Pages

Friday, July 31, 2009

AGAK TERGEMPAR


.

Terbaru dan terkini dari PS.

PVD [dept dia] dah tutup start harini - kena kuarantin. Tatau sampai bila. Nak tanya panjang2, dia nk becakap pon mcm tak larat. Yerr.. PS jugak sedang demam. Aduh risau.

Sudah ada kes Selsema pok pok. H1N1. Tulah, asyik dok pergi-balik obersi. Balik bawak virus.

Yang paling tak best adalah : Malamni mama kena tido kat umah Atuk dgn Aisyah. Sebab Babah kena kuarantin.

Habis tergendala program hari minggu.

So, nak pergi Klang tak?
Nak singgah besday party ke tak?
Nak open table untuk intan berlian ke tak?

Kesian satu vendor tu. Terpaksa cancel tournament bola mlm Sabtuni. Rugi ribu-riban. Stadium dah book. Makanan dah order. Hadiah, doorgift semua dah beli agaknya.

Wyra, baik suruh Shujin cepat2 revise tarikh utk tournament Futsal. PVD sedang terancam [mcm melampau jer guna perkataan terancam kan?]

Sekian, MR melaporkan untuk hari ini.

p/s : Nak beli Brooch kat Bizkizz masih selamat. Takde direct contact - kita pakai posmen hantar brg. Hahaha...



Iklan Selit :
MAHARANI - RM 13 per pair






JUMAAT DAN TABIS-TABIS


.
Jumaat dah weh....

Syiok!

Esok ada acara makan-makan kat umah Maksu kat Klang. Mak, Ayah, adik badik dan sedara mara semua akan bergenut kat sana.

Harus i bawak stok intan berlian ni ke sana kan?

Alahaiii.... Aisyah dok sibuk nak Tabis Tabis plak dah... dari malam tadi dia tunggu turn nk tengok youtube. Ok la nak.. mama kasi can la sementara mama siap2 beg2 skolah kamu.

Sambung kat opis nanti yerrr....



Iklan selit :
SEMARAK KASIH : RM 13 per pair





Thursday, July 30, 2009

TERKINI TAPI TAK SENSASI


.
PS talipon i sat tadi.

Seperti yang diduga, dia amik hap day - MC.

Demam.

Cycle demam anak-beranak akan bermula semula.

Mencah pass kat Mama.

Mama pass kat Babah.

Babah nak pass kat sapa?

Mencah balik la yang kena!


p/s : Jelesnya, laki i boleh tidur sedap2 dlm bilik tanpa gangguan. Sedangkan i tgh mengadap 3 org student dlm kepanasan PID. Ingat pesanan penaja : Jalankan tanggungjawab anda dgn penuh amanah. Baekkkk puannnn...

Saya yang menurut perintah,
Makcik Rehan






CABARAN : SANGGUP BERHADAPAN DGN GOLONGAN PUTUS WAYAR?


.
MR perlukan assistant dengan kadar yang segera. Sekurang-kurangnya ada DIPLOMA dalam IT, Sains komputer, System atau apa2 shj yang berkaitan dgn komputer [bukan kalkulator okeh!]


Syarat paling penting :
  • Kepala otak mesti tak betul mcm i, tapi mesti rajin datang kerja [sebab dia kena cover i yg malas dtg kerja]
  • Umur mesti tak lebih dari i [mana boleh boss lagi muda dari kuli, macamana i nak jadi pembuli]
  • Mesti rajin sapu sampah dan buang sampah [sebab i malas buat 2 kerja tu]
  • Mesti pandai format komputer [sbb komputer kat sini selalu rosak dan i tak reti nk buat kerja tu]
Mesti ada tahap kesabaran yang tinggi untuk :
  • Melayan golongan putus wayar yang tersangat ramai di sekitar Rasa nih - Pakcik Oxford, Amoi speaking, Mamat PDA dan lain2 lagi
  • Melayan golongan ketar lutut - nk langkah bendul pintu PID pon mcm nk tercabut engsel lutut [warga platinum - lebih tua dari warga emas]
  • Melayan golongan tak reti dan tak paham Bahasa Melayu tapi dengan konpidennya bercakap Bahasa Inggeris tahap longkang DBKL [maaf DBKL, anda menjadi contoh di sini]
  • Melayan golongan mat rempit dan mat punk yg tak abih2 dgn kerja mendownload lagu dan games, tengok youtube, main myspace dan chatting.
  • Melayan budak2 bawah umur yang datang PID tanpa tujuan. Tojah sana-sini, klik sana-sini, on-off pc tujuh, lapan kali - ingat PID adalah cc untuk main game tembak-tembak!
  • Melayan 'surirumah terdesak' yang boring tatau nk buat apa kat umah - daftar nak belajar komputer tetapi muncul hanya sebulan sekali. Dan setiap kali datang adalah : Akak dah lupa la cikgu, akak nk mula balik semula boleh....
  • Menaip minit mesyuarat dan surat AJK JKKK Taman Keruing walaupon hanya beberapa ayat
  • Menaip invoice lori transport Pakcik Sakayam
  • Menaip dan mentranslate brochure Makcik Yakult
Gaji? Standard gaji Penolong Pegawai Kerajaan - sila kepochi kat laman web JPA. i tak penah ambik tau berapa gaji assistant i [sbb bukan i yg bayar]

Faedah2 lain? Sama jer mcm Penolong Pegawai Kerajaan yang lain, cumanya... anda adalah berstatus KONTRAK. Jgn bimbang, kontrak akan di renew setiap tahun selagi Bapak-bapak menteri belum timbulkan usul dlm parlimen nak tutup PID. Hehehe.. tapi dengar2 nya kontrak dengan gaji 'lumayan' ni sampai hujung tahun 2010 jer. Lepas tu, boss dan kuli sama2 nganga....

Sesiapa berminat nak berkongsi tension dgn MR kat PID Rasa nih, sila buzz i kat ym. Nanti i bagi address kementerian, u oll boleh apply. Excuse me.. bukan i yang interview atau ambik u oll bekerja hokkay... Putrajaya yang akan decide. I hanya akan menjadi boss u oll secara automatik, sebaik saja u oll melapor diri di Pekan Koboi ini.

Kalau berani, Cubalah! [macam iklan daaaa....]



Iklan selit :
QUEEN RANIA : RM 14 per pair




VOTE UNTUK POMPUAN INI


.
Oleh sebab kami sama-sama gila... maka i kena tolong dia menang contest ni. Walaupon kami tak tau apa hadiahnya, i tetap support dia. Tapi sgt2 berharap, hadiahnya adalah bukan sepasang seluar jean's Levi's yang bersaiz 23. Walaupon dia tak kembang semangkuk mcm i, tapi i kompom pompuan ni tak boley pakai seluar saiz tu.


Sila pergi ke SINI dan
tick calon dgn code no : BPC40 - Oli aka Oli,
lepas tu tekan butang VOTE


I skang dah keje sebagai pengarah kempen Pilihanraya untuk pompuan ni. I terpaksa lorrr.... sapa lagi nk tolong dia kalau bukan i... pompuan yang sama2 gila mcm dia. Dah la i senasib dengan somi dia.. kesian kami tawww [jgn tanya apa persamaan kami, rahsia perniagaan!]

Lepas u oll dah vote, suruh kawan2 opis u oll pulak vote. Lepas tu emel para somi dan adik beradik u oll yang kerja di pejabat [ada line internet] utk vote jugak. Lagi bagus kalau u oll suruh boss u oll pon vote jugak. Kalau depa tamau vote, u oll curi2 guna PC depa masa rehat utk vote calon no 40 tu.

Sekian.

Iklan selit :
BUAH BERRY : RM 10 for 3 pcs








SAYA, SOMI SAYA DAN BELOG SAYA : ENTRY KENA GAM UHU

.
.
Di atas sambutan yang sungguh tak terduga, entry ni akan 'melekat' kat atas ni sampai semua org buat contest ni. Hehehehe. Joking. Ini adalah peluang utk anda berkongsi rasa dan rahsia tentang belog kesayangan anda. Jom ramaikan korum!

Hadiah utk melaram di hari raya [sumbangan Bizkizz] sedang menunggu anda!

Untuk latest entry, sila scroll selow-selow ke bawah.

=======================================


Ada worang tanya i....
PS baca tak belog ni?

i jawablah
Baca kot. Entah... naper?

Depa tanya lagi
Kalau dia baca, agak2 dia sentap tak dgn apa yg MR tulih pasal dia?

i jawab
Entah... tak penah tanya pon. Dan kami tak penah pon bincang secara saintifik specific tentang satu-satu entry yg i buat kat belog ni.


*************************

Mesti org tanya i camtu sebab kengkadang i selalu buat entry yg ala2 laser gabin kat laki i kan? Ada org lain yang seram-sejuk kut nak kritik laki sendiri, so, bila depa baca entry laser MR depa rasa macam...


'Wah, beraninya pompuan gemuk ni laser laki dia'

atau
'Laki dia tatau kot dia ada belog ni'
atau
'Lepas laki dia baca entry ni mesti depa berperang laki-bini'
atau
'Pompuan ni mesti ada masalah komunikasi dengan laki dia'



atau....
.
.
.
.

Wallaweyyy... pompuan gemuk ni giler cool la!
Rasa mcm nk buat idola okeh!

[itu adalah ayat perasan hazab ciptaan i sendiri. Muahahahaha]


Kawan-kawan, mai nk bitau... PS tau kewujudan belog Mencah ni. Dari mula2 belogni wujud sampailah sekarang. Dia ada jugak baca belog ni kengkadang. Errr... bukan baca rasanya, dia scroll laju2 tengok gambar anak dia saja [laki i sgt malas membaca]. Bila dia tengok belog Oli, dia rasa mcm nak pitam tengok text banyak2 sambil berkata, Mak aiii... apa benda panjang2 pompuan ni taip ni!

i rasa PS menerima kewujudan belog ini sebagai online diary utk merakamkan kisah kami esp. anak-anak [bubuh plural siap2 :P] Entry2 lain tu sebagai sampingan semata-mata [kan sumber pendapatan 16k kannn...]

Pasal entry yg berbaur laser gabin, DIA TAU. Cuma i tak pasti dia baca ke tak. Hehehe... sebab, bila i rasa bengang ke haper kat dia, i akan cakap kuat2.... Eeeiii... geram! Ni yang nk membebel dlm Blog Mencah nih! i tau ada kengkawan rapat dia yg baca belog Mencah. And dorang still keep in touch. Kalau dia tak baca pon, i rasa kengkawan dia tolong kepochi kat dia. 'Weeeiii... bini ko kutuk ko weiii... muahahaha' [itu adalah contoh :p]



**************************


Dia support MR blogging tak?
Biasa2 saja. Sebab dia tau i keje sgt heaven kat PID ulu banat nih. What else for me to do? 24 jam hadap internet. I've got no office colleagues like u olls. Serius taww... i keje 2 org sajork. Tu pon mujur assistant i pompuan, leh gak sesambil 'mkn ketupat'. Dibuatnya pasni i dpt assistant jantan cam Zalia Chayok, tak ker lagi boring? So, i pon berbelog lah!

PS ada gak tanya soklan2 berikut, yang antara lain menggambarkan bahawa 'he has no offence with his blogging wife'

Duit iklan dah berapa dapat? [Nuffnang la tu]
Ni masak lauk pelik2 ni tanak citer dlm belog ker?
Wah, cantik la brg ni... pi la juai dlm belog!
Cepat tangkap gambarni bubuh dlm belog. Biar Aisyah tengok bila dia besar nnt.
Mingguni Zalia turun berapa kilo? [i la yg tulong hapdet PS tiap2 minggu]

Dan tindakan2 berikut juga adalah menggambarkan PS tak kisah i berbelog:

Digicam yg dia belini dah mcm hak mutlak i. I rasa dia nk guna pon tak baper geti :P
Laptop kat umah tu pon dia yg beli, tp i yg ada authority penuh nak guna
Line stremyx tu pon, bini dia yg byk conquer

And sometimes bila ada problem dgn internet or whatsoever, i will consult him or his friends. Contoh masa Google dok menggila delete blog suatu masa dulu. i tanya dia... then dia tanya kawan dia yg terer IT. So, he knows [and also concern - in someways] pasal belog Mencah.

Dan buat masani kami TAK PERNAH lagi bergaduh atau berselisih pendapat sebab belog mencah.


***********************


Soklan seterusnya,
Ipar-duai sebelah PS baca tak belog ni?


i jawab
Pedulik haper.... tak puas hati kalu, lu buat la belog sendiri!
keh keh keh.....



********************************


So, i rasa sedih dan kesian jugak kat kawan2 blogger yang 'suami mereka tidak menyenangi isteri mereka berbelog' [paham ker ayat ni?]

Yang paling sedih, sampai ada yang en. somi suruh DELETE BELOG. Kenapa sampai mcm tu ekk? Shimex [if you reading this], naper ekk? Padehal ko takde pon kutuk laki ko mcm haku nih! Bukan ker patutnya, kita ada hak dan privacy utk bersuara?

Ibuk2 sekalian, sila dedahkan konspirasi 'saya, somi saya, dan belog saya' di belog masing2. Wah, ni dah mcm contest plak ni. Dah alang2 kan...apa kata u olls buat karangan dengan tajuk ni, pastu link kat Belog Mencah ni [demi 16k kannn] nanti entry yg paling best i bagi hadiah tajaan boutique Bizkizz 5 bintang i tu.... kekekeke...

Satgi i terjah baca entry konspirasi u oll plaks :P


Updated :
PESERTA PERTAMA : Oli SawSawLady
PESERTA KEDUA : Del
PESERTA KETIGA : Amy Sweetdarling
PESERTA KEEMPAT : Aznie Bunnie
PESERTA KELIMA : Nieza
PESERTA KEENAM : Layla
PESERTA KETUJUH : Fara Mommy Kyra
PESERTA KELAPAN : SitiSifir
PESERTA KESEMBILAN : Kak Mah Gali
PESERTA KESEPULUH : Ila Skirt Kembang
PESERTA KESEBELAS : Kimoblade
PESERTA KEDUABELAS : Adikmanjer


Thanks for sharing and participating! U olls memang rockkkk!




Iklan selit :
BINTANG TIMUR : RM 10 per pair







BZZZZZZZZ.....


.



Busy like a bee. Not a normal bee. The queen one! Hahaha...

Kidding.

Semalam MC. Demam Mencah sudah jangkit sama mak dia. Kami 2 beranak dok lawan batuk. Pegi klinik, sampai kena baring, check segala sudut :P. Tak penah2 doktor check patient beria-ia sampai mcm tu. Dan klinik pon sgt ramaiiiii oranggg... sampai rasa nak tertido nunggu turn. Oh ya, sat tadi Zalia baru bagitau. H1N1 dah sampai Tg Malim. Ada Kolej UPSI [asrama] yang dah kena tutup. Dekat dah tu dengan Rasa, Batangkali, Serendah, Sg Choh... Rawang!!

Nauzubillah. Harap semuanya terkawal.

Malamni PS lak ngadu tak sedap badan. Silap2 esok Apak si Mencah plak yg MC. Laki-bini sama naik. Pantang dapat peluang, MC manjangggg... kekekek.

Thanks to Kak Mah Gali, Ila Skirt Kembang [bkn skirt dia jerrr... dia pon mcm dah kembang skang ni! larikkk!] dan Kimoblade sebab join contest SAYA, SOMI SAYA dan BELOG SAYA. Fara Mommy Kyra pon dah join - i belum sempat baca dan buat 'penjurian'. Nanti i kepochi ekkk....

Semalam seharian kat umah, MR sempat update stock Bizkizz. Sila kelik tengok-tengok. [kalau tengok sambil beli lagi baguih :P] Baik korang-korang sumer tolong beli... kalau tidakkkk.... mesti PS tension sebab last2 dia yang kena paksa oleh bini dia utk bawak brooch tu pi juai kat opis dia.

Lepastu mula la sejam sekali bini dia talipon, sms dan email tanya : Dah berapa ketui laku? [hahahahazabbbb punya bini...]

Nanti dia jawab : Tak laku la yangggg.... orang sekarang dah tak pakai tudung la...

Bak kata Wyra, ntah dia tunjuk kat org ntah idak. Silap2 dia kepam dlm laci jerk!
[atau mungkin dia nk bagitau, orang sekarang dok asyik pakai tudung Ekin jer kut, tak yah nk hazab2 nk kepit2 dgn brooch] Isskkk... sapa la yg design tudung Ekin ni kan? Potong stim betoi la... [sila jgn ambik hati yer wahai para peniaga tudung Ekin :P]

Weyyy... beli la weiii.... [ tudiaaa... takde cover-cover dah! :)) ]


Iklan selit :
EMBUN CAT-EYE (BB BROOCH) : RM 10 for 2 pcs





Tuesday, July 28, 2009

TABIS TABIS


.
Mencah sekali-sekala jer tengok teletubbies. Time balik kampung kat Perak jer sebab kat sana tadak Asteruk. Bila kat sini, MR bagi dia layan youtube sajork [sudahnya, asyik berebut laptop jer kami dua banak!]

Weekend baruni kami pi Giant Batu Caves sebab PS nk redeem voucher Giant yg dia dapat. Camana dia dapat voucher tu ekk.. dia ada citer, tapi kuar masuk kat tinger kanan-kiri jerk... tak ingat dah :P Kat Giant kan ada playland kat tepi food court tu? Paham2 jerlah. Aisyah berlari berdesup masuk buat mcm taman menan bapak dia. Sekejap jer dlm tu, pastu dgn berkaki ayam, dia lari keluar sebab nampak org jual patung yg isi angin [mcm belon tulah-tengok gambar :P]

Dia bantai peluk sekor teletubbies kaler biru yg bapak punya besar! lagi tinggi dari dia. Hazab tengok dia nak mendokong menatang tu. i pujuk2 suh dia amik yg kaler merah ni. kecik pon kecik, murah pon murah sikit. So, outing kalini 'agak aman' sebab dia sibuk dok kelek 'baby' dia tu. Nak pinjam kejap pon tak bagi hokay! [baguslah, kalau tak... siksa lak kami nk mendokong menatang tu kan?]







Gambar2 ni di kelik-kelik masa kami tgh mkn kat restoran Rasa Mas [kalau tak silap, ala... yg opposite The Chicken Rice Shop tu. Tolong jgn mkn kat sana - SUNGGUH TAK SEDAP]. Dia mana mau makan.. sibuk dok main dgn 'tabis' [dia sebut tabis-tabis]. Kerusi tinggi tu Salesgirl kat booth depan tu punya. Depa gelak jer tengok dia dok dudukkan tabis dia atas tu. Layan jerla nak.. jgn ko melalak sudahh...

p/s : Budak2 sales girl tu dok tanya MR ngandung kembar ker? Perut akak besar! Laki i kata : Bukan perut dia yang besar, memang badan dia yang besar dik oi! Muahahahaha... sampai hati you banggg....



PNEUMOCOCAL DAN GREEN TEA


.
Satt... nak pi kencing sat. Satgi i sambung taip okeh!

Agak kesibukan dgn Bizkizz. Alhamdulillah, slow but steady [sedapkan hati kekeke].

Aisyah? harini pegi nursery semula. Menangis manja sambil merayu nk atuk... nk atuk [tanak pi skul, nk pi umah atuk] I have to hantar taska jugak. Habiskan mingguni at least. Minggu depan kita pikir lain sbb Maktok dia dah datang sini.

Malam tadi mcm biasa, batuk-batuk-batuk.... berkahak [tp tak reti nk kuarkan kahak tu] muntah lagi. [tiap2 mlm kan?]

Ramai yg bagi cadangan suh bagi jab pneumococcal [betui ka spelling aku?] kat Mencah. Nieza pulak suh cuba bagi madu khaula. Semuanya akan dipertimbangkan. Thanks Mak Doyah atas explaination panjang lebar. Saya dah copy, paste semuanya dan send ke email PS untuk tindakan lanjut.

Saya menghargai jasa baik teman2 blogger yang tak jemu2 berkongsi ilmu. Saya yg sangat cetek ilmu parenting, amat menghargai keprihatinan anda semua.

Skang pasal mak dia pulak. Dulu i penah cakap kan... i selalu sembelit dahsyat. Weekend lepas [Ahad kalau tak silap] kena lagi sekali. Horror! Risau jer kalau tetiba terberanak dlm toilet time tu. So, teringat pasal Eynda dok minum green tea. I pon try la. Baru 2 hari. Beli sama mcm Eynda punya brand - BOH. Tapi, nilah nk tanya pada yg pakar... rendam teh tu dlm baper gelen air ekk? Aku bantai rendam dlm jug [sederhana size] sampai kaler teh tu cair kemain. Betul ker salah? sepatutnya apa nisbah kecairan dia [perghh...dh mcm subject sains la pulokk :P]

Pastu, minum green tea ni memang boleh membantu melawas ker? [nampak sgt aku scroll laju2 jer info pasal benefit green tea yg Eynda tepek kat belog dia :P]

Sila beri tunjuk ajar ya!

p/s : Entry bergambar menyusul kemudian ekk....




Monday, July 27, 2009

SITUASI SEMASA : KURANG MENGGEMBIRAKAN


.
First and foremost, tima kasih kat kengkawan yg share kisah SAYA, SOMI SAYA dan BELOG SAYA [penyertaan masih dibuka]

Harini 2nd last day sebelum i betul2 kene keje sensorang kat PID. Apa nk jadi pasni? Setakat ngajar OK lagi. Bila bab nk buat aktiviti dan nak run AGE paperless project tu yg hazab kemain tu. Nak install software pon tak lepas2 dari minggu lepas, apa kes ntah. Dok berbunyi tettt... tetttt... mcm kapal selam nak berlabuh!

Saya dilema lagi. Kesihatan Aisyah sgt tidak memberangsangkan. Tiap2 malam ada episod batuk yg dahsyat dan muntah. Secara purata, satu hari 2,3 kali muntah. Setiap pagi, basuh cadar, selimut dan sebagainya. Satu umah bau masam. Ada satu ketika, pukul 4.30 pagi kami kepit dia nk bagi mkn ubat. Bergegar Taman Bayu dengar dia melalak. Lepastu i pon sama2 menangis tersedu-sedu sebab tengok dia melepek peluk bantal sambil teresak-esak menangis mcm budak kena dera. Mulut dia sampai tak boleh nk cakap [sebab terlampau menangis] dok sebut maaaa... maaa..... maaaa... merayu-rayu.

Bangun pagi, saya tenung wajah anak... sambil dok pikir, sampai bila nk macamni. Pastu dok ulang cakap kat PS, kita hantar umah mak yerrr.... tak sampai hati nak bagi dia tempah 'penyakit' lagi kat nursery. Malam tadi dia batuk dan muntah lagi. Sampai kuar muntah ikut hidung. Kesian sgt tengok. Risau pulak kalau asyik batuk dan tak sihat mcm ni nanti lama2 kena semput. Pagini saya masuk lambat lagi ke opis. Badan dia mula pijar. So, saya tebalkan muka dan hantar anak ke rumah Nenek Onah.

Hujung mingguni Mak saya dtg KL.Tadi dh mengadu kat mak. Mak pon tgh usaha carikan org kat kampung yang sudi nk jaga Mencah kat sini. Nanti nk suruh mak stay lama sikit kat sini, jagakan Mencah barang seminggu dua. Kalau takde solution lain, Mencah terpaksa di pos ke Perak sampai saya bersalin. Keputusan yang paling sukar!

Saya perlukan bibik. Habihla aku korek tabung Mickey Mouse kat atas lemari tu nk bayar bibik wehh... demi anak, tak kan nak berkira kan?








Thursday, July 23, 2009

SEMAK MATA MEMANDANG

.
Akhirnya awning utk poch keter dah siap. Punyala lama menunggu Indon2 tu buat kerja. Dekat 3 bulan hokay! Padehal rumah kami adalah betul2 sekangkang kera. Sila jgn tanya aku sapa contractor yg buat - Sumpah tanak rekomen kat sapa-sapa!

Hasil kerja? biasa2 saja lorr. Buat bumbung jer kan, sama jerla mcm contractor lain buat. Tapi... tapi... tapi... i am very the hangin bila tengok saki-baki kerja yang tak dikemaskan. Padehal, peti sampah [panggil peti ker ekk?] betul2 ada kat sebelah tu jer. Hazabnya lah depa ni buat kerja. Si Mencah lak memang pantang nampak mender2 yang bukan sepatutnya jadi mainan - yang itu yg dia nak main! Makanya, terjerit2lah haku kat dia setiapkali nk kuar masuk dari keter. Abih... kesitu jelah tujuannya....



Ni ada selonggok saki-baki zink yang depa biarkan jer kat tepi pagar. Tajam bergerigis. Kalau kena kat kaki si Mencah yg lagi suka tak pakai kasut dari pakai kasut... apa citer?



Ni lagi selonggok!


Nak tunggu PS aka suami mithali ku yang bersihkan zink2 tu jgn haraplah... Laki i very the rajin mcm bini dia jugak kan. Last2, apak mertua ku yakni Atuk Acan yang membersihkan semua2 tu. Hehehe.. kami bukan tamau buat Abah, kami sibuk sikit. Cadangnya nk buat hujung mingguni, tapi tengok2 Abah dah bersihkan pulak [siot jer kan ayat aku] Tima kasih Abah.... :P


Yangni citer sampingan. Supaya korang semua dapat bayangkan betapa semak-samunnya porch sekangkang kera kami. Kami tak beli pon ampaian besi nk sidai kain tu. Sebabnya mender tu mkn ruang. Nanti porch ni tak muat nk letak si kontot dan si merah. So, i main sidai jer kain baju yg besar2 kat pagar hijau, dan baju mencah yg kecik2 pulak i hang jer kat penyidai kontotni. Janji kering. Nanti bila dah kuar baby lagi satu, mesti umah i jadi gelap sebab keliling pagar semua kena block dgn kain kan? Very the selebet lah jadinya. Keh keh keh.. hada aku kesah?



Hazab tak hazab... rak kasut pon bertagak-tagak nak beli!
Berterabur kat depan pintu.


Jadinya, moral of this entry adalah : Kalau sesapa yg bercadang nak beli umah... kalau ada duit lebih sikit tu... belilah umah yg besar yer. Sekian, harap maklum.

Selamat Hari Jumaat!






KERJA YG MR PALINNNGGG TAK SUKA BUAT


.

MR sanggup basuh kain sebeban [bukan i yg basuh, mesin yg basuh hehe]. Tapiiiii i paling maaaaalasss nk sidai kain dan lipat kain dan jugak gosok kain. [Aiyooo..byk yg malas dari yang rajin, i need bibik kan?? :P]

Tini, i harap PS baca entry ni dan hadiahkan jugak bibik utk i. I jeles taww... ayah Umar hadiahkan u bibik... i pon anak nk masuk 2 dah ni, dah selayaknya dapat bibik kan? :P

Semalam bergegas balik Tmn Bayu sebab baju dlm mesin basuh belum sidai dari semalam. Nasib baik tak busuk! Tapi i bilas semula baju-baju tu takut bau masam [siapla nnt kena tadah telinga dgr PS membebel kalau baju dia bau masam]. Lepas siap sidai kain, ternampak plak longgokan menda alah ni... [ternampak konon!]



Wallaweyyy.... tengok jer pon dah terasa sakit pinggang!


Hangkut semua bawak masuk dlm bilik, pasang aircond kuat2 [lipat kain dlm air-cond hokay, giler ngengada!] dan i pon melaksanakan operasi melipat kain dgn berat hati. Baru 5 minit lipat, pinggang dah sakit sbb i dok atas lantai. Siksanya nk melipat sebab perut dah besar dan keras [lagi2 membuat alasan] Walaupon dlm aircond, haku berpeluh-peluh hokay! Makanya, demi nk menjaga kesihatan diri [kan tak baik kalau sakit pinggang :P] i pon 'asal lipat sudah' semua kain-kain tu. Bak kata mak i.. lipat mcm tgn tak bertulang!


Taraaa! KLCC senget dah siap!

Baju Mencah sajer sampai 5 kilometer kan? [ok, itu adalah statement over] Cadar kami dan cadar dia, dua-dua dia bantai muntah dan kencing. Baju dia pulak sampai dekat 7-8 pasang sehari sebab muntah dan kencing dan comot etc.

Ni satgi balik nanti ada lagi segunung nk kena lipat [yg i sidai semalam tu kan] Tolongla weiii... pinjam la bibik korang weiii....


p/s : apsal tetiba byk benar entry aku buat hari ni???? Esok mesti aku sangap takde bahan dah....








KAWAII TOKYO


.
Semalam masa sampai umah, nampak ada parcel kat atas pagar [posmen letak kat luar sebab tak muat nk bubuh dlm peti surat kot]



Baru i teringat, haritu i ada gatal2 bagi particulars masa Kawaii Tokyo ni buat promo kat Nuffnang. So, rupa-rupanya depa bagi trial kit ni...



Dalam kotak comel tu ada 4 benda ni termasuk sepaket tissue paper dlm packaging yg comel dan sungguh gedik.



Comel kan pembalut tissue ni? Tetapi, Makcik Rehan rasa, beliau adalah terlalu tua untuk menikmati kecomelan brg2 kaler pink mcm ni :P. i bukan lagi budak2 remaja lorrr....



Brg2 ni datang bersama 'surat cinta' berikut :P
I tauuu... u olls pon malas baca mcm i jugak. So, i highlight siap2 dgn kaler hijau kat bahagian yg penting. Senang citer mcm nilah...

i boleh dapat actual retail bottle of the above brg2 every month kalau i berjaya menawan hati para juri dengan membuat entry berunsur promosi tentang brg2 comel mereka di belog ini.

i bukan tak mau buat... tp i ni kan terlampau amat rajin menjaga kecantikan diri. Trial kit mcm ni dh byk kali sangat MR dapat, pakainya hareemmmm... nak cuci muka dgn pencuci muka pon kadang2 tak sempat [tipu la tu...] inikan pulak nk berlotion-lotion bagai [Olay total effect i dah habis dikerjakan oleh Mencah!]

Anyway, i akan try jugak brg2 tu [kalau i ingat larrr] dan akan kepochi kat sini kalau tetiba wajah i jadi chantek jelita hasil dari pemakaian produk ini :P





ANAK ANDA MCM NI GAK KER?

.






Kerrr... anak kami jer mcm ni? Kena at least 2 org dewasa kepit dia. Tu pon dia tujal2 ubat tu dgn lidah. Meleleh-leleh sampai ke leher, mata, rambut segala. Dalam satu botol ubat tu, separuh daripadanya habis meleleh keluar. Yang betul2 masuk dlm mulut dia tak sampai setengah kot.

Kalau ubat dah masuk dlm tekak pon, nanti dia teran sambil batuk2 untuk kuarkan balik ubat tu. Menangis jgn cerita la.... ketua kampung pon boleh terbagun dari tidur kalau dengar budakni melalak! Geram wooo.... kita ni nk bagi dia cepat sihat...

Alhamdulillah, hasil kepit mkn ubat oleh Nenek Onah sejak 3 harini, demam dia dah kebah. Malamni dah boleh balik Tmn Bayu tapi esok still tak akan hantar dia ke nursery. Samaada i bawak dia mai PID atau tinggalkan kat umah nenek onah lagi. Minggu depan kalau semuanya OK, i hantar dia pi nursery semula *sigh..... bermula lagila episod demam dia*

p/s : i tak sempat nk jogging masuk blog u olls semua sejak 2,3 harini. Sepagi tadi dah busy mengupdate bizkizz. Komen2 pon tak sempat nak balas. Skangni kelas tgh penuh lak dah. Si Ika bertuah ni pon tetiba muncul. Malam kang kalau free i singgah blog u olls ekk....








Wednesday, July 22, 2009

KENTANG DI TENGAH RUANG

.
Rutin MR mingguni kelam kabut sikit. Balik sini, mandi sana, salin baju sini, tidur sana etc. [merujuk kpd Kg Melayu Bt 16 dan Tmn Bayu] Tambah2 lak sejak Bizkizz dah 'idup balik' ni kann... But still, i ader masa jugak nk buat housekeeping kat Tmn Bayu [motifnya nk bitau kata hakuni rajin ngemas umah la tu...]

2 hari lepas, masa tgh gigih mengemop lantai [tak lalu nk pandang lantai yg nampak berselaput dgn muntah Mencah, susu dia yg ditunggang mcm botol kicap, habuk2 biskut dia and so on] i jumpa ni masa korek2 kat bawah sofa.

Patutla tupperware simpan bawang yg haku beli tu asyik terbukak jer penutupnya... budak ni punya kerja rupanya. Sebelumni memang selalu jumpa berus, senduk, rak cawan, tupperware, sudu garpu etc. kat tgh2 ruang depan tu. Sekarang dah pandai hangkut kentang plak dah...



Jangan esok-esok mama jumpa ikan siakap kat depan TV sudah nakkk...






BIZKIZZ IS BACK ON TRACK


.
Kedai MR yang memang terkenal dgn tagline bukak time nak raya dan sangap selepas raya kini muncul kembali. Kekekekeke....

Mulai esok pagi, sedikit demi sedikit stok-stok brooch dengan design yg cun melecun [dimata i lorr] dan dengan harga patut [sesuai utk golongan marhaen spt i] akan mula terpapar di belog ini :

Kelik jer terus kat banner tu.


Sila jangan segan silu utk refresh Bizkizz Collection setiap setengah jam [kalau sambil kelik iklan lagi bagus! kekeke]

Sapa-sapa yang belum 'bookmark' kedai online MR tu... silalah berbuat demikian sekarang jugak :P

Actually i nak tempek terus gambar2 brooch tu sekarang, tapi oleh sebab cable camera tertinggal di opis kann... maka tak dapek la nampaknya anda2 semua mencuci mata sekarang. Esok jangan lupa tawww....






MAKAN MAHAL UTK TAHUN INI


.
Makan-makan kalini mcm best sikit [selalu kan kami ni dok layan food court jerk] Ni semua bahana PS mengidam ayam pandan siam. Biasanya kalau PS mkn kat sini, vendor dia yang belanja. Tapi kalini PS yang tetiba baik hati nk belanja anak bini dia. Hehehe.

Masa mula2 sampai i pon cam terkedu tawww. Abang ni okay ker? Tak penah2 bawak kami mkn tempat best camni? [hazab kan soklan aku kat laki sendiri :P] PS bantai gelak jerk. Eh, ni mama kena citer kat belog ni... cepat2 tangkap gambar restoran ni sebelum hari gelap. Hahaha...


Mula2 masuk, i ingatkan PS bawak kami pi muzium!



Ni kesukaan anakanda beta...




Kan dah kata... mula nk merayap kat air pancut. Tengok PS dah tak peduli anak bini. Menonong ke depan nk pekena ayam pandan :P




Mencah ala2 takut nak dekat dengan kolam ikan ni. Maybe sebab air dia jernih sgt dan ikan2 tu berbonggol kat kepala [flower horn]




Tudia... anak sapa la yg dok buat kerja part time dlm restoran nih!




Serius dong! Interior dia sgt cantik...




Tengok kusi meja dia yg berukir penuh. Very the siam looks.




Bunga hidup hokay! Lepas jer snap gambo ni, i terus seret Mencah utk blah dari situ. Dibuatnya dia kutip bunga2 tu nak selit kat rambut, habis aku!



Dinding pemisah nak ke washroom. Made of glass. Cantik.



Tak dpt snap gambar kat signboard luar [malu arr... i bukan blogger tegar].
Snap kat napkin jerk :P




Demi nak kontrol dia dari membuas kacau meja orang, layankan jerla dia main straw 2 batang tu...



Sila gelak guling. i malu nk snap gambar sebelum makan sebab sebelah meja kami [dekat sgt] ada org duduk. i terasa mcm sgt jakun lorr nk kelik2 tangkap gambar. Gambar2 lain kt atas tu semua i snap tanpa disedari oleh org lain [di lokasi2 yg agak tersorok dan tak ada org :P]. Bila dah habis makan, i tengok meja org lain pon dah lengang. So, cepat2 i tangkap gambar sisa makanan. Hadoihhh.... dasar pemalu kan MR nih. Wakakakaka...

PS kena bayar RM72 ++ utk tomyam, nasik goreng siam, beverages dan AYAM PANDAN idaman dia sebanyak 4 ketul. Semuanya sangat sedap! Dan makanan pon sampai sgt cepat.

Kata-kata penutup dari PS : Cukuplah utk tahun ini. Lepasni, thn depan la pulak abg belanja mkn kat tempat2 mahal camni.


Hahahahaha... laki sapa tu? Laki i lorrr... thank you babah :P



SCHEDULED ENTRY : SWING


.
Tiap kali ambik Mencah dari skul, kalau tak rushing nk angkat kain kat umah, MR akan layan dia main swing kat depan Nursery tu barang 5 minit. Bagi can la kann... Laman umah kami kan sekangkang mawas jer... jgn kan nk letak buai, nk letak beskal mainan dia pon mcm sempit semacam.





Entry ringan di pagi Rabu.






Tuesday, July 21, 2009

SEPI TANPA AISYAH


.
Bersiaran dari Tmn Bayu sementara tunggu baju yg tgh dibasuh dlm washing machine. Lepas setelkan housekeeping kat Tmn Bayu MR akan berdesup ke Kg Melayu Bt 16 - tido kat sana lai mlm ni. Just now i tipon PS dan khabar dukacita... Badan Mencah masih panas! Mulala i tak senang duduk. Tengahari tadi masa call PS, dia kata demam dia mcm dah surut sikit. Petang nak ke malam badan dah mula panas balik. So, lepas maghrib ni nak bawak dia pi Klinik Tan. Dan esok kalau masih panas, kami ambik EL bawak pi hospital.

Nak tau tak, camana budakni boleh demam panas menggila mcm ni? Kesilapan mak pak dia jugak lorrr... Al-kisahnya begini...


Gambar sumbangan Pakcik Google dicilok kat sini


Hari Ahad kami merayau ke The Curve. Dah penat jalan2, singgah kat cafe sebelah Cold Storage tu. i bantai beli cappuccino ice blended [something like that la] dan cekodok cucuk [dtg jauh2 beli cekodok jerk! hazab...] untuk buat kudap2 kami 3 beranak sambil jalan2 lenggang kangkung. Mencah pantang nampak org minum ais kann.. so, dia pon tumpang slurrp jugakla air tu. Bukan sikit, bukan sikit-sikit tapi sangat banyak hokeh! Tak bagi dia melalak... bagi jugaklah [dlm hati dok kata, takpa bagi chance kat budak ni sekali-sekala]

Kuar dari The Curve, Babah dia ajak pekena ayam pandan ala siam [PS mcm mengidam jer lately] kat area Sungai Buluh. De Chiangmai ke hapa tah nama restoran tu. Nanti i buat entry lain masa kat sana ekk...

Kat sana kami order lak fresh orange dan manggo juice. Againnnn.... Mencah slurrpp jugak dua-dua jenis air tu. Bukan sikit-sikit, tapi banyak-banyak! [bagi chance lagi kononnya] Sampai jer kat umah, lepas mandikan dia dan kami pulak dok kelam kelibut nak solat maghrib bagai... kami biarkan dia baring2 depan TV sorang2. By the time kami join dia depan TV, budakni dah start merengek-rengek. Badan dah mula panas. Bubuh ubat dlm susu, tak jalan. So, PS bawak dia msuk bilik. [dengan harapan dia akan isap jugak susu yg ada ubat tu dlm gelap] Dalam pukul 12 tgh mlm, i masuk bilik utk tengok condition dia. Panas giler. Cepat2 tanggal baju, jeram dgn air asam. Tiba2 dia muntah selambak. Tak pikir panjang dah, kejut PS dan gegas dia ajak pi klinik. The rest i dah citer dlm previous entry.

Menyesal tak sudah. Tobat tak bagi chance kat dia minum ais dah pasni. Sunyi sungguh rumah ni bila dia tak ada. Tadi lalu kat nursery dia pon rasa syahdu semacam. Biasanya i singgah dulu utk ambik dia. Sampai rumah plak biasanya i akan terjerit2 suruh dia duduk diam2 dlm keter while mama bukak gate dan pintu rumah [menjerit semedang mak dia ni :P]

So, esok kalau tak ada entry baru... maknanya i tak masuk opis lorr. Ambik EL utk bawak dia pegi hospital.







SHE IS SICK

.
Poor baby. Get well soon dear....



p/s : Kalau esok demam tak kebah2 jugak, kami akan bawak dia pi hospital utk thorough check-up. Risau kalau denggi or worse... Nauzubillah...





.









FPP VS PMC [AND 30 WEEKS CHECK-UP]


.
OK, ni hasil survey semalam.

Lokasi pertama - Hospital Selayang.

FPP = Full Payment Patient. Maknanya, patient bakal mendapat rawatan kelas swasta di hospital kerajaan. Bayar mahal lorr. Banyak la kelebihan antaranya : Boleh pilih doktor, wad kelas 1, keutamaan dalam segala hal berkaitan rawatan dan consultancy dan mcm2 lagi. [tak ingat, malas nk snap gambar kat banner dia tu]

Dalam kes kami, kalau nk beranak under FPP ni :
1. Deposit RM3000 - bapak punya mahal!
2. Ante-natal check-up on Wednesdays only - owh, sungguh i tak sanggup!
3. Normal delivery without any complications is around 2K - still mahal kan?
4. Kalau ceaser is around 5K
5. Other charges applied accordingly - eg. vacuum, breech, epi, ceaser etc.

So, lepas borak2 dgn misi kat kaunter tu [nasib baik misi-misi yg kami jumpa semalam ramah-tamah belaka] PS dan MR membuat keputusan - adalah TIDAK utk FPP at Hospital Selayang. Pelik jugak, kawan opis PS ambik FPP ni dan duduk sepital 5d/4n kena caj RM1800 jer. Deposit pon RM1000 jer. Kenapa kalini caj dia dah naik melambung-lambung? Bukan rezeki kami di sana. Paling i tak sanggup, check-up adalah hari Rabu. Baik i pi follow-up kat Klinik Kg Kenanga jer kalau mcm ni. Lagi dekat dgn umah.


Lepas bincang2 laki-bini, kami berdesup ke tempat Aisyah buat ckeck-up dulu - PMC kat Bukit Rahman Putra. Teruja tengok ambiance baru kat sana. Dah renovate cantik giler!


Lokasi kedua - Putra Medical Centre

MR adalah bukan blogger tegar, so.. i cilok gambar dari website PMC saja.

Bukak balik fail lama dan i request utk consult doktor yg lama jugak. Dr Ratna yang lemah lembut dan kecik molek [so, tgn dia pon kecik lorr... tak la hazab sgt kalau kena seluk :P]

Dr Wan Ratna Iza Wan Abd Rahim. Lagi sekali, gambar cilok dari website. Adalah sgt malu nak menggedik tangkap gambar 'real' doktor tu. Nantilah, kalau PS tak malu suh dia snapkan gambar masa next check-up 8 Ogos nanti.


Charges [kalau tak salah ingatan ekk]
1. Normal delivery wad terbuka (4 katil) - RM1500
2. Normal delivery wad kelas 1 (1 katil) - RM1700
3. Ceaser wad terbuka (4 katil) - RM4700
4. Ceaser wad kelas 1 (1 katil) - RM5000
[all are based on 2d 1n - other charges applied accordingly]

Deposit adalah RM 1000. Reasonable jugaklah kan berbanding FPP at Selayang kan?


OK, selebihnya adalah gambar2 hasil check-up.

Dr Ratna tanya, kad merah yg lama ada simpan lagi? Hehehe.. sengih kerang busuk. Dia paham la tu. So, bukak la kad baru :P




The most exciting part-scanning!
  • 30 weeks and 5 days.
  • Baby weight - 1.7 kg [just nice, she said. Legaaa, i said :P]
  • Position engaged! - kepala dah kt bwh. Tak floating mcm Mencah dulu :P
  • Face - Alhamdulillah all OK. She said 'his' lips looks like mine! :P
  • Gender - InsyaAllah, its gonna be a boy.
  • EDD - 21 September. Raya pertama dong!


Others :
  • Weight : 89 kg [naik 1 kg jer dlm masa 2 bulan - bagus!]
  • BP normal
  • Bengkak kaki takde
  • Overall semua OK - Alhamdulillah.

Berapa charges kena for this visit : RM47. I likeee.... :P

So, what say u ladies and mommies out there? Should we consider Dr Ratna for this time?










TRAGEDI MALAM ISNIN


.
Ahad malam Isnin - kami laki-bini benar2 diuji. Aisyah demam panas. Panas macam api! Jeram air asam jawa pon tak jalan. Ubat jgn harap nk makan. MR dah gelabah giler tengok anak kejap2 menggeletar, kejap2 muntah.

Pukul 12 tgh mlm, dokong bawak pegi klinik. Pertama kali sejak dilahirkan, Aisyah terpaksa di bawak ke klinik tgh2 mlm buta. Baru kuar dari rumah, dia muntah selambak lagi! Habis baju dan tudung mama kena muntah. Bukak baju dia, balut badan dengan towel, terus masuk keter dan bergegas ke klinik.

Sepanjang perjalanan 10 minit nk ke klinik, Aisyah melepek jer atas riba. MR dah panik giler. Sambil riba dia, sambil dok ajak2 dia borak. Dia memang tak larat nk becakap tapi still bagi respond. Suruh tepuk mama, dia tepuk. Suruh bukak mata, dia bukak. Suspen giler!

Sampai klinik, mujur takde org. Doktor terus suruh baring dan masukkan ubat montot. Melalak tak hengat budakni. Malam tu, kami memang tak tidur lena. Tah berapa kali dia muntah. Rasanya baju dia kena tukar sampai 5-6 kali. Pukul 5 pagi, badan dia panas balik. PS bubuh ubat bontot sekali lagi. Sudahnya, kami kesiangan pagitu. [Mujur kami memang cuti - nak pi survey hospital bersalin]. Ingatkan nk bertolak awal pagi [kalau setel awal, kononnya kami nk mengelat pi tgok wayang :P] Tapi semua plan kantoi. Pagi tu badan Aisyah still panas. Pujuk jugak bagi mkn ubat dlm susu. Dan pagi tu ada beberapa siri muntah lagi [tension woo... habis satu umah]

Gedebuk-gedebak, setelkan itu-ini, dekat pukul 12 tgh baru kami gerak ke rumah Nenek Onah [nak tinggalkan dia kat nenek]. Kami end-up packing brg 3 beranak dan bermalam kat umah nenek mlm tadi. Sebab PS tanak ambik risiko tinggalkan Mencah yg tgh demam panas kat nursery - risau kalau apa2 jadi. Lagipon, Nenek Onah memang terer bab menjaga budak demam. Mencah kalau dgn nenek mesti dapat mkn ubat dgn jayanya. Kalau dgn Mama dan Babah dia buat peel manja menjadi-jadi.

Pukul 1 lebih, kami bertolak ke Hospital Selayang seperti yang dirancang. Mencah masatu tgh dikepit oleh nenek - mkn ubat. Dalam dok melalak-lalak tu... masuk jugak ubat dlm mulut dia. Tapi bila kami balik ptg tu, badan dia dah panas balik. Mak oiii risaunya... demam kalini dahsyat betul. Lagi sekali bagi mkn ubat, tapi menjelang tgh mlm badan dia panas lagi. Malam tadi PS terpaksa bubuh ubat bontot lagi kat dia [dah 3 dos Paracetamol 250mg masuk kat bontot dia]. Panas badan dia surut sekejap jer, lepas 2-3 jam akan panas balik. Tempek cool fever pon tak jalan sgt. Pagini dia nampak OK sikit. Masa MR nk pi keje tadi, nenek tgh kepit dia bagi mkn ubat lagi. Takde la menangis meraung mcm dengan Mama. Haihhh....

Nenek tak bagi hantar ke nursery sepanjang mingguni. Dia nk jaga. Saya sedikit lega tapi still rasa bersalah. Kesian nenek, dah lah dia tgh puasa sunat. Nak jaga cucu yang demam lagi. Tapi kata nenek, kalau time Mama tak ada - budak ni sgt behave. Takde la merengek manja bukan main. Nampak jer kelibat mama, mulalah datang angin manja 300 peratus!

Ada kebarangkalian kami berkampung di Kg Melayu Batu 16 sepanjang mingguni sampai Mencah betul2 sihat. Petangni PS nak ambik ubat kat Klinik Tan [Paed] sbb ubat Klinik Ng yg kami ambik mlm tu mcm tak berapa berkesan. Ikhtiar saja lorrr... mana tau kalau Mencah lebih serasi dgn ubat Klinik Tan kan...

Sekian dulu laporan kes anak demam. Kisah survey hospital akan menyusul dlm entry akan datang [tu pon kalau sempat. I bz lorr pagini sebab assistant i dah dpt keje lain. Kami tgh sibuk buat sessi download dan serah tugas kat PC2 PID yg hazab nih]

Daaaa!






Sunday, July 19, 2009

BIHUN TAMBAK JOHOR

.
As promised. As hazab as below :P

Jgn terpedaya dengan ilusi optik. Nampak mcm OK dlm gambar. Reality nya adalah KO! Cuba kelik2 bagi besar, mesti korang tetiba rasa mcm tercekik. Kekeke. Kering kontang. Masin tak sekata.

MR lapar giler lepas balik dari tengok PS punya tournament futsal mlm Sabtu aritu. Aisyah dah pitam masani. Selongkar peti, cari barang. Rendam bihun. Guna perencah nasik goreng Adabi jer. Tuang jugak kicap dan sos tiram. Potong cilipadi nk bagi pedas. Pecah telur 2 bijik. Sayur tadak stok, tapi jumpa kacang peas + carrot + jagung dlm fridge. [PS beli utk masak spaghetti tp dia tak guna pon] Resepi kelaparan ini adalah direka sendiri. Bihun tu kering sbb rendam kejap sgt, pastu masak lama sgt plak atas dapo.

Ingat nk mkn cepat2 sebelum PS balik dan tengok bihun hazab tu. Tgh nk suap ke mulut, dengar bunyi keter dia kat porch. Jengah jer kat pintu terus dia tanya : Apa 'benda' tu??

Bihun Singapore! Nasib baik Abg dah mkn kt luar, kalau tak Abg kena mkn jugak 'benda' ni!

Hehehe...