... jenuh la aku nak berjawab dgn EPU nanti!

4-6 Dis ni khabarnya ada kursus. Kursus dihujung tahun ni maklum sajalah... mulala sibuk nak mengarang report bagai... [Ezey, kalau ko nak start buat, bagitau aku ekk... kita start sama-sama hihihi...]

Selebihnya adalah tugasan harian/ mingguan/ bulanan yang banyak tertinggal sepanjang makcik bercuti 2 bulan [termasuk jugak yang haku tinggalkan sebelum start cuti. Kah kah kah]


Motif tunjuk MC besar-besar? Apa ko ingat ko sorang jer penah beranak?


Alangkah best kalau tak payah pi kerja, tapi duit masuk tiap-tiap bulannnnn... [oh, dan bibik juga harus tetap ada :P] - hint-hint sikit kat Pakcik... mana tau rayuan makcik diterima. Hihihi...


Wednesday, November 18, 2009

SELAGI BOLEH SUMBAT...





.
Ya benarrrr... selagi tekak boleh terima sayur-mayur ni [dan selagi stok dlm fridge tak habih] selagi tulah Makcik terpaksa mengadap makanan cenggini. Dengan harapan sampingan - jarum penimbang sudi bergerak ke kiri walaupon sekilo [apa kes dah 2 minggu lebih, 100g pon haku tak turun nih!]




Sayur-sayuran pon bagus untuk tambah produksi susu... ada betul ke Nieza?



Tuesday, November 17, 2009

SLEEPY HEAD





Asyraf yang mengantuk....



Lagi gambar di belog beliau


CD DAN POTTY





Semlm, akhirnya CD yang dh lama tersimpan dipakaikan kat Mencah. Niat di hati sambil-sambil nk potty train dia. Hehehe... CD ni hanya berani dipakaikan setelah budak ni dah berak. Walaupon bibik yang akan pre-wash CD ni nanti, cam kesian plak nak bagi dia cuci poo poo Mencah yang tersangat hazab kaler dan baunya ittew. [dahla bibik puasa harini]



Memang selesa. Mencah pon dah takde nak korek-korek celah panty macam yang selalu dia buat kalau pakai diaper [diaper XL pon dah sendat].

Start pakai lepas mandi petang, dalam pukul 4.45 ptg. Makcik ckp kat bibik, kol 5.30 bawak dia pegi kencing.So, kol 5.30 bila bawak dia masuk toilet, dia dok sakan kocak2 air dalam kolah. Kencingnya tak jugak.

Then pukul 6.30, Makcik tanya dia nk kencing tak? Budak ni buat derk jer. So, i drag her to the bathroom again. Malangnya CD dah berat! Ayoyoyyo...bila masa dia lepas?
OK Fine, at least tak bocor.

Tukar CD lagi satu.

Dalam pukul 7.30 lebih, makcik tanya dia lagi... nak kencing tak? Buat derk jerrr.... Heran pulak tengok budak ni dok tergedik-gedik kat celah sofa tu. Makcik bangun pegi dekat dia.... ADOOOIIIIII....

Mencah tgh sakan main pijak-pijak air.
Air apa? Air kencing dia hokay!
Gila dahsyat dia punya kencing, banyak giler sampai banjir ke lantai.
Bukan takat bocor sikit-sikit jer nih, tahap banjir kilat dah ni.

Terus jerit kat bibik suh bawak mop, dokong budakni bawak pi bilik air.

Walaupon ada lagi 2 set CD....Sorry, enuff CD for today!
Back to your dispo!

Makcik tanak pertikaikan daya serap CD yang makcik beli tu. Lagipun makcik baru pre-wash insert2 tu sekali jer. Menurut otai-otai CD, kena prewash at least 2-3 kali kan?

Apa yang makcik nak pertikaikan adalah tahap kencingan [apekah] si Mencah nih! Apsal banyak sangat ko kencing nakkkk... kot yer pon, tak kan ko bantai kencing sampai kosong terus bladder ko nak! Meleleh sampai berlopak atas lantai, macam tak pakai lampin langsung kekdahnya.

Nilah bahana minum susu terlampau banyak. Dah la skang musim hujan, sejuk. Bila kala pulak la CD-CD yg makcik basuh tu nak kering...

Tengoklah camana... adakah esok akan ber CD lagi ...
atau berdispo jer terus sampai besar!




Monday, November 16, 2009

DARI DAPUR MAKCIK REHAN




Malam semalam, gedik giler nak memasak. Pukul 12.30 mlm, selepas semua orang dah 'bersemayam', MR sarung apron masuk dapur. Tiba-tiba saja sangat teringin nak 'menjala' dan 'merendang'.

Saksikan bukti bergambar di bawah
[eceh... beria-ia tunjuk bukti plak!]


 Makcik tak tipu, rendang makcik sedap tapi masam!
Tapi tetap habis licin hokay...




Marvellous!
Berebut-rebut budak opis PS nak tumpang makan tawww...




Petang tadi masak sayur campur untuk dinner.

Alhamdulillah, semuanya habis licin :P
[tu tandanya sedap dan lazat kan?]



Sunday, November 15, 2009

DI HARI MINGGU YANG SEJUK DINGIN





Pegi Tesco beli brg dapo.
Hantar bibik balik jumpa koloni dia.
Singgah isi perut kat umah Nenek Onah.
Balik Bayu lepas maghrib.
Layan budak-budak berkubang dlm bilik dgn harapan depa tido awal.
Menonton perlawanan tenis tanpa perasaan [sambil melayari internet :P]

Itu cerita Makcik. Anda?




LENGGANG PERUT

.






Tajuk sebegitu sempena semua mai bawak perut kosong dan besaq
[kecuali Makcik Rehan - sila percaya].
Malas bercerita, biarlah gambar yang berkata-kata.

Seronok menggedik tak terkira, sampai hampir lupa daratan kekdahnya.
 Orang paling jauh yang mai, adalah juga orang yang paling last balik.
 Jasa Tora Terbang dikenang sampai bila-bila.

Terima kasih kepada tuan umah - Ira
[gigih aku hayun perut panjat sampai tingkat 3 umah ko ira],
dan tahniah buat Sha di atas kelahiran Aiden Raouf
[harap2 spelling makcik betoi. Sungguh stylo nama ittew... makcik soka]

Nexttt... ada berani lenggang perut ke Taman Bayu kah?
Sapa nak join, sila submit nama mulai sekarang.
Makcik nk pacak khemah!





Saturday, November 14, 2009

Contest Anak Dara Ku Bertocang by Sitisifir10






Organized by :

Motip masuk contest? Nak menang baucer pi JB tu. Kan Makcik penah citer dlm entry sebelumni,
tahun 2009 ni kami belum pegi merendek kemana-mana lagi. JB pon JB lahhh.....

Sangat nasib baik sebab gambar zaman tok kaduk ni tersimpan di photobucket.
Ni zaman Mencah redha di tocang. Kalau sekarang, jgn kan nak tocang...
nk sikat rambut serugum dia tu pon dia tak bagi.


 My daughter Aisyah - 2 years 7 months old now. She was about 1 year plus in this photo.

So, thats it. Diminta blogger-blogger lain sila jangan masuk contest ini
supaya chances utk kami anak beranak pegi ke JB tinggi yerrr... :P

Eh, baru terperasan, hadiah sudah tukar! 1st prize dpt baucer 3D 2N Hong Kong
[tataula baucer hotel saja atau sekali dgn tiket flight].
Anyway, syarat pon dah bertambah [sebab penaja dah bertambah]

Kepada ibuk-ibuk yang sokmo gatal tgn nak shopping online [mcm Makcik Rehan nilah...]
sila berkunjung ke Fitrah Cinta untuk lihat apa barang best yang ada di sana.
Sambil cuci mata tengok barang, boleh jugak kenal-kenal dgn empunya kedai - Sis Sari.




MY BROTHER, MY NEPHEW





Tribute to my younger brother [Uncle J]


Thanks for everything!



UPHOLSTERY [Spelling apekah?]






Pas buat entry ni, nak pi selongkar celah-celah tilam, bantal, lemari kasut, kabinet dapur, bawah katil bibik, belakang mesin basuh... KOT-KOT JUMPA DUIT HENGGET 5-6 RIBU. Amin.



Tehengen nk transform the above [gambar 1st - pinjam google punya jer pong!]
our plain-busuk-peruk-masam-huduh-morah cavenzi sofa menjadi any of these sofas!
[Semua gambar googled]





 Kalau tak jumpaaaaa....
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Makcik Rehan akan terus berangan...
[Gilo ko apo nak jahit sendiri!]


Friday, November 13, 2009

AISYAH, MAGGI DAN LOBAK PUTIH





Semakin malas menaip. Jimat tenaga demi 99HTN [kononnnnn].






MEREKALAH SEGALANYA... [agak syahdu di situ]



.



Petang semalam.

PS kalau balik keja jer, memang budak-budak nilah yang dia capai dulu. Mak dia sangat soka hati melihat adegan ini. Bolehla melayan siaran ulangan Nur Kasih dengan aman. Kalau Mencah 'jaga' jgn harap boleh lari dari channel 613 versi Melayu. Yerrr... haku terlepas ketapi malam. Kamu-kamu semua memang dah lama addicted to Adam dan Nur ni. Makcik baru nak berjinak-jinak. 3 pelakon yg saya soka lihat, Tizzy [she used to be called as that; i baca dlm paper :P] Seripah Sopiah dan Ummi Nazira. Kalau takde depa2 ni, drama ni kurang kick! [setuju tak?]


RASA NAK PI MEKAH BILA HANTAR ORG PI MEKAH

.










Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker